Sunday, February 21, 2016

Happy 6th Anniversary

Happy Anniversary to us!!
May God bless our beautiful marriage,

Saturday, February 20, 2016

Q-dees Term 1 En Mozart - Friendship Day

20th Feb 2016 - 2016 Q-dees Frienship Day…

Memang kalut sikit saya haritu sebab hari yang sama jugak ada team building kat Saujana Hotel…memamng kena bahagi masa la nak p dua-dua ni….Team Building memang kena p sebab saya adalah salah sorang organizer…tu yang kena stanby kat factory seawal pagi untuk uruskan bas…semua sekali 4 buahbas pulak tu…selepas tu terus ikut bas ke Saujana…Dalam pukul 8:30am baru saya gerak keluar kejap sebab nak join event kat q-dees pulak….kelam kabut la…
Seronok la budak-budak ni…ada persembahan dari students…tengok tu, Adam pun dengan tak malunya join the group….
Masa ni nyanyi lagu rakyat..Adam pun join jugak...

Selepas nyanyi baru la ada acara buat sand craft ni...


Tara..dah siap pun Azuin & Adam…yang Adam ni papa yang buatkan...
With Q-dees Teachers...

Friday, February 12, 2016

Kad MiCares baru

Dah dapat pun kad baru…yang warna biru tu yang lama….hijau baru….sangat berguna untuk kami sekeluarga bila masa kami sakit…..terutama sekali untuk anak-anak la…..yang ni memang under company benefits…pada saya saya berbaloi…medical card dari Prudential pun kami ada tapi tak guna pun sebab dah ada yang ni…

Yang paling bagus ialah, boleh pergi mana-mana klinik ataupun hospital yang under MiCares ni…Setakat ni untuk hospital kami guna kat DEMC je…sangat senang…bawak card ni je dan foc..



Monday, February 8, 2016

Happy Chinese New Year 2016!!

Gong Xi Fa Cai!!

May the year of monkey brings everyone Prosperity, Good Health & Everlasting Happiness!!

Ang Pow from Q-dees…

Early CNY Celebration at Nursery last friday...
Petite CNY Cake!!

"Buah Limau"….



Tuesday, February 2, 2016

Photobook for 2015 Family Activities

Photobook yang terakhir untuk 2015…aktiviti sepanjang 2015 kami sekeluarga….semua terabadi dalam buku ni….Photobook ni adalah yang ke-21 dari Pixajoy…..sangat tebal photobbok kali ni…

Jom, sharing sebahagian isi dalam photobbok ni….
Cover photobbok...









Pembatalan Hal Milik kereta di JPJ

Just for sharing..Pengalaman berurusan untuk pembatalan hak milik di JPJ..

Nak buat urusan mestilah sudah selesai membua pembayaran dengan pihak bank…maksudnya dah "0" hutang tu dengan bank.

Saya dah habis bayar WPV sejak 2015 lgi cuma dok tangguh je nak p JPJ ni…kalau tak buat pembatalan, kereta masih jadi hak milik bank…

Akhirnya, 2016 jugak baru tukar hak milik dari Bank ke Sendiri…..Yang ni untuk WPV…Nasib baik tak lama pun nak buat…sangat cepat berurusan dengan JPJ Shah Alam

Tukar alamat geran jugak….WPV memang milik saya sepenuhnya…



Friday, January 29, 2016

Their Activity - Subtraction

Azuin sekarang dah suka buat aktiviti kat rumah..maklumlah sejak ada homework dari sekolah…kat rumah pun suka buat homework jugak…buku-buku aktiviti Azuin & Adam kami selalu beli kat Tesco je…senang…pilih je nak yang macam mana….
Sambil kakak buat kerja, Adam pun menyibuk nak tau….Bagus sebenarnya sebab Adam dah banyak tangkap apa yang kakak buat…masa umur 2 tahun lagi Adam dah kenal huruf & nombor...
Rajin sungguh!! Nanti kena beli lagi banyak la…kecik-kecik dah kena belajar…mama dulu umur 6 tahun baru p sekolah…..Zaman kita berbeza sungguh!!