Wednesday, August 21, 2013

Aidilfitri 2013

Hari ni dah raya yang ke 14…baru sibuk nak update blog…memang nak update dari hari tu lagi tapi kekangan masa…so, entry ni dok dalam draft jela..update sikit-sikit…tak la terlupa kan…dah ballik rumah baru post….hahaha..

Start cuti raya dari 7-18 August…lamakan..memang planned awal..dari bulan April dah siap mintak cuti…mana taknya..dah dapat surat daru Taska Azuin yang mana taska akan tutup dari 7-16 August…adalah wajib la untuk saya bercuti panjang!! Seronok memang seronok tapi cuti la makin sikit…baki cuti sekarang dah tinggal 4 hari dah…kena struggle tak cuti sampai bersalin….boleh ke?kalau tak kena ambil unpaid leave la…

6 August 2013
Kami gerak balik ke Perak dalam pukul 3.30pm macam tu..Perjalanan sangat best dan lancar je…azuin pun seronok je kalau cakap nak balik kampung ni…Sampai Taiping dalam pukul 7.30pm macam tu..tak sempat pun nak berbuka kat rumah..berbuka dalam kereta je..makan roti gardenia & air kosong je…sempat la singgah Tesco Taiping sebab nak cari tudung raya & baju raya untuk saya…punya la susah nak cari baju raya yang kena dengan makyong ni….takkan nak beli baju kurung yang bersaiz besar…dok fikir nak pakai jubah je sebab senang…alkisahnya, kat situ pun tak jumpa yang berkenan…hampa je…mana tak hampa….mr may dah dapat beli baju melayu yang sama pattern dengan azuin…jenuh dok cari area Shah Alam baju warna maroon yang saiz M…tak jumpa…yang ada saiz L je banyak…nanti besar gedabak pulak…yang jumpa saiz M jenis baju melayu johor pulak…dok fikir kalau kat jalan TAR mesti banyak pilihan punya…tu yang mr may p jugak cari kat Jalan TAR…p sengsorang…nak bawak saya yang memboyot ni memang tak la certanya..ponat!!

Akhirnya, balik rumah jela…balik rumah family saya dulu sebab raya kali ni kat rumah Mertua…balik rumah pulak dah berkenan kat jubah maroon yang arfah jual…ye, adikku yang dok kat Sarawak tu buat bisnes jual jubah pulak…memang dok rasa nak pakai jubah dah..tup tup…norly ada tunjuk baju kurung maroon dia yang lagi ngam dengan baju melayu mr may dan baju kurung azuin…apalagi…pinjam la kejap…lagipun baju tu sikit besar dan tak menonjolkan perut…yang paling best, selesa….baju tu baru lagi dan norly pun baru pakai beberapa kali je…so, tu dah dikira penjimatan…jubah arfah jual tu saya beli jugak…kot la tetiba rasa nak pakai jubah pulak kan..tudung pulak, saya pakai yang mana ada….memang raya kali ni penjimatan habis la…bukan kedekut tapi nanti kalau beli baju kurung mesti kena beli saiz yang besar…lepas bersalin nanti sah-sah dah guna…kan rugi kat situ!!lagipun beli jubah untuk back-up…
Ni la azuin dalam kereta on the way balik Taiping..

7 August 2013
Kali ni tak sempat lansung berbuka kat rumah saya…Cuma dapat bersahur jela…petang 7hb (rabu) tu baru gerak balik rumah family mr may kat Selama…sempat la berbuka kat Selama…sempat jugak pergi ke pasar ramadhan kat situ sebab nak beli ayam percik dan murtabak!!

8-9 August 2013 ( 1 Syawal 1434H)
Kami bersolat Hari Raya di Masjid Selama…parking bukan main jauh..maklumlah, p masjid pun dah pukul 8.50pagi..nasib baik sempat lagi…solat hari raya Adilfitri pukul 9.10pagi…terpisah dengan maktok dan acu sebab kami p asing…azuin pun ikut jugak….terpaksa duduk kat tepi dulu sebab nanti nak masuk dalam saf senang sikt…kena cari tempat hujung sebab azuin ada sekali…azuin dok paling hujung la…nasib baik dok elok je…memula tu nak solat sama, dah siap pakai tudung bagai..lepas tu, masa orang dok bangun nak solat, terus taknak…nak bukak tudung solat..terkejut kot sebab semua orang bangun bersesak betulkan saf…syukur Alhamdulillah, dapat juga bersolat Aidlfitri kali ni…

Lepas selesai semuanya, barulah balik kerumah..kat masjid pun lambat gak nak keluar sebab ramai orang…kami antara orang yang hujung keluar masjid sebab sesak sangat kat pintu keluar…

Jom layan gambar pagi raya kami….


masih beraya bertiga tahun ni...


sayang papa!!..



Petang barulah berkesempatan p beraya kat Parit Buntar, dan kampung mr may kat Titi Serong…beraya sampai malam kat sana…azuin la seronok sebab dapat jumpa sepupu-sepupu yang kiut-miut tu…sekarang dah tak malu dah..dulu tak berapa nak sebab kecik lagi kot..sekarang dah pandai main dah…

Jom layan gambar raya kat rumah kakak mr may (Along) kat Taman Dahlia…cantik rumah!!!dah siap pun sudut tepi rumah Along…masa kami datang dulu, tak siap lagi…






gambar ni haiqal yang tangkapkan..
Sharing is caring!!


mak&abah...
anak-anak buah acu!!
family Along...

10 August 2013
Gerak balik beraya di Taiping pulak…sampai rumah dalam pukul 10pagi macam tu…mr may tak dok lama sebab nak balik rumah kat puncak alam…malam tu nak tengok Barca lawan Malaysia…peminat bola sampai sanggup p stadium…nasib baik tukar ke stadium Shah Alam…tak la jauh sangat dari rumah kalau dibandingkan dengan stadium Bukit Jalil…mr may balik dari sabtu hingga hari rabu..sebab isnin sampai rabu mr may kerja…khamis pagi dalam pukul 5 macam tu baru mr may gerak balik Taiping….

Tinggal la saya dengan azuin jela kat rumah opah&tokyah…puas jugak la azuin main kat kampung…siap jalan-jalan beraya lagi…aktiviti sepanjang dok rumah opah adalah melepak dan beraya…

Jom layan gambar family saya beraya pulak (raya pertama&kedua diorang).
azuin & muthmainnah












11 August 2013
Rezeki saya makan nasi kenduri..raya kali pun banyak kenduri…kami p dua kenduri..1 di Aulong, 1 lagi di Sungai Dua, Penang…























14 August 2013
Beraya di Sik, Kedah…rumah makngah&pakngah..seronok sangat sebab nampak bendang…sejuk je mata tengok bendang…saya pun dah lama tak p sini…tak salah kali terakhir sebelum saya kahwin lagi…tapi kali ni mr may tak ikut pulak…

Tengah dok lepak-lepak kat situ, dapat pulak panggilan dari company milo ni…lepas jugak interview haritu..interview sebelum balik beraya…baru lepas 1st interview…kena panggil untuk final interview pulak…syukur…hope dapat berita gembira lagi selepas ni….Meh layan gambar lagi…










mak&makngah
mak&ayah


















16-18 August 2013
Balik beraya kat Selama semula…lepak sana sampai hari Ahad pagi…sebab Ahad pagi dah kena balik dah…Isnin kena kerja….huhu…puas dapat cuti lama……yang pastinya perut makyong semakin naik….dah membulat la…..

Balik raya kali sangat bersyukur sebab kami tak sangkut pun jem….perjalanan lancar je….kalau tak memang menagis gak la…mana tahan jem musim perayaan ni…naik kematu montot dok dalam kereta tau!!

Panjang sungguh entri ni…malas nak buat banyak part..sekali harung je…senang…sekarang ni pun tengah dok compile semua gambar nak masukkan dalam album raya…semestinya saya pilih Pixajoy untuk print semua detik manis raya kali ni….

Stop sini…masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin…InsyaALLAH, raya tahun depan kami berempat pulak!!










Monday, August 5, 2013

Aktiviti kami....

Minggu ni dah minggu raya dah..tapi sampai harini….saya tak dapat cari baju raya yang sesuai lagi…untuk pagi raya la..baju saya dan mr may tak dapat lagi….azuin dah selamat dah…dari baju kurung sampai la gaun bagai….tengok tu, anak yang didahulukan dulu…..tu baru sorang….kalau bertambah nanti alamatnya berganda la lagi budget….memang shopping last minit ni agak mencabar jugak la….dari hari sabtu kami cari tak ada yang berkenan lagi…warna yang dicari tak jumpa yang menarik hati lagi….(tetiba rasa nak tukar tema…tapi tak boleh dah sebab azuin dah selamat beli ikut tema….Dari KL, sampai la Shah Alam…usha jugak kat PKNS Shah Alam….banyak tapi hmmm….tengok la kot harini rajin nak cari kat Plaza Masalam pulak…kot la berkenan….

Kalau ikutkan mr may, dia taknak beli baju Melayu sebab jarang pakai….siap suruh pakai baju lama lagi….saya boleh je nak gamble tapi tu terjadi kalau betul2 tak jumpa baju yang dicari…..baju kena gak sesuai dengna perut makyong ni…walaupun perut comel je tapi dah nampak dah….Datang ofis pagi ni pun dok fikir nak cari kat mana lagi baju….susah jugak la macam tu…yang cantik menarik memang banyak tapi tak kena gaya dan tema pulak…azuin pulak dah siap melram kasut, baju raya dan stoking dah..sampai nak tidur malam pun taknak bukak…..

Kalau dok cerita pasal shopping memanjang tak habis….nak cerita pasal di tomey azuin pulak….

Sangat lega masa hari Jumaat tu azuin dah tak nangis bagai da..bukan apa, sejak kebelakangan ni azuin macam tak nak dok je…baik kat rumah mahupun kat taska…pening kepala omaknya….nak mama je…papa kadang-kadang je…nak naik tangga pun nak mama dukung….lepas tu taknak makan sendiri dah…nak kena suap bagai…nak mama yang suap….perangai baru mungkin sebab dah dapat agak adik dah dekat nak keluar kot….nak lebih perhatian la tu!!!
Ni gambar selepas ambil dari taska…seronok je sebab mama ambil..lepas tu cakap azuin ikat rambut, cantik….kalau kat rumah bukan main susah nak ikat…tapi lepas kakak ikat rambut dan cakap cantik terus je nak ikat rambut…..siap taknak buka lagi ikat rambut.. 

Dah la ‘aim’ mama puya karipap…saya beli 3 ketul je karipap…2 karipap kentang, 1 inti sardine…tak sangka azuin makan kesemua karipap, yang tinggal cuma 1/3 je karipap….dah la makan sebelum berbuka lagi…mama pulak mengidam nak makan karipap….nanti kena beli banyak sikit la sebab azuin pun suka… 

sukanya dia... 
ni karipap kedua.. 

Malam pulak dok seronok nak menulis…meja sendiri ada, tapi nak tulis depan tv gak sebab nak dok sebelah mama!manja sangat!!rambut masih dok ikat…marah mama nak bukak…mandi pun taknak bukak getah ikat rambut tu…malam tu cuma letak air sikit jela kat alur rambut dia….kang rasa macam tak mandi pulak kalau tak basahkan rambutkan…… 
Seperti biasa kalau Jumaat mr may memang balik lambat…..tinggal kami berdua jela…dalam pukul 10 baru mr sampai….dah la tidur lambat hari Jumaat tu..masa ajak azuin p makan roti canai…beria-ia nak p…siap tutup tv dan kipas bagai…pastu ajak mama suruh cepat sebab azuin nak makan roti canai…lawak!!

Thursday, August 1, 2013

Penangan Durian...

Penangan durian betul…hari ni dok rasa durian lagi ni…dah gosok gig bagai pun masih terasa lagi…alkisahnya semalam balik kerja, saya singgah la pasar malam kat area rumah saya tu..kononnya nak beli murtabak la….murtabak pakcik tu buat memang sedap woo…setiap kali ada pasar malam mesti p beli murtabak ni..dah la pasar malam hari rabu & sabtu je…selalunya hari rabu baru beli sebab sabtu selalunya keluar makan kat luar….selain tu sempat la beli karipap yang dok teringin dari hari selasa lagi…beli karipap, kuih apam dan koci (nasib baik boleh campur sebab RM2 untuk 5 ketul…alahai..sebenarnya seketul 40sen..sama je kalau darab bagai…..strategi bisnes betul….tapi ok la dapat rasa kuih koci gak….apam 2 ketul tu tak leh kacau sebab sah-sah azuin akan makan….azuin memang suka apam….
Azuin makan apam…abis comot… 
budak comel yang comot!!
Apam yang kedua…..suka tengok apam yang berwarna tu…..


Masa jalan nak ke reta tu, memang lalu kat orang yang jual durian…sebenarnya dah nak sampai kereta pun tapi saya patah balik…sebab tetiba ada nafsu nak makan durian pulak….beli 2 biji je…RM5..boleh la nak rasa…nak beli banyak takut tak habis..kalau ikutkan nak beli sebiji je…tapi macam segan pulak….tu yang belli 2 biji tu….
Ni la duriannye..isi tak la tebal mana..nipis je..tapi ok la sedap..saya makan 8 ulas gak…..azuin makan sikit je…rasa hujung-hujung je….mr may usah cakap la…dia bukannya suka durian sangat pun..siap suruh saya tutup bekas lagi takut berbau kuat….durian tu memang saya dah pindahkan dan asingkan siap-siap..letak dalam bekas….senang, boleh letak dalam peti ais…malam ni boleh makan lagi…….

Ni la budak yang kuat makan…..mama dok perisi durian, dia dok makan biskut…biskut lutut kering yang keras tu pun azuin suka…..

Boleh ke kalau mengandung makan durian banyak…yelah, masa makan tu memang tak ingat dunia…dok ingat sedap je….lepas tu baru terfikir boleh ke tak…rasanya selagi tak memudaratkan, boleh kot kan..kang kempunan pulak……lagi pulak saya ni memang suka durian....sangat tau!! saya lagi suka makan mentah macam tu...tempoyak, saya memang tak layan....serawa durian pun sedap!!


Harini masih dok fikir nak makan apa…semalam senang je sebab saya cuma goreng telur je…lepas tu panaskan tomyam dan ayam bakar lebihan semalam….tak elok membazir…tomyam sedap tau…kali ni saya buat jadi masam-masam tu..letak tomato banyak sikit….selalunya macam kurang masam je…azuin pun suka….