Monday, December 19, 2016

Lepak KL lagi

Disebabkan minggu lepas cuti agak panjang sampai hari Selasa, dan kami memang tak cadang nak balik kampung pun..Jadi dah plan nak bawak kids ke KL..nak naik monorail, tren dan swimming pool..Selepas jalan-jalan ke Kidzania, terus kami gerak ke KL.

Stay 3H2M kat KL semata-mata nak fullfill apa yang kids suka…kami stay kat Sunway Putra Hotel…ni aalah kali ke3 kami stay sini…kenapa kat sini?sebab kemudahan yang senang..nak naik LRT pun memang senang..stesen PWTC memang sebelah je hotel…dah boleh terus ke Titiwangsa untuk naik monorail pulak..satu lagi..nak ke tempat makan yang kami nak p pun dekat..

Puas hati kids dapat mandi hat swimming pool..pagi sampan tengahari..sambung pulak petang…memang bagi peluang betul kat dorang ni…kakak sampai dapat kawan baru..dan siap boeh janji lagi nak turun mandi pukul berapa...
Adam pun dah seronok mandi sini…dah berani!
Wefie dengan Azuin Amani..ni masa makan kat Bellamy…tempat nostalgia kitorang ni…kalau lepak KL mesti p sini punya..
Dah alang-alang, bawak kids jugak ke Taman Tasik Perdana yang ada Dinasour Park tu…Main sampai puas ye..





Jom layan gambar kami naik monorail pulak…naik dari Stesen Titiwangsa ke KL Central dan patah balik semula ke Titiwangsa...
Monorail ni kecil sikit dari LRT dan rasa macam tak stabil je..especially masa dekat selekoh...
Adam & Kakak pun suka tapi dorang lagi suka naik LRT..monorail seronok tengok je…

Lain kali kita naik lagi ye!



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.