Wednesday, March 6, 2013

Sehangat Asmara vs Rindu Bertamu di Abu Dhabi


Sekarang ni memang tengah ‘hot’ 2 drama kat tv…darama apa ye??kalau tanya saya, tentulah saya akan cakap Sehangat Asmara & Rindu Bertamu Di Abu Dhabi….2 drama yang mempunyai plot cerita yang berbeza…..satu adaptasi dari novel….satu lagi berdiri sendiri……sudah tentu saya layan kedua-dua drama ni….sangat best!!

Sehangat Asmara memang terbaik..tanyang kat Astro Mustika HD, Adaptasi novel Aisya Sofea ….sebelum ni saya tak ikut pun cerita Adam&Hawa tu…sekarang ni dok tengok ulangan je…tu pun tak teratur tengok episod dia….tapi Sehangat Asmara ni saya memang ikut setiap hari….kalau tak dapat tengok malam pukul 10 (selalu dah tertido masa ni), saya akan tengok keesokkan harinya ulangan pukul 5pm….memang lepas ambik azuin kat nursery memang berkejar balik rumah….sampai rumah terus terjelepuk depan tv….mama layan tv azuin pulak menyusu….

Suka sebab Rita Rudaini berlakon…best kalau Rita berlakon…memang terkesan kat hati…macam Nabila Huda berlakon gak….Best Rita bawak watak Kay tu…dah la cantik…..Hero pulak, Adi Putra…boleh la walaupun saya tak berapa nak minat sangat dengan Adi Putra….Paling saya suka watak Azman….tengok air muka Azman (Shah Jazle) memang sedih sangat…..kadang-kadang nampak berair mata Azman tu…sayu je rasa……(drama sungguh!!)

Tu cerita Sehangat Asmara….Rindu Bertamu di Abu Dhabi (RBDAD) pun best di Slot Akasia, 7pm,,. Fahrin Ahmad jadi hero…lagu yang Fahrin nyanyi tu pun best…boleh tahan la suara Fahrin ni…..sebenarnya mula-mula saya tak layan cerita ni…dah rugi 3 episod mula…lepas tu tengok baru rasa best..apa lagi terus melekat la….
Kalau tanya saya mana yang best…saya tak leh nak jawab sebab 2-2 best…kena tengok la baru boleh buat perbandingan…tapi rasanya tak yah kot nak banding-banding sebab 2-2 cerita ni berbeza…Sehangat Asmara feel dia lain…RBDAD feel lain pulak….hehehe…layan jela..

Jom layan Sipnopsis cerita RBDAD (Credit  to mr google).

Mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Aiman Hakim Ridza sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Aiman Hakim Ridza menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?


Sipnopsis Sehangat Asmara (Credit to mr google & Aznanie)

Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.

Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.



Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami
 Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.


Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...

Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21



2 comments:

  1. Sy pun suker sgt kalo Rita berlakon, confirm follow. Tayang kat Mustika HD yea, padan le tengok hari tu ada iklan dalam tv tapi bila bukak2 channel xde plak.

    ReplyDelete
  2. kan....memang best Rita berlakon......aah tayang kat Mustika HD..macam adam&hawa dulu..tapi sekarang adam&hawa pun dah tayang kat Astro Prima...kot lepas ni taktau la pulak kalau Sehangat Asmara ada kat Prima pulak...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.