Thursday, December 10, 2015

Elman Adam 2nd Birthday Celebration at Nursery

 Isnin lepas dapat wassap dari taska yang nak buat sambutan harijadi untuk anak-anak taska..kira gabungkansekali la beberapa orang…tula malam isnin tu p borong barang sikit untuk bawa ke taska…

Sambutan hari jadi ni buat hari Rabu (9th Dec 2015)..Memula nak buat Khamis tetapi memandangkan, saya cuti dan tak hantar ke Taska..tu yang tukar ke hari Rabu tu….
Malam tu jugak buat projek packing barang dengan Azuin..tak banyak pun…buat dalam 30 je….kakak yang excited lebih….
Adik pun sama….

Selasa malam tu, kami cuma gunting dan tampal je kat goodie bags…Azuin yang tolong guntingkan..tapi mama jugak yang kena kemaskan guntingan tu sebab senget bagai…
Goodie Bags yang dah siap untuk anak-anak taska...
Tara…kek untuk Adam…tak sempat nak tempah bagai..beli terus dari Kings kat Tesco..Selain kek, Adam bawa muruku dan kuih bahulu je..tak sempat nak tempah bagai..

Jom layan gambar dari group wassap taska Adam & Amani...
Adam muka confius nak potong kek….nampak tak kakak kat belakang tu….jaga adik la tu...
Birthday boy dengan kawan-kawan…Happy Birthday to Amiin, Irsyad, Aiman & Idlan jugak…sambut sesama….

Kakak dengan Adam….kakak cakap dia yang suapkan Adam makan…pandai Azuin jaga adik!!
nampak tak kakak tengah suap Adam…

Happy Birthday Semua!!!

Tuesday, December 8, 2015

Rainbow cake in the house

Tetiba terasa nak makan rainbow cake…..beli yang slice je….tu pun besar jugak portion dia..RM6.50 per slice..murah kan..pernah jumpa kat SACC Mall, RM 9.50 per slice...

merasmikan kek mama…habis lunyai masa mama nak makan...
Jom layan video diorang ni..sempat lagi nyanyi bagai..

Sunday, December 6, 2015

Happy 2nd Birthday Elman Adam!!

06/12/2015

Happy Birthday Elman Adam!!! Birthday yang ke-2 untuk Adam….

Semoga Adam membesar dengan sihat dan dilimpahi rahmat-NYA!!
Adam tak berapa nak reti lagi bab potong kek ni…jadi, kakak la yang lebih excited...
Adam masih confius…..kami bertiga yang seronok…hehe
Birthday Cake for Adam..

 Memandangkan kami ada di kampung, jadi buatla sikit makan-makan dengan keluarga besar kami….sambut kecil-kecilan je...


Amani & Muthmainnah….






Selamat Bertunang - Syazwan & Syazwani!

Berkongsi tarikh dengan birthday Adam & Awisy….06 December……

Syukur Alhamdulillah..selamat sudah majlis pertunangan adik ipar saya dengan pilihan hatinya….Syazwan & Syazwani….cantik kan nama diorang…ngam habis tu :)

Welcome to our family!! diorang ni tak lama pun akan ikat pertunangan ni…Tahun depan InsyaAllah majlis nikah pulak….tarikh pulak berkongsi dengan tarikh kenduri kahwin kami pulak…..Double celebration gitu……
Bergambar dulu sebelum rombongan gerak ke rumah bakal tunang….kami di pihak lelaki….
Kita sarapan dulu…..kena isi perut dulu la sebab kami gerak ke sana pun tengahari…..kang lapar pulak lagi susah……sarapan bihun goreng sedap..ada kek & agar-agar….tapi kami kat dapur dah hentam makan nasi lemak "pak long" yang sedap tu dah…kenyang!!
Berkumpul dulu di rumah kakak ipar di Parit Buntar sebelum gerak….tak jauh mana pun dari sini….kuala kurau je…ada la dalam 20 minit perjalanan….

Jom layan gambar majlis bertunang di rumah perempuan pulak...

Sesi perbincangan….
Hantaran dari pihak kami 7 dulang sebenarnya…tapi dah jadi lapan pulak…..
sarung cincin pertunangan….


Hantaran dari pihak perempuan..
kami 4 beranak…masa ni dah kat luar…tunggu masa nak balik dah….

KAmi terus gerak balik rumah sebab  perjalanan jauh lagi..tak ikut rombongan balik rumah dulu…..

Tak sabar nak tunggu kenduri kahwin……

Tahniah Iwan & Wani!!!


Monday, November 30, 2015

Q-dees Term 4 En Edison - Parents Teachers Day (28th November 2015)

CONGRATULATIONS AZUIN AMANI….

Dah selesai 1 tahun belajar di Q-dees…banyak sunguh perkembangan Azuin sepanjang setahun belajar ni….memang di akui oleh teacher jugak la…sebab awal-awal dulu agak "slow" sikit progress dan tetiba je Azuin prestasi Azuin meningkat dengan mendadak terutama "reading" baik English, Bahasa Melayu & Iqra'….

Cuma Azuin Amani ni agak pemalu sikit…..jarang bergelak ketawa besar dengan kawan-kawan…..memang sikap Azuin, kalau dengan orang yang dia selesa baru dia tunjuk rasa seronok dia dan tak malu….teacher cakap dalam kelas Azuin memang ok cuma kalau ramai-ramaii bercampur dengan teacher lain & kawan-kawan dari kelas lain terus jadi senyap…malu la tu…

Dari segi bacaan Iqra' pulak memang ada peningkatan…Usatazah bagitau yang Azuin baca ada bunyi arab sikit…sebutan jelas dan cepat ingat….yang ni memang azuin ada baca Iqra' jugak kat rumah…kami ada ajar sikit-sikit dan kat Taska pun baru start belajar dalam sebulan….bacaan surah dalam solat pun bagus sebab dah banyak surah boleh hafal..(sekarang dok menghafal tahiyat awal & akhir)…..

Matematik pulak, dari segi kenal nombor memang bagus…cuma untuk tolak tambah masih boleh diusahakan lebih lagi…..


Autograph dari kawan-kawan & teacher….
Memories to Cherish Album….
Dengan Teacher Eda..tahun depan dah tukar teacher dah…..
Tahun depan lagi mencabar buat Azuin sebab dah masuk kelas 5 Tahun dan dah mula ada "homework"…..

Jom tengok report book kakak…sikit jela..banyak sangat mukasurat dia..



Keep it up girl!!










Saturday, November 28, 2015

Q-dees Term 4 En Edison - November Activities

Sharing on Azuin's activities at school….Kredit to Facebook Q-dees Puncak Alam for the updates..all photos from Q-dees FB.

1) Art & craft - title : Beautiful house.

Children are decorating their beautiful house with crepe paper and dry leaves.



2) Math subject. 

3) Solat






3) Exercise

4) Year End Party

With Teacher Eda..
Q-dees friends