Nur Azuin Amani dah masuk 8 bulan dah pun. Cepatkan masa berlalu. Yang penting azuin sihat dan membesar dengan bijak. Azuin masih lagi minum susu mama lagi, Alhamdulillah. Masih diberi rezeki susu untuk azuin.
Perkembangan Nur Azuin Amani 8 Bulan:
* Semakin kerap panggil mama & papa…(sempat saya ambik video azuin panggil mama…masa panggil papa tak berkesempatan lagi ambik sebab kekerapan panggil papa kurang berbanding panggil mama)
*Suka main….pantang bagi apa benda pun, semua nak di main…last2 masuk mulut..azuin sanggup tak tido sebab nak main.
*Dah selalu buat ekspresi muka dah…so, cute kalau tengok azuin buat2 muka.
*Suka tiru orang buat bunyi-bunyian…kalau saya buat bunyi, mesti azuin terus ikut bunyi tu…hari tu ada bunyi ambulans, terus azuin pun ikut bunyi ambulans tu (walaupun tak berapa nak sama la…bunyi cara azuin)..so cute!!
*Pasal makan pulak…kat rumah azuin tak berapa nak makan…kadang2 banyak…kadang2 cikit je…terpaksa saya buang makanan azuin (penat mama masak untuk azuin)….tapi kat rumah pengasuh, azuin makan sangat banyak & kerap. Tapi kira ok la kan..azuin tak nangis lapar kan….
*Kerap gak minum susu…paling suka mengempeng…lama pulak tu….penat mamanya sebab azuin kalau tido suka nak letak p***** dalam mulut dia…kalau mama cabut mesti tercari2…cian pulak…bagi jela….sayang anak la katakan…..
*Lagi suka menjerit…kalau azuin nak sesuatu mesti dia jerit, kalau tak dapat apa yang dia nak, jerit lagi…kalau bosan pun azuin akan jerit…rasa macam sakit anak tekak tengok azuin jerit..ada sekali tu, azuin macam bosan masa kami nak makan kat McD…sebab lama sangat mr may dok beratur kat kaunter..azuin dok jerit2…sampai ada gak yang memandang…huh, at last mr may kol cakap ‘take away’ je..huhu…..azuin, azuin….
*Dalam kereta pulak, azuin dah takmau duduk betul2 dah..infact kalau saya pegang pun dia takmo….nak duduk sendiri macam orang besar. Lepas tu nak meniarap dan bergerak2 sendiri lagi dalam kereta…mencabar betul..
*Oh ya, azuin dah ada 2 batang gigi kat bawah..yang kat atas bakal menjelma tak lama lagi….dah ada gigi mencabar sikit la nak breastfeed azuin…tapi setakat ni hanya sekali azuin gigit betul2..mak aii, sakit giler…tapi cubaan nak mengigit tu ada la dalam 5 kali macam tu…tu pun sebab dia dah kenyang dan nak main2….tapi saya dah faham sikit2 rentak azuin masa menyusu..so, no worry pasal gigit2 ni…..heee
Jom layan beberapa video nur azuin amani (video ni diambil masa azuin 7 bulan)..just layan.
(To azuin : masa azuin tengok video ni, mama tak tau umur azuin berapa tapi mesti azuin dah besar kan..mama & papa sayang sangat kat azuin…)
azuin gelak lepas makan..
Si comel yang aktif...
bawah ni video azuin poo...sambil gelak
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.