Wednesday, March 6, 2013

Sehangat Asmara vs Rindu Bertamu di Abu Dhabi


Sekarang ni memang tengah ‘hot’ 2 drama kat tv…darama apa ye??kalau tanya saya, tentulah saya akan cakap Sehangat Asmara & Rindu Bertamu Di Abu Dhabi….2 drama yang mempunyai plot cerita yang berbeza…..satu adaptasi dari novel….satu lagi berdiri sendiri……sudah tentu saya layan kedua-dua drama ni….sangat best!!

Sehangat Asmara memang terbaik..tanyang kat Astro Mustika HD, Adaptasi novel Aisya Sofea ….sebelum ni saya tak ikut pun cerita Adam&Hawa tu…sekarang ni dok tengok ulangan je…tu pun tak teratur tengok episod dia….tapi Sehangat Asmara ni saya memang ikut setiap hari….kalau tak dapat tengok malam pukul 10 (selalu dah tertido masa ni), saya akan tengok keesokkan harinya ulangan pukul 5pm….memang lepas ambik azuin kat nursery memang berkejar balik rumah….sampai rumah terus terjelepuk depan tv….mama layan tv azuin pulak menyusu….

Suka sebab Rita Rudaini berlakon…best kalau Rita berlakon…memang terkesan kat hati…macam Nabila Huda berlakon gak….Best Rita bawak watak Kay tu…dah la cantik…..Hero pulak, Adi Putra…boleh la walaupun saya tak berapa nak minat sangat dengan Adi Putra….Paling saya suka watak Azman….tengok air muka Azman (Shah Jazle) memang sedih sangat…..kadang-kadang nampak berair mata Azman tu…sayu je rasa……(drama sungguh!!)

Tu cerita Sehangat Asmara….Rindu Bertamu di Abu Dhabi (RBDAD) pun best di Slot Akasia, 7pm,,. Fahrin Ahmad jadi hero…lagu yang Fahrin nyanyi tu pun best…boleh tahan la suara Fahrin ni…..sebenarnya mula-mula saya tak layan cerita ni…dah rugi 3 episod mula…lepas tu tengok baru rasa best..apa lagi terus melekat la….
Kalau tanya saya mana yang best…saya tak leh nak jawab sebab 2-2 best…kena tengok la baru boleh buat perbandingan…tapi rasanya tak yah kot nak banding-banding sebab 2-2 cerita ni berbeza…Sehangat Asmara feel dia lain…RBDAD feel lain pulak….hehehe…layan jela..

Jom layan Sipnopsis cerita RBDAD (Credit  to mr google).

Mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Aiman Hakim Ridza sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Aiman Hakim Ridza menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?


Sipnopsis Sehangat Asmara (Credit to mr google & Aznanie)

Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.

Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.



Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami
 Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.


Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...

Penulis : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21



Monday, March 4, 2013

Aktiviti minggu lepas....

Minggu Lepas ada BPEX kat Midvalley(MV)…BPEX tu apa ye?mesti ramai yang biasa dengan hartanah or property nit a kan….saya tak reti pun bab-bab hartanah ni…..tapi suka gak usha-usha property ni….Jadi, hari Sabtu tu kami terjah la BPEX…lagipun dah lama tak window shopping kat MV….dulu masa dok Permaisuri selalu gak la jejak kaki kat situ…..mr may pulak jangan cakap la..dah muak dah dengan MV ni..mana taknya office mr may kan kat MV…best sungguh kerja kat area situ….bak kata mr may, kalau saya kerja kat situ mesti hari-hari bawak balik benda baru (shopping la tu)…..

BPEX kali ni meriah gak, banyak yang new development yang dibuka untuk jualan….banyak jugak la rebet dan diskaun yang ditawarkan…mungkin sebab untuk bumiputra kot….tapi harga jangan haraplah nak dapat <300K….hmmm, mungkin ada kot kalau saya terlepas pandang la…tapi rata-rata harga memang >400K….ni untuk double storey la..harga rumah memang naik setiap tahun…..

Haih, macam mana ni….kami rancang nak tambah property dalam 4 tahun lagi…..agak-agak berapa harga rumah masa tu ek?? Sekarang dok cari Semi-D pun dah >700K….haih, kalau harga dok macam tu terkubur la harapan,…tapi masih berharap rezeki untuk kami tambah property lagi…kalau area rumah sekarang ni memang masih mampu milik lagi harga yang dijual tapi untuk rumah kedua ni taknak la beli kat area rumah sekarang ni….our target is Bangi (kalau tak pindah ke Utara la)….kalau pindah sana plan akan ditukar…
Kesimpulannya, kami cuci mata je kat BPEX…tengok rumah, design dan harga…..

Lepas tu...azuin lapar pulak….perlahan je mintak susu kat mama…macam berbisik je cakap “mama, nak susu’….sungguh comey kamu!!...terus p bilik menyusu…dah setel kenyangkan azuin baru jan-jalan …sempat la jugak grab beberapa barang keperluan saya…..tak shopping bagai pun…beli barang saya & diaper azuin je…..azuin sekarang dah kurang pakai diaper..tak macam dulu dah…sebab kalau nak pee or poo dia akan cakap….lepas tu kena cepat-cepat tanggalkan diaper…dan bawak dia buang hajat kat toilet….tapi masih pakai diaper lagi sebab kadang-kadang terkucil sendiri jugak…tak 100% lagi la…kalau tengah malam pun macam tu…kalau nak pee, dia akan terjaga dan nangis bagitau nak pee….so, kelam kabut la tanggalkan semua dan bawak dia p toilet..tapi kadang-kadang sampai pagi baru azuin buang kat toilet…Cuma yang susah sikit kalau poo….selalu terlepas pandang…tengok-tengok dah buang dalam diaper….dah poo baru cakap kat mama suruh basuh….hai, anak….

Kali ni kami lunch kat Ruz Aladin, Ampang….dah lama tak makan situ..alkisahnya teringin pulak nak makan situ….terus lajak p Ampang….lagipun mr may nak jumpa Azizul pulak…Galaxy Ampang, Taman Dagang….dekat jela dari Ruz Aladin ni….ni la kali pertama kami jejak Galaxy Ampang ni…tak menarik mana pun….jumpa Azizul kat tingkat 3a sebab Azizul&wife nak tengok wayang kat situ..boleh pulak dorang nak tengok wayang kat situ…datang bukan main jauh dari Johor, tapi aktiviti tengok wayang yang dipilih..haih….tapi nak buat macam mana dah diorang suka kan….kami jumpa jap je sebab wayang dorang dah nak start….

Azuin pun layan makan kat sini..sedap katanya…. 



Kami tak terus balik..lepak teman azuin main mainan kat Galaxy Ampang ni….maklumlah nak pujuk punya pasal….sebelum sampai sini azuin tido sebenatnya dalam kereta…tapi bangun terkejut sebab mama tersimbah air kat muka azuin…hahaha…sian anak mama masa tu…tak sengaja sebab tengah minum air..lepas tu papa break kereta..terus air tak masuk mulut api tersimbah kat muka azuin…apa lagi menangis terkejut la….
Muka budak tecik yang berjaya dipujuk....



 Ingatkan lepas tu nak singgah rumah lama kat Permaisuri…tapi tak jadi pulak…lain kali jela….sebenarnya kuncu rumah tu pun tak serah kat tuan rumah lagi…..tapi kami dah bagitau dah habis bulan 2….bulan lpas je dia call nak jumpa…nak uruskanhal kunci n deposit bagai la…..tapi masa tu mr may pulak sibuk…lepas tu dah tak call dah…..kitorang malas nak sibukkan diri pulak…sebab kitorang dah bagitau Cuma dia yang buat sambil lewa kan…not our fault la….deposit RM200 tak dapat pun lagi dari tuan rumah….haih….

Ni pulak on the way nak balik rumah dah…penat…..





Sunday, March 3, 2013

Nasi Lemak Habibi

Salah satu kedai makan yang agak baru juga la kat Alam Jaya ni…..
Dok usha kedai ni sejak dalam renovation stage lagi….kedai makan ni not bad jugak la…bersih, kemas dan selesa…..

Menu kami, nasi lemak Habibi dan Nasi Lemak Ayam (tak salah la)…..sedap!!sambal tu yang menjadikan nasi ni sedap…asambal yang pedas-pedas manis….selain tu ada kerabu mangga…sodap sangat…harga pun ok la…..selain nasi lemak ada gak menu lain seperti kueh teow, western food dan macam-macam la..boleh la cuba sini….servis pun bagus…tak lama tunggu!!!







Azuin demam sikit masa ni..tak berapa nak dok diam….terpaksa bergilir-gilir makan….
Sampai rumah terus landing sementara tunggu mama solat…..baik je dok diam…suka sangat makan jari tu…


Friday, March 1, 2013

Perfect Attendance


Salary ada sedikit lain la…..ada pertambahan..hehehe….sepanjang bulan lepas memang  betul-betul jaga attendance saya….sebab tu la entitled untuk dapat PERFECT ATTENDANCE….yes…sebenarnya kebanyakan employee memang selalu dapat elaun ni….saya je tak pernah dapat since kerja kat sini…mana taknye..setiap bulan ada je ‘late coming’…..nak  buat macam mana kan….nak dapat elaun ni mesti tak ada MC, EL & late coming untuk bulan tu….walaupun lambat 1 minit pun tak leh…..maksudnya kalau scan-in 7.01 pun tak boleh tau….

Itu u untuk bulan lepas…bulan ni tak dapat sebab dah EL dah last Friday sebab azuin demam….kena aim untuk bulan depan la pulak….

Increment tak dapat lagi bulan ni….bulan depan insyaALLAH dapat….lambat pulak…tapi no worry sebab akan dapat back pay dari bulan Januari….baru dapat merasa gaji baru bulan depan….
Apa-apa pun selamat bekerja!! Walaupun mood hari jumaat ni lain macam sikit…kerja tetap kena buat!!

Wednesday, February 27, 2013

Restoren Hameediyah, Shah Alam


Berpeluang makan nasi kandar Hameediyah kat Shah Alam ni….Restoren ni terletak di Jalan Pahat K, Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam…..

Boleh cakap rasa dia tak berapa nak sedap macam kat Campbell Street, Penang…..tapi boleh la kan…kalau yang kat Penang tu, makan nasi je dah sedap…tu belum tambah kuah bagai…siapa ayam tanam dalam nasi lagi…yang kat Shah Alam ni kureng sikit la…..lauk pauk pun tak berapa nak panas sangat…sejuk je makan….

Kami makan nasi beriyani ayam ros dan nasi beriyani kari ayam…lauk memang sedap….especially ayam ros tu…harga pun tak mahal macam kat Penang….yang kami makan ni kira set beriyani, RM 6.50 EA….kalau kat Penang dalam 12-13hengget kalau tak silap la…sebab kalau bayar mesti 30hengget camtu…termasuk air la…kat sini termasuk air tak sampai 20 hengget…..tapi rasa memang la tak leh nak compare dengan kat Penang..walaupun kedai kat Penang  tu kecik dan sesak tapi memang layan makan….kat sini lebih cosy la…sebab kedai besar dan terbuka….parking pun senang….. 
 Tuan besar tengah melilau tengok lauk…masa ni azuin tido lagi…lenguh  tangan dok ampu azuin….
Princess dah bangun dah….menu kami……

Azuin makan papadom je…siap bungkus bawak balik lagi papadom tu…… 


Ni kira birthday lunch la…lunch kat sini masa birthday azuin…..azuin pulak pakai baju baru yang opah beli kat Sarawak….





Tuesday, February 26, 2013

Penyusuan 2 Tahun, Syukur Alhamdulillah!!


Saya dah sampai ke destinasi yang dituju….24/2/2013 genap 2 tahun saya dalam bidang penyusuan ni..dah grad pun..dah dapat PHD pun.PHD ni salah satu fasa yang selalu digunakan dalam penyusuan ni.

Diploma-Penyusuan 6 Bulan
Degree-Penyusuan 12 Bulan
Master-Penyusuan 18 Bulan
PHD-Penyusuan 24 Bulan


Memang happy sangat…saya nak senyum je….ni adalah penghargaan untuk diri saya…ye, untuk diri sendiri dulu…salah satu pencapaian dalam hidup saya tau….dulu masa kecik pun saya menyusu lebih dari 2 tahun….sekarang ni, saya dapat ikut jejak mak saya sendiri…yang bezanya, saya menyusu dan juga seorang yang berkerjaya….. wanita berkerjaya juga boleh berjaya dalam penyusuan ini tau…..saya dah buktikan, yeay!!

Penyusuan ni bermula dari azuin hari pertama lagi…memang saya tak macam kebanyakan orang yang dapat meyusukan seawal sejam selepas bersalin….saya dapat jumap azuin pun selepas pukul 2 pm….bayangkan selepas bersalin pukul 5.02pagi tu, tengahri baru jumpa….dah rugi berapa jam kan….nasib baik azuin tak nangis…tido je sampai jumpa saya…..kenapa tak menyusu seawal sejam? Sebenarnya, selepas bersalin tu, saya disahkan 2nd degree tear….lepas tu doctor bagitau yang dia taknak jahit hidup-hidup…takut saya meronta sakit sebab koyakan banyak….tengah dok mamai-mamai tu saya sign surat untuk p OT untuk jahit koyakan tu…..

Saya tak pasti berapa lama prosedur tu berlaku sebab saya betul-betul sedar masa kat wad dah….tak salah dalam pukul 11pagi…lepas tu sambung tido balik…mamai sebab ubat bius la tu….dalam pukul 2 pm bangun baru teringat anak..hehehe….sebelum tu giler mamai…kiranya azuin menyusu saya dalam pukul 2 tu…Syukur sebab saya tak mengalami masalah sus tak keluar….memang masa azuin meyusu pun senang..pandai menyusu…kuasa ALLAH kan….baby yang lahir dah pandai nak minum susuJ…..

Lagipun permulaan memang tak banyak pun baby minum susu tu..saya selalu baca info dari blog Izzah ni…credit to her….memang banyak info berguna yang saya pelajari dari situ…dan sampai sekarang blog dia memang menjadi perkara wajib untuk saya lawati untuk pelajari ilmu penyusuan….yang tu salah satu blog la…dan banyak lagi blog yang memberi inspirasi dalam masa pembelajaran saya tu…..

Sepanjang 2 tahun ni tipu la kalau saya cakap semuanya manis…..saya juga pernah mengalami fasa susu kurang, stress, dan macam-macam lagi…rasa bila susu kurang tu memang boleh buat sesiapa pun stress….saya memahami perasaan tu….tapi saya tak nak perasaan tu memakan diri sendiri..memang cuba untuk positif….saya sanggup tido kurang untuk buat power pumping setiap malam untuk panggil susu balik (istilah apa yang saya pakai ni…hehe)….sebab kadang-kadang perasaan malas memang ada…naknya kalau dah tido…tapi kena jugak la bangun walaupun pam sambil tersengguk-senguk…..semuanya depends kat diri sendiri…POSITIF…

Penyusuan memang mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Sangat memerlukan pengorbanan dan komitmen yang besar dari seorang ibu dan bapa semata-mata untuk anaknya.. dan saya berjaya melaluinya.. alhamdulillah.. Saya juga akui, setiap ibu mengalami pengalaman yang berbeza..ada yang mudah ada yang sukar. Saya juga percaya semua ibu mahukan anak mereka diberi susu mereka sendiri. 

Siapa tak nak kan…tapi tak semua dapat sampai ke destinasi ni..rezeki masing-masing, yang penting niat nak menyusukan tu ada….kena ikhtiar, kalau tak boleh jugak nak buat macam mana kan…Disini sebolehnya saya taknak ceritakan pasal ibu berjaya ke tak…sebabnya, perjalanan lain-lain……saya pun tak tau perjalanan seterusnya macam mana..Cuma boleh berdoa dan usaha untuk sampai kedestinasi.

Penyusuan sebelum 1 tahun sangat berbeza dengan penyusuan selepas umur setahun…nak lagi selepas umur setahun stengah…..pengalaman saya sendiri, dah tak rasa dah let down reflex pun dah rasa dah…ada la jugak sebenarnya tapi memang susah nak rasa….saya rasa ramai ibu faham maksud saya yang ni….

Pasal Babysitter pulak, Alhamdulillah azuin bernasib baik dijaga oleh makteh norly dari lepas pantang sehinggalah azuin 5 bulan….sepanjang dengan makteh norly, azuin 90% minum EBM guna sudu dan syringe…lagi 10% tu guna botol…azuin pandai guna botol sebelum makteh resign (sebab nak balik cuti sebulan kat rumah…sebab lagi sebulan je cuti semester habis)….

Lepas tu hantar ke babysitter yang memang dah biasa dengan susu ibu….sangat memahami…..saya tak punya masalah dengan hantar EBM sebab dia pandai uruskan EBM….sampai la sekarang, walaupun hantar ke nursery, azuin masih minum EBM….nursery azuin pun memang EBM friendly….

Oh ya, satu lagi…suami memang perlu mainkan peranan tau…kena sentiasa beri semangat kat isteri…..selain tu kena jugak la belajar pasal penyusuan ni…..my other half memang bagus dari segi nasihat….sejak dari mengandung lagi dah jadi penasihat kanan…..memang la pada mulanya dia tak tau apa-apa pasal konsep penyusuan ni….lama-kelamaan berkat belajar dan diajar saya (ajar dengan apa yang saya tau la…) my other half pun dah pandai sikit sebanyak….dah boleh nak tinggalkan anak dan uruskan EBM….

Panjang sungguh entri ni…kalau nak cerita pasal penyusuan ni memang tak ada kesudahannya….sekarang ni dah moden, saya Cuma berkongsi dengan apa yang saya lalui….ilmu pulak, boleh di cari..kalau yang ada internet tu memang boleh tanya mr google…banyak info boleh dapat, banyak blog-blog yang menceritakan pengalaman masing-masing, dalam facebook pun banyak group yang ada untuk berkongsi pendapat…Jangan malu bertanya dan jangan malu nak tanya…saya percaya ramai ibu-ibu yang sudi membantu……saya pun masih mencari ilmu penyusuan ni….

Entri ni untuk tujuan perkongsian (sebab saya sangat yappy) & pemberi semangat saya untuk anak-anak yang seterusnya….Doakan ye!!

Boleh rujuk semua entri penyusuan saya ni melalui label Breastfeeding Journey yah!!

Sunday, February 24, 2013

Azuin dah 2 Tahun


Syukur Alhamdulillah…

Azuin genap 2 tahun…Happy Birthday Princess!! Also, marks my 2 years breastfeeding journey…akhirnya kan…syukur tak terhingga….sepanjang 2 tahun ni banyak suka duka yang saya lalui….excited, takut, stress, happy…macam-macam perasaan ada….ni adalah satu pencapaian bagi saya…bukan senang nak lalui semua ni…rasanya mana-mana mommies tau dan faham situasi ni….

Selama 2 tahun ni jugak azuin minum susu mama & ummi lang je (azuin sempat minum lebuh kurang 30packs jugak la susu ummi lang..ummi lang dah jadi ibu susuan azuin…susu tu ummi lang tinggal kat kampung sikit sebab terlalu banyak dan tak cukup beg masa bawak balik Sarawak haritu…ummi lang bagi kat azuin…dan syukur azuin minum susu ummi lang tu..mungkin rasa lebih kurang susu mama kot….)

Bila menyusukan azuin adalah moment yang paling indah…bayangkan la kalau tengah menyusu tu mesti azuin akan peluk mama kuat2..nak lay on mama’s arm la…kalau dah lena baru mama letak atas bantal….kadang-kadang sampai ke pagi azuin berkepit dengan mama…..dok tido celah ketiak je…haha…

Suka bila tengah menyusu tu..saya akan usap dan cium kepala azuin…tepuk2 montot azuin…main-main cak-cak…suka sangat…
Paling tak tahan tengok mata yang terkebil-kebil tengok mama…kena dongak sikit…tu yang comel tu..lepas tu kalau nampak mama pejam mata mula lah azuin bunyi dan panggil mama…tak nak kena tinggal sorang-sorang la tu…mama kena tido lepas azuin tido..tapi…selalu jugak mama tido ssebelum azuin tido..hahaha…
Rindu sangat masa menyusu azuin kecik-kecik…sangat berbeza menyusu masa kecik dan masa sekarang ni….sekarang ni banyak main-main dengan mama masa menyusu….dulu kalau menyusu tu masa bersungguh sangat..sekarang banyak nak peluk-peluk mengempeng manja dengan mama….haih, anakku…..

Proud of myself dan saya jugak dapat buktikan yang working women pun boleh berjaya dalam penyusuan ni….SYUKUR!!

InsyaAllah lepas ni saya akan teruskan untuk anak-anak yang seterusnya…Doakan ye!!

I LOVE BREASTFEEDING!!
Ni kek pre-birthday azuin.....konon la kan...sebab azuin dok suka tengok helo kitty tu....azuin dok main-main je dengan kek.....
 makan sangat la tu......eksyen je lebih....lastly, semua kek tu masuk dalam perut mama.....mama sangat kuat makan sekarang ni.....azuin ambik helo kitty je buat main.....


Updated, 24 Feb 2013 – 6.00pm 
Kek choc indulgence untuk birthday girl..(sebenarnya kek tu lebih kepada mama&papa…haha…azuin tak reti makan pun…seronok main kek dan suap mama&papa je…..

 Sempat posing lagi..sebenarnya tangan macam tu sebab jari azuin terkena kek tu…