Tuesday, January 10, 2012

Trip to Melaka

7 Jan 2012 adalah percutian kami yang pertama pada tahun 2012 ni….Melaka Bandar Bersejarah!!
Teringin bawak azuin jalan2..walaupun cuma cuti hujung minggu je tapi sudah cukup buat kami enjoy dan lari dari kesibukan KL [kat Melaka pun sibuk jugak]…ayat penyedap je….

Sebelum bergerak ke Melaka, kami sempat breakfast nasi lemak kat Bandar Tun Razak.. Kedai makan yang dekat dengan Kedai Pak Aji tu….sedap gak la nasi lemak kat situ…boleh la tahan….nanti boleh datang lagi..harga pun berpatutan…..Lebih kurang pukul 10.30pagi (sabtu070112) baru gerak ke Melaka…Nasib baik jalan tak jem…traffic lancar je..
bekalan mama,papa & azuin untuk tengahari

Sampai Melaka dalam pukul 12.30 tghari…memandangkan check-in pukul 2 pm, kami pun jalan2 la kat Mahkota Parade dulu…Kami menginap di Holiday Inn..Nasib baik tak jauh sangat Holiday Inn ni…belakang Mahkota Parade je…Nak jalan2 kat luar macam panas terik pulak…kitorang plan, petang baru jalan2 kat situ….

Jom layan gambar….
aktiviti dalam kereta


Ni masa jalan-jalan kat Mahkota Parade, papa cakap macam muka dia...saya snap jela gambar..sama ke??
mama&azuin kat pintu masuk Mahkota Parade..
she's so cute!!
Dalam bilik...
excited sungguh!!
Dok tengok pemandangan bandar melaka..
Makan cendol...masuk jalan-jalan cari makan gerai ni....
kami @ Muzium Samudera
Bagan @ Umbai...
tengok tu azuin makan...sampai bukak luas mulut tu..
.
mama pun ada
Lepas breakfast, jalan-jalan depan Holiday Inn tengok laut...
Mereka...
Dah nak balik dah time ni...tengah tunggu papa check out...azuin posing dulu
Makan tengahari kat restoren asam pedas....apatah nama kedai ni...tapi memang ramai orang dan sedap...

Next Destination mana ye!! Tunggu….Cuti2 Malaysia!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.