Monday, December 26, 2011

Cuti 4 hari : Buat apa?

Harini dah kerja [Selasa, 27/12/11]…betul-betul berat rasa nak pergi kerja..Almaklumlah baru lepas cuti 4 hari dari Jumaat sampai la hari Isnin….Cuti memang banyak diisi bersama si cantik azuin ni…hari baru sempat nak update blog..

Sebabnya, kalau kat rumah tu memang tak ter’update’ blog ni…tak lepas nak main dengan azuin…Hari Jumaat tu saya n azuin cuma lepak kat rumah je sebabnya papa azuin masih kerja…lepas tu malam pulak dia ada Majlis Penyerahan Project Kat MATIC,Saloma Bistro pulak…jadi, Jumaat tu memang bersantai dirumah je la
**Jumaat petang tu handphone buat hal…kena beli baru kot…huhu [stay-up malam tu dok review handphone apa yang nak di beli….target:yang murah-murah je]

Sabtu 24/12/11
Yeah, azuin dah masuk 10 bulan….Perkembangan azuin 10 bulan nanti saya update dalam minggu ke-3 10 bulan ek….baru nampak sikit perkembangan si cantik ni kan….

Pagi-pagi lagi dah kejutkan mr may ajak p Mid Valley & The Garden…sebab nak beli hadiah kat newborn baby boy [ Muhammad Taufiiqul Zharif]…sambil tu boleh la usha handphone (hp)…Masa kat JJ Mid Valley tengah dok cari-cari baju, terjumpa la pulak dengan my ex-coursemate Nida…lama sungguh tak jumpa..Nida pun dah mengandung anak ke-2..tak salah sekarang dah 31 minggu dah..saya?Bila lagi ek nak tambah ye..hmmmm..kita tunggu jelah…pilih punya pilih, sempat la grab 2 pasang baju yang sungguh comel kat Zharif..

Azuin pun tak la meragam pun..sangat baik…yang best nye kat Mid Valley ni sebab senang nak nursing azuin…sangat selesa baby nursing room kat situ…senang kan kalau breastfeed, tak payah nak bawak susu dan bancuh bagai….sekarang ni banyak dah kemudahan untuk breastfeeding mommy…

Lepas tu baru kami usha hp kat The Garden…Teringin nak pergi tengok accessory untuk MacBook kat Machines pastu kot la boleh tengok IPhone4S ke…tapi kat situ takda jual…kena p Maxis sebab dah terus jual dengan pakej data plan….tapi saya takla beli IPhone 4S tu..adalah tersangat mahal & out of my budget….sebenarnya dah pasang cita-cita nak beli IPhone4S ni mid year 2012…tapi memandangkan hp sekarang ni dah KO, kenalah tukar plan….tapi yang pastinya bukan itu IPhone4S la yang dibeli…..

Lepas ke Machines, kami ke kedai sebelahnya pulak…memang ramai jugak la kat situ…SAMSUNG…memang ramai betul orang....memang ramai jugak la yang minat kat Galaxy Tab, Galaxy Note….harga pun memang di luar budget saya la….hajatnya nak beli yang biasa je..tapi dah masuk situ macm teruja gak…lama dok memilih hp mana yang nak dibeli…dan akhirnya, saya rembat satu…sangat suka hp baru ni, cuma besar sikit la tapi nipis….memang puas hati....terpaksa p cari atm keluarkan duit sebab cash money dalam poket tak cukup la pulak...malas nak swipe cc or guna easy payment...cash yang paling mudah...

Pilih hp sampai terlupa lunch hour…dah keluar dari situ baru terasa lapar…so, destinasi jalan-jalan cari makan kami untuk lunch adalah di Taipan, USJ 9…
Victory Restaurant ni memang dah aim since masa saya tengah pregnantkan azuin…dan kami pernah datang sini tapi tak jumpa….at last makan nasi beriani jugak la tapi kat USJ 10…tak jumpa cari punya pasal….

Menu kami nasi Beriani Ayam [Beriani Daging dah abis], Murtabak, Air Tembikai & Air Bandung.

Rate : 3/5…mr may la tengok Cerita Jalan-jalan Cari Makan tu…terus teringin…saya, ikut je…Nak kata umpphhh sangat tu tak la sanagt…sebab sedap lagi nasi beriani JM, Beriani kat Kapitan, Penang dan Hameediyah, Penang…kat sini kira ok jela….
**Azuin tidur je masa makan tu..lenguh tangan sebab sebelah pangku azuin, sebelah lagi nak suap mulut….dah siap makan baru azuin jaga & saya sempat la suap azuin makan jugak kat sini…bawa bekal dari rumah…selalunya saya akan buat bubur pekat dan bawak air panas untuk bagi cair sikit dan a bit suan-suam bubur azuin….

Balik dari lunch tu terus singgah rumah mak mertua Jai nak tengok baby Taufiiqul Zharif...
Ni kat Bandar Tun Razak, Rumah Mak As

Zharif....
Ahad 25/12/11
Breakfast kat Bellamy [huh, Bellamy lagi? Tempat ni memang dah jadi favourite breakfast hujung minggu kitorang]…Lepak kat rumah je lepas tu… sebab plan nak masak ketam goreng bercili….hari ahad hari untuk berehat….
cubaan papa nak bagi azuin takut…tapi azuin maintain je emosi..tak takut pun kan….jiwa kental macam mama!!

Menu yang dah siap dimasak…
Ketam goreng bercili
Telur bungkus…
Owh, ada gak kalian masak tiram [gambar tak ambik pun]…..

Isnin 26/12/11
Hari masak jugak…lunch kami nasi tomato & Kari Ayam…Sambil kemas-kemas rumah tungguh opah dan tok yah sampai..yeay, minggu ni opah, tokyah, adik datang rumah…azuin pun tak p la rumah babysitter…..

That’s all…..

4 comments:

  1. best kat cuti lame..sampai dah malas nak masok keje balik..hehe..firas aritu pergi mandi-manda kat sunway lagoon..hehe..mlm plak g dinner kat Hadramawt..aini g la try makan Pak Arab kat situ..sedap aini..highly recommended!!!hehe..

    ReplyDelete
  2. tu la pasal...dok main tenet je minngu ni..sebab ramai yg takdak...slow je keje jadi....sedap ek makan kat situ...nanti boleh la p try....suke gak cari2 makan ni....

    firas mesti teruja mandi manda kat situ....dok plan nak bwk azuin gak tp taktau la bila nak p...

    ReplyDelete
  3. salam!nak ajak join giveway nih..!jum! =)

    http://byustoyou.blogspot.com/2011/12/from-us-with-love-1st-giveawayyay.html

    ReplyDelete
  4. ok farah...nanti sy join ek...thanx invite me..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.