Friday, June 10, 2011

katakan TIDAK pada air kosong

Just nak share info pasal ni...saya dapat ni lepas tanya mr google....bagus untuk tambah ilmu...especially for new mom macam saya ni....

Kenapa bayi di bawah 6 bulan tidak perlu diberi air kosong?

Susu ibu telah lengkap dengan segala keperluan bayi termasuk kandungan air. Pemberian air kosong kepada bayi adalah tidak digalakkan.

Banyak halangan sebenarnya untuk melaksanakan misi tidak memberi air kosong ni. Tambahan lagi bila dah terbiasa dengan budaya orang-orang lama yang memang akan berikan air kosong pada bayi.

Air kosong boleh menghakis salutan pelindung penyakit yang telah dibentuk oleh susu ibu. Huh…Penat-penat menyusu badan, bagi imunisasi semulajadi, lepas tu kikis balik.
Pembaziran kan! Tanpa salutan pelindung penyakit ni, sudah tentu bayi akan lebih terdedah kepada risiko jangkitan penyakit. Walaupun bayi menyusu badan, belum tentu dia kebal. Hanya dengan penyusuan eksklusif sahaja yang boleh memberi kekebalan tersebut.

Dan lagi, pemberian air kosong kepada bayi juga akan meningkatkan keracunan air. Sebabnya, air kosong akan mencairkan kandungan garam dalam darah yang akan mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, masalah kembung perut dan menyebabkan sawan tarik.

Sesungguhnya apa yang telah Allah ciptakan itu adalah yang sebaik-baiknya untuk kita. Bagi bayi anda yang masih di bawah enam bulan, katakan TIDAK pada air kosong.

SHARING IS CARING

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.