Minggu Lepas ada BPEX kat Midvalley(MV)…BPEX tu apa ye?mesti
ramai yang biasa dengan hartanah or property nit a kan….saya tak reti pun
bab-bab hartanah ni…..tapi suka gak usha-usha property ni….Jadi, hari Sabtu tu
kami terjah la BPEX…lagipun dah lama tak window shopping kat MV….dulu masa dok
Permaisuri selalu gak la jejak kaki kat situ…..mr may pulak jangan cakap
la..dah muak dah dengan MV ni..mana taknya office mr may kan kat MV…best
sungguh kerja kat area situ….bak kata mr may, kalau saya kerja kat situ mesti
hari-hari bawak balik benda baru (shopping la tu)…..
BPEX kali ni meriah gak, banyak yang new development yang
dibuka untuk jualan….banyak jugak la rebet dan diskaun yang ditawarkan…mungkin
sebab untuk bumiputra kot….tapi harga jangan haraplah nak dapat <300K….hmmm,
mungkin ada kot kalau saya terlepas pandang la…tapi rata-rata harga memang
>400K….ni untuk double storey la..harga rumah memang naik setiap tahun…..
Haih, macam mana ni….kami rancang nak tambah property dalam
4 tahun lagi…..agak-agak berapa harga rumah masa tu ek?? Sekarang dok cari
Semi-D pun dah >700K….haih, kalau harga dok macam tu terkubur la
harapan,…tapi masih berharap rezeki untuk kami tambah property lagi…kalau area
rumah sekarang ni memang masih mampu milik lagi harga yang dijual tapi untuk
rumah kedua ni taknak la beli kat area rumah sekarang ni….our target is Bangi
(kalau tak pindah ke Utara la)….kalau pindah sana plan akan ditukar…
Kesimpulannya, kami cuci mata je kat BPEX…tengok rumah,
design dan harga…..
Lepas tu...azuin lapar pulak….perlahan je mintak susu kat
mama…macam berbisik je cakap “mama, nak susu’….sungguh comey kamu!!...terus p
bilik menyusu…dah setel kenyangkan azuin baru jan-jalan …sempat la jugak grab
beberapa barang keperluan saya…..tak shopping bagai pun…beli barang saya &
diaper azuin je…..azuin sekarang dah kurang pakai diaper..tak macam dulu
dah…sebab kalau nak pee or poo dia akan cakap….lepas tu kena cepat-cepat
tanggalkan diaper…dan bawak dia buang hajat kat toilet….tapi masih pakai diaper
lagi sebab kadang-kadang terkucil sendiri jugak…tak 100% lagi la…kalau tengah
malam pun macam tu…kalau nak pee, dia akan terjaga dan nangis bagitau nak
pee….so, kelam kabut la tanggalkan semua dan bawak dia p toilet..tapi
kadang-kadang sampai pagi baru azuin buang kat toilet…Cuma yang susah sikit
kalau poo….selalu terlepas pandang…tengok-tengok dah buang dalam diaper….dah
poo baru cakap kat mama suruh basuh….hai, anak….
Kali ni kami lunch kat Ruz Aladin, Ampang….dah lama tak
makan situ..alkisahnya teringin pulak nak makan situ….terus lajak p
Ampang….lagipun mr may nak jumpa Azizul pulak…Galaxy Ampang, Taman
Dagang….dekat jela dari Ruz Aladin ni….ni la kali pertama kami jejak Galaxy
Ampang ni…tak menarik mana pun….jumpa Azizul kat tingkat 3a sebab
Azizul&wife nak tengok wayang kat situ..boleh pulak dorang nak tengok
wayang kat situ…datang bukan main jauh dari Johor, tapi aktiviti tengok wayang
yang dipilih..haih….tapi nak buat macam mana dah diorang suka kan….kami jumpa
jap je sebab wayang dorang dah nak start….
Azuin pun layan makan kat sini..sedap katanya….
Kami tak terus balik..lepak teman azuin main mainan kat
Galaxy Ampang ni….maklumlah nak pujuk punya pasal….sebelum sampai sini azuin
tido sebenatnya dalam kereta…tapi bangun terkejut sebab mama tersimbah air kat
muka azuin…hahaha…sian anak mama masa tu…tak sengaja sebab tengah minum
air..lepas tu papa break kereta..terus air tak masuk mulut api tersimbah kat
muka azuin…apa lagi menangis terkejut la….
Muka budak tecik yang berjaya dipujuk....
Ingatkan lepas tu nak singgah rumah lama kat Permaisuri…tapi tak jadi pulak…lain kali jela….sebenarnya kuncu rumah tu pun tak serah kat tuan rumah lagi…..tapi kami dah bagitau dah habis bulan 2….bulan lpas je dia call nak jumpa…nak uruskanhal kunci n deposit bagai la…..tapi masa tu mr may pulak sibuk…lepas tu dah tak call dah…..kitorang malas nak sibukkan diri pulak…sebab kitorang dah bagitau Cuma dia yang buat sambil lewa kan…not our fault la….deposit RM200 tak dapat pun lagi dari tuan rumah….haih….
Ni pulak on the way nak balik rumah dah…penat…..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.