Friday, May 6, 2011

Kesabaran



Hari ni dah jumaat, dah abis pun seminggu kerja (tak sampai seminggu pun sebab masuk kerja pun hari selasa..isnin kan cuti sebab ahad tu hari buruh)….
Memang mencabar rasanya jadi career women ni…nak2 dah ada anak ni…tapi tu bukan alasan untuk kita malas kan diri hokay…Malah, dapat jadikan saya lebih bertanggungjawab dan bertambah matang dalam menjalani kehidupan seharian…
Jadual harian saya makin padat dan Alhamdulillah, setakat ni saya mampu untuk handle..Hopefully sentiasa dapat handle=D…


Cabaran minggu ni agak menyesakkan dada gak la….


Kerja?...Yes, memang banyak kerja nak kena cover..yang lama dan baru….lama cuti dah lupa2 ingat dah….kena cepat catch up….


Azuin?..yang ni betul2 mencabar sebab baru nak sesuaikan diri dengan keadaan yang dah ada baby…saya bangun kul 4 pagi tau…dah awal sejam dari sebelum ni…


Apa yang saya buat bangun awal2 ni??...
1)      Masak – dari dulu lagi saya memang masak untuk bawa bekal p kerja…masak nasi tau…tapi lauk yang simple2 je..tapi yang penting berkhasiat…kadang2 Cuma goreng ikan/ayam, sup sayur...cukuplah untuk bekalan perut ni sampai habis waktu kerja…So, dah ada anak ni, rutin ni masih diteruskan…
2)      Pam susu – ni adalah rutin baru saya…selalu saya akan pam dalam kul 5.15pagi camtu…saya pam sebelah B je…satu lagi B simpan untuk azuin minum before gerak p kerja….
3)      Feeding azuin – akan bagi azuin minum before solat subuh…Sebabnya after solat subuh dah nak p kerja…saya gerak p kerja dalam kul 6 pagi….azuin dah kenyang dan lena, saya pun senang hati drive p kerja….


Sebut pasal azuin ni….sungguh mencabar…sebabnya azuin susah lagi nak terima botol susu…dia akan main2 puting botol susu tu…kadang2 mengamuk2 taknak minum guna botol…dah banyak putting dan botol cuba ..Pureen, Tommie Tippee, NUK, MAM….semuanya ditolak (bukan 100% tolak tapi risau gak sebab azuin tak consistence nak…so, sekarang ni langkah terbaik guna sudu dan syringe…guna syringe lagi senang (noly cakap la)…letak je kat bibir terus je azuin nganga….


So, senang cite, bagi azuin minum susu guna syringe je..tapi kadang2 tu try jugak bagi guna botol…kot2 la dia nak terimakan….


Ok la..ingat esok nak p Mom & Baby expo kat Midvally (6-8 May 2011)…Ahad pulak nak p Melaka….mr may kursus kat situ…me n baby azuin pun ikut...papa p kursus, kami lepak bercuti la…YEAY!!


**Hari ni dapat bawak balik 13 Oz susu untuk azuin…rezeki azuin lagi…walaupun tak semeriah mana pun tapi saya tetap bersyukur dapat bagi azuin kenyang lagi…ALHAMDULILLAH….


Mama sayang azuin sangat2……Papa pun=D

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.