Tuesday, August 8, 2017

Pengalaman cabut gigi susu


Sebelum tu...Jom kita tengok gigi kakak yang dah longgar..dan dah tumbuh gigi kekal dah...
 Kami ke my kids dental care, Shah Alam je..lagipun sebelum ni, klinik ni ada datang kat company saya buat free consultation...nak pulak tengok review memang bagus sebab kids friendly dental clinic...apa lagi memang terus book la...

Dan apa yang pasti, memang betul apa yang kita tengok dalam fb dan review orang..sekali masuk dah suka dengan environment dia...memang buat kids tak takut la...nak pulak ada mini playground...tempat penyusuan pun ada..so, takyah nak risau ok..
 Sebelum jumpa doktor tu, kena la timbang berat, ukur tinggi jugak...
 Doktor bagi sikit penerangan berkenaan gigi...kids excited tengok gigi besar tu...adam siap beruskan gigi tu lagi....yang paling saya suka ialah, apa yang doktor tu nasihat kat kids memang melekat kat kepala dorang ni...doktor tak bagi minum susu guna botol...padahal selama ni dah banyak kali mama dok cakap..sikit pun tak masuk dalam kepala....doktor bagutau sekali je..terus takmau guna botol....

Selepas consultation tu, kenala tunggu sekejap untuk jumpa doktor untuk cabut gigi...
 Bersedia untuk cabut gigi....fancy giler...siap doktor pasangkan cerita upin ipin..so, kids boleh tengok video..bagi leka...
 dah cek gigi, baru nampak yang ada gigi susu lain dah tumbuh jugak..jadinya kena cabut 2 batang..sebatang memang dah goyang..satu lagi tu tak goyang...tapi kena cabut jugak sebab nanti akan halang pertumbuhan gigi kekal...

Jangan risau, doktor memang pandai ambil hati untuk bagi kids tak takut...so, tiada adengan menagis meraung...
 Kat sudut lain pulak...Ada doktor lain dok layan Elman Adam pulak....Adam memang tak malu sikit..berani dan konfiden level memang tinggi...good!

Sementara kakak cabut gigi..Adiknya seronok la doktor layan dia...siap dapat tengok kartun lagi kat pc doktor tu....apapun nampak Adam ni berani...good boy!!
 Tara...yang penting..kids dapat aiskrim malaysia...selepas cabut tu, doktor bagi aiskrim!
nampak tak 2 batang gigi susu dah kena cabut...selain cabut, azuin polish gigi, dan ada tampal sebatang (composite)...
Cabut -RM 60 sebatang
Polish - RM 50
Tampal - RM 80
Consultation Fee - RM80 (sekali je bayar..next visit dah tak payah bayar)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.