Sunday, June 20, 2010

Nasi Minyak with Daging Kerutuk

Hari ni kan hari minggu..saya dan mr may rasa macam nak makan nasi minyak la pulak...pagi2 lagi kami dah keluar p pasaraya Hero beli bahan2 nak masak nasi minyak..kami plan nak masak nasi minyak, ayam kerutuk n air asam....sebelum keluar tu kena la senaraikan bahan2 yang nak dibeli.,...karang tertinggal dan terlupa pulak....nasib baik tak banyak sangat list tu sebab sesetengah bahan dah ada dah.....kami berdua ni memang kaki makan sket...yang besnya kami masak sama2 la...best tau masak berdua..mr may ni memang rajin menolongku di dapur..untung dapat dia tau..suami mithali.....ngeh ngeh ngeh....kami start masak dalam pukul 10 pg dan selesai semuanya pukul 12tghri...sekejap je masak.....kerjasama tu penting=)....

Apa-apapun kredit untuk masakan kitorang..sedap.....n air asam mr may buat sgt sedap..air asam tu mr may main redah je buat....tp first time try dah berjaya.....sangat puas hati dengan menu tengahai kami...lain kali boleh cuba lagi....resepi yang lain pulak....nak kena beli beras basmathi pulak..rasa macam nak buat nasi bukhari pulak...

Nasi Minyak


Bahan - bahan
2 cawan beras
2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair IDEAL (boleh jugak guna susu segar)
1 1/2 sudu besar minyak sapi
Daun pandan
Kismis
Gajus

Bahan A
2 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih- tumbuk
2 cm halia - tumbuk
3 kuntum bunga cengkih
3 bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 in kulit kayu manis
garam (secukup rasa)
lada putih

Hiasan(agak2)
bawang goreng

1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan A hingga rempah penumis bau wangi.
2. Masukkan beras , kacau sebentar hingga rata. Masukkan air panas, susu, garam, lada putih dan kunyit.
3. Tutup periuk dan masak spt biasa.
4. Sebaik sahaja airnya kering, kecilkan api dan masukkan gajus atau kismis dan karih nasi dgn perlahan.
5. Taburkan bahan hiasan semasa menghidang.

Tips:
1.Sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.


Ayam Kerutuk


Bahan - bahan
1 ekor ayam
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma
2 cawan santan
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar kerisik
3 sudu besar minyak untuk tumis bahan kisar.

Bahan kisar
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Memasak
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisik, garam, gula dan santan. Biarkan sehingga mendidih
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan.
Air Asam mr may buat..

SELAMAT MENCUBA.........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.