Monday, December 5, 2016

KLIA2 Airplane Runaway & Perahu Dondang Sayang Putrajaya

Sabtu lepas sibuk dok bawak kanak-kanak tengok airplane dan bot…ni semua gara-gara Elman Adam la…kami google nak tau pasal runaway ni..masa kat Penang dulu memang tau mana tempat nak tengok airplane landing dan berlepas….nasib baik aa jugak yang buat review pasal ni…so senang sikit nak cari…

Senang cerita, cari je Tune Hotel KLIA2 tu…selepas Tune Hotel tu ada simpang tiga dan belok kiri…jalan pekeliling tak salah saya…terus je…memang la sunyi sikit jalan tu tapi memang berbaloi dan puas hati tengok..memang airplane atas kepala je..
Kat kawasan ni la nampak jelas sangat airplane atas kepala...
airplane is coming...
selepas tu kami ke KLIA pulak tapi airplane tak sekerap di KLIA2…ni kami tengok dari sisi pulak…nampak airplane yang dah landing dan nak take off pulak..
Kids so excited…siap request nak datang lagi….Lama jugak kami lepak situ…

Selepas tu kami gerak ke Putrajaya pulak…nak naik cruise pulak..tapi tukar sebab rasa nak naik Perahu Dondang Sayang...
Tiket RM54 untuk package 2 dewasa & 2 kanak-kanak…
Kena tunggu sekejap sebab hujan renyai-renyai dan perahu tak jalan..tunggu cuaca cerah sikit...
Azuin seronok…Adam pun sama cuma Adam sikit menagis sebab takmau pakai safety jacket tu...

tara..happynya….dondang sayang ni boleh muat 6 orang je…seronok tengok keindahan Putrajaya…

Adam la siap menyanyi lagi lagu "Boat for Preshool, Blippi " tu..



Dah habis…ada la 30 minit jugak bersiar-siar dengan perahu ni….

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.