Wednesday, April 29, 2015

Japan Day 7 - Fujiko F Fujio Museum (Doraemon Museum)

Tarikh : 13 April 2015
Hari : Isnin

Hari terakhir di Tokyo dan kami check out dalam pukul 11:30 am...kena ikut procedure check out..kena kemas bagai sebelum keluar...memang kena vacum dan kemas betul 2 la...buang sampah pun....kalau tak nanti kena charge...ni yang lainnya kat sini...
bergambar dulu sebelum check out..

yang baju pink tula owner apartmen ni...
Memula kami cadang nak naik tren je tapi hujan pulak...nasib baik tuan punya apartment yang kami sewa ni tawarkan diri nak hantar kami ke Fujiko F Fujio Museum (Doraemon Museum)...tak jauh katanya dari sini...dalam 30 minit je...muzium ni terletak di Kawasaki...senang sikit dah dia nak tolong hantarkan...dah la free...dia bagi payung pulak tu sebab hujan...katanya dia ada banyak payung....tu pun sebab orang yang tinggalkan kat apartment dia.,.so, dapat la kami sorang satu payung....

Sampai kat situ dalam pukul 12:00 pm....dan memang pun muzium ni buka pukul 12...,
Ticket dan pamplet..
Ni pulak floor plan muzium..


nampak tak apa yang Amani pegang tu...setiap orang memang akan dapat benda tu...kena tekan ikut no dekat barang pameran dan anda boleh dengar penerangan melalui alat ni....so, keadaan dalam muzium tu sunyi sepi jela....
Ni baru area bising sikit dan area boleh ambil gambar....kids play area...seronok budak berdua ni main.


sempat lagi kami bergambar berempat kat sini.....


tada..bergambar dengan mek-mek Jepun.....

Dah lepas jalan-jalan, perut pun lapar....memang ada cafe yang sangat menarik kat sini...


Dorayaki muka Doraemon....sedap..yang ni inti dia aiskrim...


Minuman coklat yang comel...ada karektor muka Doraemon...sayang nak minum...tapi coklat dia tak berapa nak ummphh...mungkin sebab kat sana minuman or makanan memang kurang manis...tak macam kat sini dan saya pulak memang suka manis...haih..rasa kurang sikit la...

Dah siap pusing muzium ni..boleh la singgah kat sini untuk beli souvenier...mahal jugak la...tapi barangan Doraemon memang sangat comel....comel tau!!
Ni jela barang yang kami grab...untuk Azuin la..memo pad dan fridge magnet Doraemon....

Kami gerak dari sana dalam pukul 2:20 pm...naik Kawasaki City Bus untuk ke Noborito Station....Bas memang tunggu depan muzium tu..senang je....perjalanan tak sampai 15 minit pun...harga tiket 210 JPY...sebenarnya kena book siap-siap tiket muzium ni....kena buat reservation dulu mengikut slot yang ada (10am,12pm, 2pm & 4pm),.tiket boleh beli kat mana-mana convenience store (Lawson)...harga tiket ialah 1000 JPY untuk dewasa dan 500 JPY untuk kanak-kanak...

Dari Noborito Station kami tak ambil JR...kami ambil Odakyu Line untuk ke Stesen Machida untuk tukar ke JR Yokohama Line...tiket Odakyu Line ke Machida ialah 250 JPY...

Dari Stesen Machida kami kena transfer ke JR Yokohama Line untuk ke Shin-Yokohama...kami naik shinkansen dari Yokohama untuk ke Shin-Osaka...tiket kami dari Shin-yokohama 4:22 pm...memang berkejar jugak la..dan nasib baik tak tunggu lama...kami tunggu dalam 20 minit je..

Kami sampai rumah dalam pukul 8:30 pm...memang ambil teksi je dari Stesen Shijonawate ke apartment...penat nak jalan...tambang teksi ialah 680 JPY...kat sini teksi dia tak perlu bukak pintu..memang driver yang tolong bukakan...macam zaman dulu-dulu je naik teksi kat Jepun ni....classic!!

Perbelanjaan kami hari ke 7 :

1) Tiket muzium : 1000 JPY x 2 pax (adult), 500 JPY (children) = 2500 JPY
2) Makan @ muzium = 2070 JPY
3) Souvenier @ muzium = 864 JPY
4) Kawasaki City Bus to Noborito Station =  210 x 2pax = 420 JPY
5) Tren dari Noborito Station to Machida = 250 x 2pax = 500 JPY
6) Biscuits = 108 JPY
7) Taxi from Shijonawate to apartment = 680 JPY

Jumlah = 7142 JPY 




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.