Tuesday, December 13, 2016

Weekend at Kidzania, Damansara

Kali nak berkongsi pengalaman kami di Kidzania minggu lepas (10/12/2016). Ni semua penangan Azuin sebab dia cakap dia tak sempat nak main/bekerja banyak semasa lawatan Q-dees hari tu..Memula tu rasa takut jugak nak bawa kesana bulan ni, maklumlah bulan cuti sekolah dan takut ramai pulak…

Sebenarnya boleh rancang awal apa yang dibuat kat situ..boleh tengok map kat website Kidzania.. Pelbagai info ada kat situ. Kalau boleh, belilah tiket online sebab murah sikit dan cepat.

Kami sampai sana dalam pukul 9:30 pagi..alahai, memang ramai dah orang beratur untuk registration..kaunter memang diasingkan untuk online purchase & walk-in…tapi yang dah beli online pun dah ramai…nak pulak masa kami beratur tu ada 2 bas yang bawak kanak-kanak sampai…takut ramai jela...
Bearatur untuk dapatkan cek...
Cheque 50 Kidzos untuk Azuin & Adam..total akan dapat 100 Kidzos la..

Selepas dapat cheque tu, mestilah kena pergi tukar di CIMB kat situ..nak kena cash kan cheque tu...
Hanya kanak-kanak je yang boleh berurusan dengan bank..Parents boleh tengok dari luar je…comel sungguh tengok aktiviti macam ni..
Tara….dah cash ke Kidzos...

Tips, pergi book untuk 3 aktiviti yang menjadi kegemaran kanak-kanak iaitu Fire Station, Burger Shop & Pilot..dah settled booked slot barulah mula bekerja..
Tempat pertama Azuin bekerja adalah Emergency Department..seronok dapat merawat pesakit!
Jadi nurse gitu!

Slot kami untuk Fire Station adalah pukul 10:40am…dalam 10:30am dah kena tunggu…Disini kanak-kanak akan dipakaikan pakaian abang bomba!!
Sementara tu abang bomba akan bagi sikit taklimat dan kids kena tengok video…dalam video tu nanti akan tunjuk yang rumah terbakar dan kids kena pergi padamkan kebakaran...
Jadi meriah lagi, kids dapat pengalaman naik fire engine dan bergerak ke tempat kejadian...
Firewomen in action!!
Adam memula join pastu menangis sebab takmo pakai baju abang bomba tu…kat sini dapat gaji tau!

Selepas tu kami gerak ke Air Asia pulak..dah siap tunggu dan masuk dah..tetiba je dua budak ni keluar…hahaha, takut katanya…
Tak apa la..lain kali dah besar baru tak takut kot….kami terus ke burger shop tunggu slot Azuin...
Kali ni bekerja di McD…
Basuh tangan dulu sebelum buat burger ye..hygiene is very important!
Azuin memang suka aktiviti ni…memang pengalaman buat burger sendiri…dari mula sampai la siap…dah siap boleh makan sendiri!
Tara..jom makan..ni Azuin yang buatkan tau
selepas tu barulah kitorang start jalan-jalan dan Azuin bekerja kat tempat lain pulak…
Jom bekerja di kilang PakNgah Jai, Kilang Vitagen pulak...

Dapat Vitagen!

Selepas tu nak bekerja kat sini pulak…kat bahagian ni ada 3 pekerjaan..jadi tukang pam minyak, toll gate worker atau mekanik…Amani nak jadi tukang pam minyak pulak..selalu dok tengok mama pam minyak..tu yang teringin tu..kat sini pun dapat gaji!
Adam join memula..pastu seperti biasa kena pakai vest tu..terus takmo..
Azuin's in action!
Seronokkan tengok aktiviti macam ni..memang bandar kanak-kanak la…semua nak merasa! cuma penat je..tu yang takleh nak dok lama situ..

Tempat terakhir Amani bekerja ialah di Z-Mart..yang ni yang dia cakap tak sempat pergi masa school trip haritu...
nak shopping macam mama katanya..kat sini pun kena pilih samada nak jadi customer or casher..
Barang yang dibeli ikut shopping list yang disediakan…barang-barang ni tak boleh bawak keluar sebab tak jual..cuma untuk aktiviti kat sini je..
Dah penat, mama belanja ais krim la…Adam dah lena dah…so, lepak dengan papa..Kat sini banyak je tempat untuk parents nak lepak…ada jual makanan jugak..tak perlu risau kalau lapar...
Selepas tu boleh la ke Canon untuk tengok gambar anak..sebabnya di setiap tempat yang dirang bekerja, akan ada sesi bergambar dulu..pilih mana yang nak..nak beli semua pun boleh..kami beli yang ni je, RM30..
Jom…nak balik dah..lain kali nak datang lagi..duit balance masih banyak dan boleh simpan dan untuk next visit..sebab nak beli souveniour di Kidzania Department Store masih tak cukup!Kena guna Kidzos!


















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.