Wednesday, April 17, 2013

Kuala Terengganu (17-19 April 2013) Part 1

Ni kira percutian singkat kami..kira menyelam minum air la...sebab my othe half outstation ke Kuala Terengganu (KT)....so, saya & azuin pun ambil kesempatan ikut la....lagipun dah lama tak jejak kami ke Terengganu.....kali terakhir p masa kat UKM..p rumah Yana kat Dungun dan Noreen kat KT...

Memang la dulu saya belajar kat Terengganu tapi bukan kat KT...dulu kat Bukit Keluang, Besut...ye, dulu saya belajar kat MRSMKP....kalau balik pun memang ikut Kelantan...naik bas kat Jertih dan Kota Bharu.....mana ada p KT pun......

Tu yang kali ni nak ikut gak....boleh jalan-jalan......

17 April 2013

Bergerak dari rumah dalam pukul 8 pagi....breakfast siap-siap kat rumah..breakfast roti&nutela je....azuin cuma makan 3/4 keping roti kosong & susu mama je.....

Dari rumah kami terus guna highway LATAR...terus sampai Selayang....masuk Gombak dan naik highway Karak...jarak dari rumah ke Tol Gombak tu dalam 49km....

Senang jugak hati sebab azuin memang tido semula dalam kereta...mungkin sebab kena bangun awal sangat kot....dah la sekarang ni susah nak duduk dalam car seat..nak dok atas saya je...lenguh tangan..kalau alihkan mesti bising punya....

Dalam pukul 10.15am dah sampai kat R&R Temerloh....memang dah plan nak lunch kat sini...nak lunch ikan patin masak tempoyak....dok risau gak..kami ni terawal ke sampai....nasib baik memang dah ada dah lauk untuk makan tengahari...ramai jugak yang singgah makan kat sini...
Ikan patin buah ni harga RM 12.....sedap banget....lembut je isi dia.....tapi serious memang sedap masak tempoyak ikan patin ni....tak sama rasa dengan masak tempoyak orang perak....sedap yang berbeza....Ni la first time saya makan masak tempoyak ikan patin orang pahang....kuah tu kalau hirup pun sedap.....

Azuin pun layan gak makan lauk ni...sedap katanya.....azuin ni sekarang memang jujur..kalau sedap memang dia akan cakap sedap...kalau tak memang dia tolak awal-awal dah.....dijeluakkan balik makanan tu....
Ni la kedai dia...kat R&R Temerloh....
berpeluh budak tecik ni...mana taknya belasah main playground dulu sebelum makan....playground tu memang ada kat situ...panas pun panas la..azuin nak main gak...haih, kamu anak......

Perjalanan kami makan masa lebih kurang 7 jam jugak...sebenarnya boleh awal tapi banyak kali jugak singgah rehatkan badan...dan bawak pun tak laju...relax je....

Ni la Perjalanan kami ke Kuala Terengganu :
LATAR
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Lebuhraya Pantai Timur.
Jalan Jabor-Jerangau.
(Jabor-Jerangau-Ajil-Kuala Berang-Kuala Terengganu).

Sampai dalam 3.00pm..terus check-in kat Grand Continental Hotel...Hotel ni tak la meriah sangat pun....biasa-biasa je...tapi ok la kan sebab free kan...so, tak leh la nak komen lebih-lebih..nak room yang best ke..apa ke..terima jela....bilik pun dapat yang ada single bed 2...tak dapat yang queen bed....boleh la....

Petang dalam pukul 5pm...kami keluar  jalan-jalan sambil nak cari makanan jugak...kira dinner terus la....sebelum makan, kami jalan-jalan kat Kampung Cina dulu....tak turun pun...melawat kawasan je.....dekat je dari hotel yang kami menginap ni....
Di pesisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung Cina (China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.
Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.
Sumber : Wikipedia
Lepas tu lajak ke Bandar Warisan Terengganu....kalau datang malam boleh la tengok lampu-lampu macam kat I-City......


budak tecik yang takmo dok diam...nak berlari je..jenuh dok kejar...
Lepas puas jalan dan bergambar, kami pun gerak ke Pantai Batu Burok....hajat nak cari makan....nasib baik banyak kedai-kedai kat area situ....memula tak tau nak makan kat mana.....google tempatmenarik semuanya macam jauh sikit..kalau boleh harini taknak la jauh sebab mas terhad kan....esok baru start cari tempat makan yang best itu.....

Jaan punya jalan...jumpa la kedai makan Tenang Seafood ni.....nampak kedai macam menarik..ramai gak orang...yang penting selesa nak makan...
Tenang Seafood ni terletak kat Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu....

sebelum makan...dah apat tempat makan best dah...lepas tu azuin nampak kucing pulak...terpaksa pindah masuk dalam restoren....nak elak kucing tu....
kat bahagian luar restoren..sebelum kejadian kucing...
Ni dah pindah dalam....memula tak nak dok diam...lama-lama pujuk baru ok....
lapa seenarnya...nak duduk guna kerusi orang besar.....menu kami tomyam ayam,sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan telur bungkus.....air bandung & teh ais....serius sedap.....kailan dia paling sedap!! Total Damage RM 26.30...

Azuin pun makan banyak....tomyam dia tak la pedas sanagt...tu yang azuin boleh layan tomyam jugak...

Lepas tu, kami singgah beli jagung bakar pulak....kat tepi Pantai Batu Burok ni je.....memang banyak yang buat review pasal jagung bakar ni sedap..tu yang kami cuba....memula nak beli yang kukus jugak tapi tak ada lagi...so, ambik jagung bakar jela....harga RM2.50....beli jugak satay ikan....yang ni 4 singgit....
Muka dua orang yang excited nak makan jagung....azuin dari dalam kereta lagi dok cakap nak makan....terus pegang satu....azuin kena kongsi dengan mama tau!!!
ngap....sedapnya....memang sedap dan manis jagung ni......tak rugi beli....
bepak kat bawah pulak sambil bersila pulak....
kalau nak tau..azuin makan separuh dari jagung ni..tapi bukan sekali harung la...lepas mandi dan sementara tunggu papa balik, azuin makan lagi......

Sementara azuin tido, sempat la meng'update' blog ni..Papa balik lambat sangat..11.45pm baru kat bilik.
 
princess penat....habis hari pertama kat KT...






Tuesday, April 16, 2013

main moto

Tengok la azuin ni...mama suruh senyum tapi buat macam ni pulak......rumah bersepah sebab mr may tengah mengecat...tangga pun kat ruang tamu....



siap bawak minnie naik moto...




Sunday, April 14, 2013

satay family di petang ahad....

Petang ahad seperti biasa mencari makanan untuk dimakan......kali ni kali makan kat Restoren Sukahati, Saujana Utama.....memula kami order makanan yang biasa-biasa je...saya makan nasi goreng kampung dan mr may kueh teow....nasi goreng kampung boleh tahan sedapnya...saya suka!!!

Tetiba pulak mr may nak makan satay...tak salah gerai satay tu baru nak bukak..baru letak arang bagai...so, kami terpaksa la tunggu jugak la...Sempat la kami habiskan main menu kami dulukan….

Ngam2 habis, satay pun sampai….satay family ni sedap & manis…menepati selera kami….kuah kacang biasa-biasa je..tak leh la nak lawan dengan kuah kacang satay station tu…tapi memandangkan satay tu dah sedap..cicah kuah pun jadi sedap…..

Azuin pun makan banyak jugak satay ni…sedap katanya!!tapi saya tak bagi banyak-banyak macam tu..kena pilih yang isi ayam dan yang tak ada kesan bakar tu (hitam-hitam)….carik-carikkan isi tapi kena cucuk kat lidi dan suap ke mulut azuin…dia tak nak suap dengan sudu or tangan…nak lidi gak…haih, kamu anak..nak makan macam mama papa gak....tapi awas ye!!jangan bagi anak anda pegang sendiri lidi tu…bahaya…saya tolong suapkan je tau….no pegang-pegang lidi tu….

Sesiapa nak rasa satay family ni boleh la cuba…dia bukak stall depan restoren sukahati ni….bertentangan dengan Bank Islam, Saujana Utama…..parking jangan risau…banyak!! Harga satay ayam secucuk RM 0.60…murahan kan!!
Setakat tinggal kat area sini, kami baru jumpa 2 tempat yang sedap makan satay..satay family ni..dan satu lagi satay yang jual kat pasar malam puncak alam…gerai satay tu bahagian depan pasar malam…kalau masuk je kawasan pasar malam tu memang dah nampak dah…asap pun berkepul2..hahaha…..

tengah carikkan isi ayam..senang nak bagi azuin makan...

Friday, April 12, 2013

azuin, papa & kfc

Aktiviti malam hari Jumaat kami…kalau jumaat je mesti nak p kfc punya..taktau la kenapa..mungkin sebab esoknya hari Sabtu kot…boleh la lepak-lepak situ….

Azuin dan Papa la orang yang palinh suka makan kfc…saya biasa-biasa je…dua beranak yang sangat suka makan ayam!!!

Makan KFC ni kat Bandar Saujana….sebab situ la kira kfc paling dekat dengan rumah….tunggu Tesco bukak nanti..kot la ada KFC ke…kalau makan sini mesti makan kat bahagian atas…sebab azuin suka tengok pemandangan dan jalan-jalan….kat atas tak ramai orang….

Jom layan gambar dua beranak minum bersama-sama……minum air milo…sedap sebab tak letak ais..so, minum tu pekat dan lagi sedap!!







Thursday, April 11, 2013

korek telinga

Ni la keadaan azuin kalau mama korek/bersihkan telinga….elok je dok diam..mama cakap ada telinga kotor kena bersih..tu yang terus terlentok je….nasib  baik faham….

Tapi sebaik-baiknya jangan la korek telinga tu dalam sangat…takut kekotoran tu masuk kedalam pulak…saya lebih kepada cuci dibahagian luar (ada gak masuk dalam tapi sikittttt je….tu pun sebab geram kotor…

Sebenarnya tak elok dan membahayakan kalau korek telinga tu….tapi untuk kebersihan jugak, saya akan bersihkan bahagian tepi dan luar tu….tak ada la nampak geli or kotor kalau tengok bahagian telinga tu….naknya yang kuning mencair tu…eeee, saya geli sikit yang macam tu..sebab tu saya selalu belek-belek anak sendiri..pastikan bersih sentiasa…satu lagi kat cuping lipatan tu…kat sini kalau tak dibersihkan aka nada daki..selalunya saya akan gunakan wipes untuk bersihkan telingan azuin…cotton bud tu untuk area lubang telinga tu…

Azuin bersih, mama pun suka!!


Wednesday, April 10, 2013

Dikecualikan untuk Peperiksaan, PAC & interview PTD


Pagi tadi try cek kat spa.gov tu pasal exam pegawai tadbir dan diplomatic (PTD)…sebab semalam norly ada kol cakap yang dia kena panggil untuk exam sabtu ni….saya pun ada apply jugak…lagipun haritu ada cek status permohonan dan ditulis memenuhi syarat2…maksudnya mungkin ada peluang untuk menduduki exam..lepas tu tadi pagi cek la semula…dan dengan hampanya jawapan yang dapat…

Yang saya tak puas hati kenapa dikecualikan untuk exam, PAC dan interview….selama ni tak pernah pun macam tu…saya Cuma tak p exam tahun 2011..tupun sebab baru dalam pantang azuin…so, tak p la..lepas tu status saya memang tak hadiri exam la…2012 pulak memang tak kena panggil la…lepas tu saya pun renew balik borang dengan isi semula…kot la ada rezeki tahun ni..tup-tup dapat jawapan yang macam ni pulak…

Dari pagi tadi saya cuba kol SPA untuk tanya pasal ni tapi ketiga-tiga number phone yang saya guna tak berangkat…sibuk benaor ke sampai tak angkat phone….haiyo!!

Saya cuma nak tau kenapa status saya jadi macam tu….takkan terus blacklisted kalau tak p exam sekali je..tupun bersebab saya tak p….last saya berurusan pasal ni masa interview 2010….masa tu tengah mengandungkan azuin….memboyot p interview...masa tu memang tak ada rezeki nak dapat…..

Bulan lepas saya cek yang no 2 tu tulis melepasi syarat-syarat…ni dah ditukar jadi dikecualikan pulak….Yang no 1 tu saya tak paham kenapa dibatalkan….


Saya akan keep on calling these three numbers untuk dapatkan jawapan…hope jawapan yang memuaskan hati la….will update later!!


Updated 11.30am..


Akhirnya dapat jugak kol spa ni….bermula tahun ni, sesiapa yang dah pernah exam tak akan dipanggil lagi. Menurut orang spa tu….dia akan review  kat mana stage yang kita tak berjaya dulu….Means kalau dah sampai stage PAC tapi gagal, diorang akan review semula untuk interview..macam tu seterusnya…tapi a bit confius gak..kalau macam saya yang tak lepas masa interview tu macam mana pulak….review samada diserap ke tak ke?yang tu yang tak berapa nak faham…orang spa tu pun macam blur-je bagitau pasal ni (yang melepasi stage interview tu)…tak apa la..ada rezeki ada la kan…..malas nak tanya lebih…nanti orang tu lagi confius…silap2 bagi salah pernyataan pulak….yang penting nama saya bukan di’blacklisted’kan…tu pun dah cukup memuaskan hati…..

ada sesiapa tau pasal ni?



Updated on 12 April 2013.

Selain dari telefon, saya juga telah membuat aduan/pertanyaan kepada pihak spa.  Cepat juga bahagian aduan ni beri jawapan. Saya hantar aduan pada semalam,11 April 10.47am….dah dah dapat feedback dari spa pada hari yang sama, 11 April 7.54 PM..walaupun tempoh jawapan adalah 3 hari..me like!!Suka sebab they act fast!!

Sekadar berkongsi untuk sesiapa yang  masih pening dengan status yang macam tu!!Hope this clear…setakat ni la…untuk langkah seterusnya, tunggu je la surat panggilan dulu…tak yah nak kusut kepala….kang tak dapat, lagi sedih….

Jadi..kerja la macam biasa….jalani kehidupan macam biasa dulu…hoho, banyak lagi outstanding ni…dah la minggu depan kerja isnin dan selasa je…nak ikut the other half outstation kat Terengganu, hari rabu dah gerak ke sana, tak sabar!! saya & azuin mestilah jadi peneman yang setia lagipun dah alang-alang tu boleh la jalan-jalan sana kan..dah lama tak ke Terengganu….



Tuesday, April 9, 2013

Bateri YES sudah ‘kong’

Bateri YES dah kong..huhu…terbang la RM98….tah kenapa la bateri ni ‘kong’ cepat…sebab over charge ke?...hmmmm, nak tamatkan YES tapi ada masih lagi dalam kontrak…Mei,2014 baru habis..guna jela dulu…..lagipun selama ni servis YES ok je Cuma tang bateri tu je….tah kenapa ‘kong’…..dah la nak kena p Lot 10 semata-mata nak beli bateri ni….mr may ada gak tanya kat YES kat Midvalley…kat situ takada pulak jual bateri…kena p Lot 10 jugak..haiyo….kenapa macam tu ek…kalau orang yang dok jauh macam mana…tak kan nak kena menapak p situ....

Sempat snap gambar princess tengah tunggu papa bayar…..



Dah setel tu,kami gerak ke Viva Mall…p viva mall untuk lunch Kenny Rogers!!yeay…azuin memang makan sangat banyak…..terkejut tengok selera azuin….dah la rilex je makan ayam blackpaper tu..saya sendiri pun ada rasa sikit pedas…azuin maintain je…..Selesa sangat makan kat Viva Mall ni….dulu masa dok kat Permaisuri pun kami selalu lepak makan sini…nak solat pun senang…surau luas dan bersih…
Sementara tunggu makanan, azuin buat gaya ni…mesti kena pegang-pegang muka..papa la suruh azuin buat macam tu…




Pakai jam tangan Pooh….murahan je RM10…beli kat Tesco Setia Alam…..jam ni azuin yang pilih sendiri…mama nak beli yang lain tapi azuin nak yang ni jugak..nasib baik pakai!!

Sama tak kami?owh…kulit mama gelap la dari azuin..huhu…

Uih,….dengan papa baru sama kulit…