Monday, February 7, 2011

Yeay!! Settle dah bab beg hospital

Akhirnya beg hospital dah selamat kat dalam bonet kereta....senang sikit kalau tetiba sakit ke nanti kan....nampak macam besar je beg tu kan...actually ringan je....saya takde beg kecik2 sangat..kira halal la bawak beg besar macam ni kan....beg sandang tu untuk saya n yang beg balik kampung tu for baby la...

dah packing barang2 ni, rasa teruja pulak nak bersalin hehe....dah bersedia ke???

Actually memang la berdebar2 gak tunggu masa ni..tapi tersangatlah excited nak jumpa baby ni..tak sabar nak panggil nama dia.....nama dah ada dah.....kadang pun kami dah panggil baby dengan nama dia..hope betul la nanti gender dia....takut gak tetiba keluar boy pulak...

Jom, nak share my hospital checklist....semua barang2 ni dah ada pun dalam beg........

Bil
Barangan
Bilangan
Tanda (√ / X)
For Mommy
1
Aini & May's IC
2
√
2
Kad Lawatan Hospital aka buku pink
1
√
3
Sijil Nikah (Original & Fotostat)
2
√
4
Handphone & Camera (Charger)
1
√
5
Tuala Mandi
1
√
6
Kertas Doa Semasa Bersalin
1
√
7
Maternity Pad
6
√
8
Blause Butang Depan
1
√
9
Kain Batik
1
√
10
Skirt Labuh ( untuk balik)
1
√
11
Nursing Bra
2
√
12
Breast Pad
3
√
13
Maternity Underware
3
√
14
Sikat
1
√
15
Toiletries
1
√
16
Tudung
1
√
17
Sweater
1
√
18
Tuala  Muka
1
√
19
Minyak Angin (Minyak Herbanika NR)
1
√
20
Selipar
1
√
21
Plastic Bag
3
√
22
Makanan & Minuman
3
√
23
Stokin
1
√
24
Tisu
4
√
25
Air Zam Zam
1
√
26
Bunga Fatimah
1
√
For Baby
1
Baju
4
√
2
Baby Wipes
1
√
3
Baby Diapers
6
√
4
Mittens & Booties
3
√
5
Selimut Baby
1
√
6
Baby Toiletries
1
√
7
Barut
3
√
8
Sapu Tangan
2
√
9
Minyak Yuyi
1
√
10
Topi
1
√
11
Lampin (untuk bedung)
5
√




Sunday, February 6, 2011

kolostrumkah itu???

Betulkah? Tapi macam tak percaya je...

Pagi2 tengah saya ralit menaip new post, tetiba terasa baju basah kat breast area...terus rasa berdebar semacam..saya try la tgk kat my areola..tetiba keluar la cecair warna ala2 kuning air....takut gak..mana tau kot2 ada breast cancer or anything..then, try pulak breast belah kiri pulak n cecair yang sama keluar tapi tak la sebanyak belah kanan...terus saya p kejut mr may cakap pasal ni.....dia pulak dalam mamai2 selamba je jawab.." Tu susu la yang"...yela, takut gak sebab benda aneh keluar dari my nipple...dah la sekarang ni banyak isu cancer la...takut gak saya.......saya pun terus la google pasal ni....rasa2 nya tu kolostrum....almaklumlah pengalaman zero...hehehe.........


Apakah dia kolostrum?

Kolostrum dikeluarkan oleh payudara ketika bulan-bulan terakhir kehamilan. Ia kaya dengan protin dan anti-bodi yang dapat memberikan perlindungan kepada bayi dari segi jangkitan penyakit. Pada peringkat awal, bayi hanya memerlukan kolostrum sahaja.




P/S - kena banyak lagi pembacaan ni...rasa masih kurang lagi ilmu tentang penyusuan ni...hope, susu saya banyak untuk feeding our baby nanti....Doakan Ye!!!

Eli&Azhar Big Day..

Congratulation to Eli&Azhar.....welcome to the club!!!

Semalam kami berkesempatan lagi makan nasi kenduri...nasi kenduri Pn Eliyana....majlis tu di Merlimau, Melaka...tak la jauh sangat dari KL sejam setengah je...tu kalau tak jem la..Kami sampai sana dalam kul 1.30pm jugak la sebab banyak kereta & slow je kat Plus Highway..especially kat area Seremban....Nasib baik masa sampai tu, Pengantin tak bersanding lagi..Kami terus je makan dulu la sementara nak tunggu tu..
Tema diorang warna ungu...chantek jugak....rasa macam nak kawen semula je....seronok tau jadi raja sehari ni...dapat pakai cantik2 n mekap cantik2...

Dalam bilik pengantin...saya sangat suka decoration ni...Eli cakap deco sendiri..sangat simple and creative...
nampak tak perut saya yang membulat tu...p kenduri pun pakai blause je....baju2 kurung or jubah semua dah tak boleh nak pakai....dah tak muat...

With Amalina, Halma, mak Amalina&Amalia, Me, Amalia


Cenderahati dari pengantin..tak sempat nak tangkap gambar beg yang berisi dengan makanan tu..makanan dah kami makan on d way back tadi.....maklumlah jalan memang jem....so perut pun meminta2 untuk diisi la...PLUS memang jem& kami balik pun guna LEKAS....memang cepat la jugak....lengang je...





Friday, February 4, 2011

Bengkak Kaki (swollen feet)


See, my swollen feet and hand....sungguh chubby kan!!!tangan tu ok lagi...selalunya kat kaki la...but i don't care because it's temporary...ia akan hilang la once deliver baby..tp kaki ni kadang2 kebas dan mencucuk bila pijak lantai...tumit pun sakit gak..tapi Alhamdulillah, Thank God, i still can drive to work...jauh tau kena drive dalam 90km pergi-balik tiap2 hari....cuma aktiviti2 shopping kena kurangkan sebab dah tak larat nak jalan lama2 & jauh2...sekarang ni, kalau cuti mostly lepak kat rumah je...


Some info yang sangat berguna saya dapat masa surf tadi....

Pada masa kehamilan, ibu hamil memiliki lebih banyak kadar air dalam tubuhnya. Retensi air inilah yang menimbulkan gejala pembengkakan pada tubuh ibu terutama di daerah kaki dan tangan.

Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.

Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
* Rendam kaki dalam air sejuk.
* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
* Minum air secukupnya.
* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Thursday, February 3, 2011

Bestnya cuti

Hari cuti memang sentiasa dinanti-nanti kan...dapat la rest & lepak2 dengan hubby tersayang....lepas je solat subuh tadi tak dapat nak tido dah..layan tv pagi buat perut ni lapar...baby pun dah gerak2 kuat..nak mamam la tu...yela, memang dah rutin pagi2 wajib minum susu...so, saya just make a simple breakfast...kentang goreng with susu je tapi untuk mr may saya buat air milo susu...ok la untuk isi perut ni sementara nak tunggu tengahari.....lepas je makan, tau2 je la...mata pun dah layu....tapi rasa macam taknak tido lagi...mr may memang terus selamat tido lepas breakfast tadi...

so, saya pun buat la aktiviti mengemas...bukan kemas rumah tapi buat filing sikit....banyak sangat benda2 penting bersepah dalam drawer...file dah beli lama dah cuma nak susun bagi cantik & kemas je lagi...senang sikit kalau nak cari apa2 nanti....tak la tertanya2 & kena cari bagai...lagi pulak sekarang ni banyak surat2 untuk our new house kan..kena la keep in file....memang bersungguh jugak la mengemas...sambil kemas sambil kebas kaki....kaki ni kalo duduk lama mesti kebas n jadi bengkak...sesekali jeling tengok mr may tido....syok sungguh dia tido....setel bab mengemas ni ada la lebih kurang kul 11 lebih...Settle pun..syukur.....pastu perut pun mula la buat lagu pulak...haaa, kan dah lapar...

Memandangkan hari ni pun cuti CNY, mesti banyak kedai yang tutup kan...so, kami memang rancang nak lepak rumah je...lunch?nak masak pun takde barang basah dalam freezer tu....cuma ada sayur je...tak kan nak makan nasi dengan sayur je...kena la jugak beli lauk...sasarannya mr may la....saya betul2 tak rasa nak keluar hari ni....nak rest kat rumah ni...so, saya prepare nasi, sayur kangkung goreng belacan n telur masak cili jela...telur masak cili tu buat sebab nak kuahnya la...mr may nak beli ayam percik kat Ayam Mas..menu yang cukup simple kan.....

Aktiviti petang pulak semestinya tidoooooooooo...........

Wednesday, February 2, 2011

Pekena satay kat Satay Station, Bandar Seri Permaisuri

At last dapat jugak kami makan satay.....kat Satay Station, Bandar Seri Permaisuri…actually Restoren ni baru jugak bukak la…..sebelum ni tak pernah nampak ada Satay Station. dekat sini...mr may la yang mula2 terperasan ada kedai satay baru ni….then, ada satu hari tu mr may ajak p try makan satay kat situ….petang kami nak p makan tu kalo tak silap macam baru lepas rasmi je sebab ada khemah2 n bunga2 ucapan congratulations lagi…then, try masuk dalam tempat duduk takde la pulak…hampa la jugak…terus kitorg tak jadi p makan kat situ….

Kiranya semalam la baru dapat makan sebab mr may pun cuti hari wilayah…..tapi saya kerja la sebab Selangor tak cuti…petang balik kerja tu memang dah set tak nak makan nasi…tapi tetiba je mr may ajak makan satay pulak….sy pun ‘on’ jela…bleh try jugak la….

Kami makan berdua je…kami order 15 cucuk satay ayam & 5 cucuk satay daging….memang selalunya kalo p makan satay Hj Shamuri pun order sama je kuantiti tu….

Tup2 sampai je satay… mak aii besar2nye satay…food presentation pun ok la…nampak bersih n kemas…. service sangat cepat..tu yang kami suka!  Air pulak, mr may amik teh ais (air favourite dia la tu…mana2 makan pun mesti mintak air tu)….saya just mintak air suam je….saya nak mintak air kelapa tapi takde la pulak….kalo tak salah menu utama is satay n mee rebus….sebab yang lain tu macam xde je..tapi tak tau la kan….restoren ni pun agak selesa n parking pun senang….tak yah  la susah2 nak pusing2 cari parking….
 
Kami start je makan, terus 1st word yang keluar is sedap n lembut satay ni…rasa lain dari lain…dah la satay tu gemok2..memang kenyang la walaupun makan cikit….kuah kacang pun sedap…pekat pulak tu…..santapan petang yang mabeles la…kami sampai tak abis makan sebab cepat kenyang…yela, satay gemok2…..makan pulak 2 org je…xpe, nanti sambung makan kat rumah pulak….

Harga satay a bit pricy la of coz….berbanding satay kajang ke, satay kat mamak ke, or satay2 kat pasar malam tu…may be bayar untuk deco kedai sekali kot…may be la….tapi walaupun pricey tapi nikmatnya tu memang ummphhhh…harga kena dengan rasa yang sedp tu…cuba la try….so, lepas ni tak payah la nak makan satay sampai kena p ke kajang….just jalan kaki jela…..selalunya kalo kami teringin makan satay mesti p Hj Shamuri Kajang or cawangan yang kat Kesas Awan Besar tu……lepas ni boleh laubah selera makan kat sini pulak….Cuma kalo ada air kelapa lagi bes baru lengkap makan satay n air kelapa….nyum2…….





Tuesday, February 1, 2011

all about last week dinner....

Baru hari ni berkesempatan nak tulis pasal dinner last week…ni kira menulis kat opis ni…lengang opis sebab ramai yang dah start cuti raya cina…mood kerja saya pun kurang sebab bosan kat sini….kerja memang la berlambak tapi rasa tersangat la m***s….

Haa…cerita pasal dinner la ek…The dinner was held at Premier Hotel, Klang….on 28 January@ 8pm....theme--à>colours of tradition…wah gitu…ramai la yang pakai baju tema kaum masing2….macam2 gaya ada.saya?dengan memboyot macam ni, tak terpikir pun nak ikut tema…hehehe….saya just grab baju ala2 jubah/Punjab je….tu je la baju yang selesa di pakai sepanjang jadi mak buyong ni….hope semua orang paham kan….dapat doorgift jugak…bekas makanan yang tulis nama company…chantek jugak la…ada 3 layer…kitorg panggil “sia” (tak tau nak eja macam mana…bunyinye macam dengung sket…heheh)….

Makanan malam tu pun ala2 buffet….saya sangat suka makan ala2 buffet ni….lauk tersangat la sedap..especially daging salai tu…tapi tak snap pun gambar makanan….but I did enjoyed  the foods…si cerdik pun suka sebab dia dok diam2 je masa mama dia tengah mamam..mesti baby pun layan jugak kan…..

Persembahan macam tak berapa best sangat….so-so je….siap ada Michael Jackson Malaysia lagi buat persembahan….sambil2 tu ada jugak terselit  games for the volunteers…semuanya sporting….best la…summore, lucky draw pun ada tau…hadiah boleh dikatakan ok la…nama saya pun terselit gak la….dapat la lucky draw….hadiah tak besar mana pun sebab saya dapat antara cabutan yang terawal jugak….dapat blender je..jenama Khind…tapi kira bersyukur la dari tak dapat apa2 kan…. Terpaksa la mak buyong ni terkedek2 bawak hadiah ni ke kereta…nasib baik tak berat mana….Majlis habis dalam kul 11 macam tu….apa lagi terus balik la….drive pun dah ngantuk2 sebab kepenatan….sampai rumah terpaksa mintak tolong mr may tolong angkat kan barang2 sebab tak larat dah….

Ni la lucky draw blender..yang “sia” tu doorgift..comey kan--->>

with Eng & Kak Nurul...ni masa registration....dapat door gift....

with our Operation Director 

dapat lucky draw....nampak je macam berat...walhal tersangatlah ringan....


me @WW34...tembam kat pipi tu...

tu jela yang dapat dikongsi tentang annual dinner company saya..gambar lain2 tu tersangat la banyak tapi just layan yang ni jela....yang lain tu kunampak gumuks...hahaha