Dah umur 2 tahun baru bagi ubat cacing kat azuin…sebenarnya
masa umur setahun dah terfikir pasal ubat cacing ni…tapi tah kenapa lah tak
bagi jugak azuin ubat ni….dok lengah-lengah dan terlupa suda….aiyo, apa punya
mak ni…..
Teringat pun masa p klinik kesihatan check up azuin minggu
lepas…check up untuk 2 tahun….dapat ubat cacing! Nama ubat tu Albendazole.
Azuin dah dikategorikan
kanak-kanak la kan..haruslah ambil 1 dos (10ml)..senang cerita kena
makan sekali gus la ubat dalam botol tu…..ubat cecair memang senang makan
lagipun…guna syringe 2 kali je….azuin pun cakap sedap!!siap cakap nak lagi je
lepas habis ubat tu…..dapat ubat minggu lepas tapi semalam baru bagi azuin
makan…yelah, lepas balik klinik minggu lepas terus terkejar-kejar nak balik
kampung…..tak sempat nak bagi pun….semalam baru teringat nak bagi ubat cacing
ni…..
Nak kata tanda-tanda ada cacing, tak perasan pun saya…tapi
untuk selamat bagi jela kan…lagipun sekarang dah lasak main sana sini…..
Kena tengok hari ni la..cacing-cacing
tu akan keluar bersama poo. tapi dia takkan keluar sekor2 tau. Kalau tak salah
cacing tu akan terurai/putus-putus macam kena cincang dengan..kalau tak, saya
pun geli kalau cacing tu keluar sekor2….eeeeuuu…geli!!!
Perlukah ubat cacing ni? Boleh baca blog Dr Zubaidi untuk lebih lanjut…..
excited sungguh kalau nampak ubat……
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.