Saturday, November 15, 2014

Q-Dees jadi pilihan

Selesai jugak bab nak cari school for Azuin ni...tak survey sangat pun...just survey melalui Facebook je...sebabnya dalam kepala kitorang ni fikir nak handar kat Q-dees ni je..lagipun memang la dekat sangat dengan taska sekarang..ta payah nak fikir pasal van bagai...pilihan lain is Genius Aulad (GA)..tapi jauh sangat la dan tak lepas la nak bagi naik van..memang la ada jugak day care kat situ tapi sebab Azuin dah biasa dengan taska sekarang dan lagipu n adik pun kat situ, better kekalkan je la apa yang ada tu...Lagipun Q-dees punya silibus pun menarik gak..Azuin pun ada gak cakap nak p situ sebab ada kawan-kawan dari taska yang hantar kat Q-dees ni...

Minggu lepas (10-14 November 2014) ada trial class untuk Q-dees ni...bagus jugak buat macam ni, boleh la tengok macam mana Azuin nanti...

Pendaftaran memang kami dah buat hari Sabtu lepas, 8 November 2014..terus bayar yuran semua bagai..setel semua senang sikit..tunggu nak masuk sekolah je...baju pun dah ambil saiz semua...

Happy je kakak Azuin, masa nak daftar ni...seronok kata Azuin..nampak la kigak teruja dia tu....sengeh je memanjang...masa teacher tu tanya pun dia dah tak segan silu...

Yuran ada 2 pilihan samada nak bayar banyak masa pendaftaran or bayar sikit...kalau bayar banyak, means bulanan kena sikit la tapi kalau bayar sikit, bulanan banyak la..tapi sama je semuanya depends kat kita je nak bayar yang mana satu...kami pilih bayar bulanan murah..so, bayar masa pendaftaran lebih sikit la..sebulan RM 230 dan pendaftaran haritu RM 1379... 



Ni option yang kami pilih...
Teacher cuba nak tackle Azuin...elok je kan...seronok je Azuin tu...
Suasana kelas, ada 3 kelas kat sini mengikut umur...next year Azuin 4 tahun...so, azuin ikut kelas 4 tahun la....


sukanya dia...



Bermula hari isnin lepas, saya yang hantar sendiri Azuin p school untuk 'trial class'...nampak macam tak ada masalah la...tapi masa balik tu Azuin cakap dia menangis kat school...menangis sebab ingat adik kat taska...haha, lawak la....

Hari kedua, papa yang hantarkan..yang ni memang meraung...tapi kena cepat-cepat hantar...drop, hantar dn tinggalkan..sebab kalau kita dok lengahkan, mesti ada adengan nak nangis....


Lepas tu hari ke 3,4 & 5...dah taknak p..sebabnya nak jaga adik katanya....haih...tapi memang tak nak paksa sangat..kang betul-betul dia buat hal tak nak p pulak...







2 comments:

  1. Good sharing, Q-dees programmes are renowned, incorporating fun and a holistic concept of learning while empowering children with the foundation they need to exponentially grow. More information, visit:
    http://kidbuxblog.com/q-deed-helps-children-have-great-minds-at-work/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.