Minggu ni dah minggu raya
dah..tapi sampai harini….saya tak dapat cari baju raya yang sesuai lagi…untuk
pagi raya la..baju saya dan mr may tak dapat lagi….azuin dah selamat dah…dari
baju kurung sampai la gaun bagai….tengok tu, anak yang didahulukan dulu…..tu
baru sorang….kalau bertambah nanti alamatnya berganda la lagi budget….memang
shopping last minit ni agak mencabar jugak la….dari hari sabtu kami cari tak
ada yang berkenan lagi…warna yang dicari tak jumpa yang menarik hati lagi….(tetiba
rasa nak tukar tema…tapi tak boleh dah sebab azuin dah selamat beli ikut tema….Dari
KL, sampai la Shah Alam…usha jugak kat PKNS Shah Alam….banyak tapi hmmm….tengok
la kot harini rajin nak cari kat Plaza Masalam pulak…kot la berkenan….
Kalau ikutkan mr may, dia taknak
beli baju Melayu sebab jarang pakai….siap suruh pakai baju lama lagi….saya
boleh je nak gamble tapi tu terjadi kalau betul2 tak jumpa baju yang dicari…..baju
kena gak sesuai dengna perut makyong ni…walaupun perut comel je tapi dah nampak
dah….Datang ofis pagi ni pun dok fikir nak cari kat mana lagi baju….susah jugak
la macam tu…yang cantik menarik memang banyak tapi tak kena gaya dan tema pulak…azuin
pulak dah siap melram kasut, baju raya dan stoking dah..sampai nak tidur malam
pun taknak bukak…..
Kalau dok cerita pasal shopping
memanjang tak habis….nak cerita pasal di tomey azuin pulak….
Sangat lega masa hari Jumaat tu
azuin dah tak nangis bagai da..bukan apa, sejak kebelakangan ni azuin macam tak
nak dok je…baik kat rumah mahupun kat taska…pening kepala omaknya….nak mama je…papa
kadang-kadang je…nak naik tangga pun nak mama dukung….lepas tu taknak makan
sendiri dah…nak kena suap bagai…nak mama yang suap….perangai baru mungkin sebab
dah dapat agak adik dah dekat nak keluar kot….nak lebih perhatian la tu!!!
Ni gambar selepas ambil dari
taska…seronok je sebab mama ambil..lepas tu cakap azuin ikat rambut, cantik….kalau
kat rumah bukan main susah nak ikat…tapi lepas kakak ikat rambut dan cakap
cantik terus je nak ikat rambut…..siap taknak buka lagi ikat rambut..
Dah la ‘aim’ mama puya karipap…saya
beli 3 ketul je karipap…2 karipap kentang, 1 inti sardine…tak sangka azuin
makan kesemua karipap, yang tinggal cuma 1/3 je karipap….dah la makan sebelum
berbuka lagi…mama pulak mengidam nak makan karipap….nanti kena beli banyak
sikit la sebab azuin pun suka…
sukanya dia...
ni karipap kedua..
Malam pulak dok seronok nak
menulis…meja sendiri ada, tapi nak tulis depan tv gak sebab nak dok sebelah
mama!manja sangat!!rambut masih dok ikat…marah mama nak bukak…mandi pun taknak
bukak getah ikat rambut tu…malam tu cuma letak air sikit jela kat alur rambut
dia….kang rasa macam tak mandi pulak kalau tak basahkan rambutkan……
Seperti biasa kalau Jumaat mr may
memang balik lambat…..tinggal kami berdua jela…dalam pukul 10 baru mr sampai….dah
la tidur lambat hari Jumaat tu..masa ajak azuin p makan roti canai…beria-ia nak
p…siap tutup tv dan kipas bagai…pastu ajak mama suruh cepat sebab azuin nak
makan roti canai…lawak!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.