Wednesday, June 29, 2016

Axia oh Axia

Ni gambar sebulan yang lepas..p tengok kereta ni…..Kami p Perodua di Seksyen 15…
Dah lama aim nak beli Axia ni..dari tahun lepas…siap dah booking dah..selepas tu cancelled…tahun ni buat gian nak beli Axia lagi….

Nak beli kereta kecik yang jimat minyak sikit….dah fikir & buat calculation, terus tempah kereta kecik ni…..dah ada komitmen baru pulak…maklumlah selama ni naik WPV free je sebab dah lama habis bayar…ni nak start semula la…saya guna loan company yang 0% interest…berbaloi sikit….dah buat dalam masa 4 tahun je…cepat sikit habis….tu yang lambat sikit sebab nak tunggu cheque bagai...
Delivery time…bagus servis dari Encik Yusz ni….recommended!! sangat berpuas hati….Axia dah selamat saya terima…Axia ni kira kereta copany la…tunggu lagi 4 tahun baru officially milik saya sepenuhnya…

Ynag ni Axia Advance…memula nak ambil basic je..tingtong tiongtong, terus ambik Advance..

Balik tu terus ambil kakak & adik kat taska…senyum je budak berdua ni..Adam la..sikit-sikit cakap "wow"…kereta baru kot…. 


Tara…selamat parking depan rumah….harapan dapat la save minyak dan senang sikit kereta kecik..lagipun untuk bawak p kerja je…syukur dengan apa yang ada….
WPV pun selamat kat rumah Jai, Adik saya…sebabnya, Sabtu ni Adik dari Sarawak nak balik….so, boleh la tolong bawak balik kereta kat kampung…..WPV ni memang saya tak jual…letak kat kampung..boleh je sesiapa nak pakai…sayang nak jual…berkilat, cantik, kuat lagi…memang dijaga elokkan….rindu WPV sudah…..




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.