Wednesday, August 21, 2013

Aidilfitri 2013

Hari ni dah raya yang ke 14…baru sibuk nak update blog…memang nak update dari hari tu lagi tapi kekangan masa…so, entry ni dok dalam draft jela..update sikit-sikit…tak la terlupa kan…dah ballik rumah baru post….hahaha..

Start cuti raya dari 7-18 August…lamakan..memang planned awal..dari bulan April dah siap mintak cuti…mana taknya..dah dapat surat daru Taska Azuin yang mana taska akan tutup dari 7-16 August…adalah wajib la untuk saya bercuti panjang!! Seronok memang seronok tapi cuti la makin sikit…baki cuti sekarang dah tinggal 4 hari dah…kena struggle tak cuti sampai bersalin….boleh ke?kalau tak kena ambil unpaid leave la…

6 August 2013
Kami gerak balik ke Perak dalam pukul 3.30pm macam tu..Perjalanan sangat best dan lancar je…azuin pun seronok je kalau cakap nak balik kampung ni…Sampai Taiping dalam pukul 7.30pm macam tu..tak sempat pun nak berbuka kat rumah..berbuka dalam kereta je..makan roti gardenia & air kosong je…sempat la singgah Tesco Taiping sebab nak cari tudung raya & baju raya untuk saya…punya la susah nak cari baju raya yang kena dengan makyong ni….takkan nak beli baju kurung yang bersaiz besar…dok fikir nak pakai jubah je sebab senang…alkisahnya, kat situ pun tak jumpa yang berkenan…hampa je…mana tak hampa….mr may dah dapat beli baju melayu yang sama pattern dengan azuin…jenuh dok cari area Shah Alam baju warna maroon yang saiz M…tak jumpa…yang ada saiz L je banyak…nanti besar gedabak pulak…yang jumpa saiz M jenis baju melayu johor pulak…dok fikir kalau kat jalan TAR mesti banyak pilihan punya…tu yang mr may p jugak cari kat Jalan TAR…p sengsorang…nak bawak saya yang memboyot ni memang tak la certanya..ponat!!

Akhirnya, balik rumah jela…balik rumah family saya dulu sebab raya kali ni kat rumah Mertua…balik rumah pulak dah berkenan kat jubah maroon yang arfah jual…ye, adikku yang dok kat Sarawak tu buat bisnes jual jubah pulak…memang dok rasa nak pakai jubah dah..tup tup…norly ada tunjuk baju kurung maroon dia yang lagi ngam dengan baju melayu mr may dan baju kurung azuin…apalagi…pinjam la kejap…lagipun baju tu sikit besar dan tak menonjolkan perut…yang paling best, selesa….baju tu baru lagi dan norly pun baru pakai beberapa kali je…so, tu dah dikira penjimatan…jubah arfah jual tu saya beli jugak…kot la tetiba rasa nak pakai jubah pulak kan..tudung pulak, saya pakai yang mana ada….memang raya kali ni penjimatan habis la…bukan kedekut tapi nanti kalau beli baju kurung mesti kena beli saiz yang besar…lepas bersalin nanti sah-sah dah guna…kan rugi kat situ!!lagipun beli jubah untuk back-up…
Ni la azuin dalam kereta on the way balik Taiping..

7 August 2013
Kali ni tak sempat lansung berbuka kat rumah saya…Cuma dapat bersahur jela…petang 7hb (rabu) tu baru gerak balik rumah family mr may kat Selama…sempat la berbuka kat Selama…sempat jugak pergi ke pasar ramadhan kat situ sebab nak beli ayam percik dan murtabak!!

8-9 August 2013 ( 1 Syawal 1434H)
Kami bersolat Hari Raya di Masjid Selama…parking bukan main jauh..maklumlah, p masjid pun dah pukul 8.50pagi..nasib baik sempat lagi…solat hari raya Adilfitri pukul 9.10pagi…terpisah dengan maktok dan acu sebab kami p asing…azuin pun ikut jugak….terpaksa duduk kat tepi dulu sebab nanti nak masuk dalam saf senang sikt…kena cari tempat hujung sebab azuin ada sekali…azuin dok paling hujung la…nasib baik dok elok je…memula tu nak solat sama, dah siap pakai tudung bagai..lepas tu, masa orang dok bangun nak solat, terus taknak…nak bukak tudung solat..terkejut kot sebab semua orang bangun bersesak betulkan saf…syukur Alhamdulillah, dapat juga bersolat Aidlfitri kali ni…

Lepas selesai semuanya, barulah balik kerumah..kat masjid pun lambat gak nak keluar sebab ramai orang…kami antara orang yang hujung keluar masjid sebab sesak sangat kat pintu keluar…

Jom layan gambar pagi raya kami….


masih beraya bertiga tahun ni...


sayang papa!!..



Petang barulah berkesempatan p beraya kat Parit Buntar, dan kampung mr may kat Titi Serong…beraya sampai malam kat sana…azuin la seronok sebab dapat jumpa sepupu-sepupu yang kiut-miut tu…sekarang dah tak malu dah..dulu tak berapa nak sebab kecik lagi kot..sekarang dah pandai main dah…

Jom layan gambar raya kat rumah kakak mr may (Along) kat Taman Dahlia…cantik rumah!!!dah siap pun sudut tepi rumah Along…masa kami datang dulu, tak siap lagi…






gambar ni haiqal yang tangkapkan..
Sharing is caring!!


mak&abah...
anak-anak buah acu!!
family Along...

10 August 2013
Gerak balik beraya di Taiping pulak…sampai rumah dalam pukul 10pagi macam tu…mr may tak dok lama sebab nak balik rumah kat puncak alam…malam tu nak tengok Barca lawan Malaysia…peminat bola sampai sanggup p stadium…nasib baik tukar ke stadium Shah Alam…tak la jauh sangat dari rumah kalau dibandingkan dengan stadium Bukit Jalil…mr may balik dari sabtu hingga hari rabu..sebab isnin sampai rabu mr may kerja…khamis pagi dalam pukul 5 macam tu baru mr may gerak balik Taiping….

Tinggal la saya dengan azuin jela kat rumah opah&tokyah…puas jugak la azuin main kat kampung…siap jalan-jalan beraya lagi…aktiviti sepanjang dok rumah opah adalah melepak dan beraya…

Jom layan gambar family saya beraya pulak (raya pertama&kedua diorang).
azuin & muthmainnah












11 August 2013
Rezeki saya makan nasi kenduri..raya kali pun banyak kenduri…kami p dua kenduri..1 di Aulong, 1 lagi di Sungai Dua, Penang…























14 August 2013
Beraya di Sik, Kedah…rumah makngah&pakngah..seronok sangat sebab nampak bendang…sejuk je mata tengok bendang…saya pun dah lama tak p sini…tak salah kali terakhir sebelum saya kahwin lagi…tapi kali ni mr may tak ikut pulak…

Tengah dok lepak-lepak kat situ, dapat pulak panggilan dari company milo ni…lepas jugak interview haritu..interview sebelum balik beraya…baru lepas 1st interview…kena panggil untuk final interview pulak…syukur…hope dapat berita gembira lagi selepas ni….Meh layan gambar lagi…










mak&makngah
mak&ayah


















16-18 August 2013
Balik beraya kat Selama semula…lepak sana sampai hari Ahad pagi…sebab Ahad pagi dah kena balik dah…Isnin kena kerja….huhu…puas dapat cuti lama……yang pastinya perut makyong semakin naik….dah membulat la…..

Balik raya kali sangat bersyukur sebab kami tak sangkut pun jem….perjalanan lancar je….kalau tak memang menagis gak la…mana tahan jem musim perayaan ni…naik kematu montot dok dalam kereta tau!!

Panjang sungguh entri ni…malas nak buat banyak part..sekali harung je…senang…sekarang ni pun tengah dok compile semua gambar nak masukkan dalam album raya…semestinya saya pilih Pixajoy untuk print semua detik manis raya kali ni….

Stop sini…masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin…InsyaALLAH, raya tahun depan kami berempat pulak!!










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.