Wednesday, January 25, 2012

WPV dapat kaki baru....Yeay!!

Minggu Lepas hari Jumaat WPV dapat Kaki baru....yeay!!
Ni gara2 nak balik kampung cuti CNY la...petang Jumaat tu mr may bawak WPV p kedai..
Cek punya cek rim tayar WPV dah bengkok..3 rims pulak tu..aiseh..kena tukar la..
Sebab memang tak elok guna rim yang bengkok ni... rim bengkok boleh menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata…Jadi WPV pun dirawat dan diberi rim baru…satu set rim baru…bersinar nampak….



Lepas tu cek jugak tayar dan tayar belakang dah botak dan ada cikit bengkak….yela, WPV selalu travel jauh kan..mestilah kena bagi makan ubat selalu nak bagi sihat sentiasa….hahaha…tahun ni lagila banyak tempat nak p dan haruslah kena travel….end up dengan tukar 4 biji tayar…completed set!! Kali ni WPV guna Tayar Yokomaha pulak…sebelum ni guna Falken & Silverstone…bab tayar ni kurang arif sangat..kalau nak tau lebih banyak info boleh tanya mr google...

Lepas siap pasang kaki baru haruslah buat alignment & balancing pulak..untuk perjalanan jauh ni….keselamatan haruslah diambil kira…karang, tak pasal2 tersadai tepi jalan pulak…..

Kereta oh kereta..memang sekali keluar duit untuk kereta memang macam air je…laju sungguh…..total damage untuk WPV ialah RM1.9K…huh, berpeluh nak bayar tu…..tapi yang pastinya sedap sikit bawak kereta terutama masa kat fast lane…sedap sikit nak potong…..

Versi berangan : Bila nak dapat beli CRV ni…hmmmm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.