Masuk je 2012 memang terlalu sibuk dengan kerja…projek terlalu banyak dah beratur…sampai sakit kepala ni….semuanya datang sekaligus….semuanya nak ‘launch’ dalam masa terdekat….Datang kerja pun asyik dok fikir ‘Validation & Report’ je….tu la lumrah kerja kan..lain kerja lain gayanya….mungkin orang sekeliling rasa kerja kita cukup senang sebab tapi sebenarnya tidak..perah otak lagi memenatkan hokay….HIdup memang kena kerja..kalau tak, mana nak dapat duit kan.....
Kalau fikirkan pasal kerja ni…nak je saya tukar kerja…saya lebih suka ‘Electronic’ berbanding ‘Medical’ industry ni….sebabnya…Lebih familiar dengan environment tu kot….kalau Medical ni terlalu banyak Report & Validation nak cover….terpulang kepada individu la..lebih2 lagi pelajar2 yang baru ‘Graduan’..kena pandai2 pilih nak masuk industry mana…..kena buat ‘homework’ sikit la…..
Saya mula kerja dengan swasta..Sampai sekarang pun masih dengan swasta….seronok sebenarnya dalam swasta ni…boleh gain banyak…bonus, profit sharing, salary…memang boleh cakap agak selesa la….siapa kata kerja kat swasta ni diperah betul2…pada saya, tak la seperti yang disangka….syukur dengan apa yang ada sekarang…..
Bukan tak mau masuk ‘Government’…nak sebenarnya…saya dah apply sejak habis belajar lagi..dan, dah banyak kali saya pergi interview tapi memang tak ada rezeki dalam ‘Government’ nak buat macammana kan….setiap orang ada bahagian masing2….
Interview dengan Government yang saya pergi :
1) Pengawai Penyelidik
2) Pegawai Kajicuaca
3) Pengajar
4) PTD - yang ni memang sakit hati…nak tau sebab apa? Saya dah p ujian 8 kali tau….lepas p assessment dan interview sekali je…Interview pulak tak lepas..masa interview tu macam dah ok je saya jawab..tapi tak dapat jugak…bukan rezeki saya la tu….haih..lepas tu terus bawak diri tak nak mintak dah PTD…huhu
Sekarang ni kerja dengan swasta je la…dah sangat puas hati dengan apa yang saya dapat sekarang….Company pun OK, Bos pun OK, kerja Ok, yang penting ‘working hours’ saya yang sangat heaven….(7.00am-3.30pm)…mana boleh dapat kat company lain…melainkan siapa yang kerja shift la….tapi saya bukan kerja shift tau..memang working hour kat company saya sekarang ni macam tu….Cuma HR & office je 8-4.30pm….Alhamdulillah….dapat la jemput azuin cepat….dapat elak dari jem jugak….
Note : Sekarang ni kalau nak apply kerja nak cari yang Managerial Level la pulak...hehe, verangan sungguh....hidup mesti verangan kan...mana tau angan2 tu jadi kenyataan ke...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.