Tuesday, June 7, 2016

Batalkan insurans kereta

Selesai urusan nak batalkan policy insurans kereta ni…Senangnye urusan dia….

Sebenarnya, insurans ni adalah insurans kereta kancil yang ada kat Taiping…ye, kereta ni atas nama saya…dah selamat kena jual pun dan selamat tukar nama ke owner baru pun…risau jugak kot tak boleh nak guna No Claim Discount (NCD) dari kereta kancil ni sebab 55% NCD dia…murah la sikit kalau nak beli insurans untuk kereta lain..

Senang je..macam kes saya ni..saya ke Allianz kat Bandar Baru Klang…Cuma perlu isi borang..Selepas tu kena bagi copy of IC dan Pengesahan muka depan bank..bank tu sebab nak transfer balance untuk insurans terus ke akaun kita..

Memula saya ingat dah tak boleh dah sebab ada baca beberapa blog pasal ni..Ada yang bagitau kalau dah tukar nama, tak boleh nak tukar NCD dah…risau gak..tapi boleh sebenarnya tau!!
Settled urusan ni, boleh la bagi dekat insurans baru untuk urusan transfer NCD 55% ni…yeay!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.