Wednesday, November 20, 2013

Minggu ke 37 sudah....


Dah masuk 37 minggu…dah 9 bulan 11 hari dah pun..kalau ikut azuin..memang genap la hari ni azuin lahir...baby adik pun dah boleh keluar bila-bila masa pun….tunggu masa je ni..

Setakat ni tiada masalah kaki bengak, tangan bengkak….masih boleh pakai kasut yang sedia ada…masa azuin dulu ada la jugak sikit bengkak…..tapi tak la teruk…kali ni memang tak ada masalah bengkak lansung (setakat ni la)….tu yang orang cakap setiap pregnancy tu memang tak sama!!

Dah start sakit kat tulang pelvic….yang ni memang sakit…kalau dah tido tu, nak bangun bagai memang sakit….tak tau nak cakap sakit yang macam mana…tapi yang pasti memang sakit..

Sakit kat tulang peparu ni...macam rasa peparu dah bercantum je…..maksudnya, ruang dalam dah makin sempit la….sian baby kat dalam dah tak banyak ruang…tapi masih aktif dok kick mama jugak…sekarang ni kalau baby kick memang sakit..dah terbonjol-bonjol dah…..

Dah start cramp kaki….ingatkan tak ada masalah cramp ni…tetiba je pagi tadi kaki cramp….dah la dua-dua kaki pulak….tu pun sebab mengeliat bagai….terus cramp…sakit woo......hope lepas ni tak ada dah masalah ni…..ke sebab sejuk sebab malam memang wajib guna aircond….

Sebut pasal aircond, saya sekarang dah mengalami sindrom berpeluh…..sekejap je dah berpeluh..cepat rasa panas….dulu mr may dan azuin je yang ada masalah ni…..nak pulak pakai aircond pun saya tak berselimut bagai..rimas!! Dah la tu, malam-malam pun boleh p mandi sebab panas dan brpeluh..sungguh tak selsesa…..

Cepat jugak rasa penat…tapi tak la seteruk masa hamil kat azuin dulu….azuin dulu kalau tido mesti macam tido duduk…sekarang ni saya banyak tido telentang je….memang tak elok tapi kalau mula2 tido mengiring…lepas tu terjaga baru perasan yang diri dah telentang tido…hahaha, salah siapa tu!!

Kadang-kadang terasa macam cepat je baby ni nak keluar…tapi tak leh keluar cepat sangat…banyak benda lagi yang saya nak buat ni…terutama pasal kerja….hopefully dapat settle cepat sebelum hujung bulan ni…..at least lepas maternity saya dah boleh speed up kerja saya ni…maklumlah nak sesuaikan dengan suasana kerja yang baru…..aim saya tinggi untuk kerja ni….(selalu cakap ni kat mr may…nak motivate kan diri sendiri)…memang betul, taknak dok takat ni je…..nak pergi lebih jauh…so, lepas maternity memang kena cepat!!

Sekarang ni kalau kat tempat kerja nak p dari satu plant ke plant memang jauh…jalan pun terkedek-kedek….macam penguin je…tapi semangat masih ada lagi..kalau balik rumah barulah mengadu kat mr may sakit sana-sini…kalau tengah buat kerja, jalan-jalan tak terasa pun semua tu…..

Dah la company baru keluarkan memo yang maternity leave adalah 3 bulan full paid salary..sebelum ni Cuma 2 bulan dan kalau nak ambil bulan ketiga, gaji dibayar 80% je…tapi sekarang dah lain…memang dah ubah jadi 3 bulan…seronoknya…tapi saya lain kes….sebab saya masuk kerja tak sampai 90 hari dan akan maternity leave, so kalau ikut labour law, memang saya tak entitiled untuk paid leave la…2 bulan tak bergaji…huhu…rugi pulak rasa…tu yang saya ambil 2 bulan je (60hari)…tapi tak apa la, dapat masuk sini pun dah kira bagus, cuma masa je tak sesuai!!.next baby boleh la enjoy benefit ni…..

Yang bestnya nanti lepas bersalin saya boleh dapat susu&milo free…tu untuk skim ibu yang menyusukan…kalau tak menyusukan, kena dapat surat doctor dulu….sebab nak tau reason tak leh menyusu….company ni memang support susu ibu….bestkan..saya akan pilih skim ibu menyusu la sebab nak susukan baby..so dapat la bekalan susu Nespray (1.6kg) & Milo (tin,1.5kg) setiap bulan sehingga setahun….lepas ni kena minum Nespray la...masa azuin dok bedal Anmum Lacta je...kali ni sebab dah dapat free, better gunakan apa yang dapat tu kan....dah kurangkan kos dah kat situ…syukur sangat!!

Azuin pulak masih demand nak susu mama….selalu cakap susu mama sedap…taknak susu lain….sekarang ni kira dia dok minum kolestrum….tah apa la rasa…tapi rasa happy kalau azuin cakap…”susu mama sedap kan..awin suka”….sejuk hati mama kalau dengar azuin cakap macam tu……saya masih bagi selagi tak memudaratkan…tapi azuin tak minum banyak pun, lebih kepada nak attach dengan mama je tu….

Kesimpulannya, dah masuk 37 minggu ni semua sakit datang..sakit sana sini…cepat la bersalin…boleh terus hilang beban sakit ni…..(mulut dah start membebel dan merungut sakit…hehehe….jap2 “sakitnya”…..tula word yang selalu saya cakap lately ni…hurmmm)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.