Saturday, April 1, 2017

Dari Eco Majestic ke Grand Lexis Port Dickson

Sekadar jalan-jalan hujung minggu dan mengisi masa kami sekeluarga. Kami rancang ke Port Dickson (PD) lagi..tah kali ke berapa tah..sebab apa pilih PD? dekat & senang.

Kami gerak awal pagi sebab na brakfast di Bellamy..Selepas tu terus gerak ke PD ikut Lekas. Memandangkan kami ikut Lekas dan Eco Majestic ada buat Illuminations Flower Show, haruslah singgah sekejap kan..nak feel ala-ala Eco Grandeur nanti...



Sangat Cantik rumah kat sini..suka konsep dia…tapi jauh sangat la pulak….sebab tu kami pilih Eco Grandeur..dekat sini sikit.
Nasib baik cuaca tak panas terik cuma terasa bahang la sikit..

Kami gerak ke PD dalam pukul 12:30pm…dan sampai PD dalam 2:30pm…lambat sampai sebab menyinggah bagai dan bawak pun tak laju mana…

Kami lepak kat Grand Lexis…kat sini ada 3 kategori iaitu Above The Sea, Sky Living & Garden Living…Boleh pilih yang mana satu..

Above The Sea
1. Deluxe Pool Villa
2. Executive Pool Villa
3. Premium Pool Villa
4. Grand Pool Villa

Sky Living
1. Sky Pool Villa
2. Sky Pool Grand Villa

Garden Living
1. Garden Pool Villa
2. Garden Grand Pool Villa
3. Deluxe Suite
4. Premier Suite

Kami menginap di Deluxe Suite..Next time boleh la pilih above the sea pulak…

Bestnya kat sini sebab ada pool dalam semua bilik….senang la nak berendam sakan..

Malam tu kami makan di Restoren Mesra…memang sedap sungguh..kalau tak ambik tomyam pun tak apa sebab siakap 3 rasa tu memang berkuah…banyak pulak tu...
Private pool…senang nak bermandi manda...
Ni pulak open swimming pool...



Selepas check out, kami layman indoor games pulak hat level 2..
kids seronok betul cuma kali ni tak bereluang main pasir…next time la p hotel yang ada pantai…nak main pasir katanya...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.