Hari : Isnin
Flight kami dari KLIA pukul 11.45 pm....
Kami gerak dari rumah dalam pukul 3.30pm..keluar awal sebab tak nak rushing....tapi kami tak terus ke KLIA....kami ke Village View, Bandar Baru Bangi dulu...terasa nak makan kat situ...dah lama tak makan situ kan....sampai sana dalam 4.30 pm....nasib baik dah buka dah kedai ni......
First time untuk Adam makan kat sini.....kami makan tomyam campur, tekur bungkus, kailan ikan masin...tapi rasa macam kurang sikit rasa makanan kat sini...tak macam dulu....
Adam & Azuin suka tengok ikan.....nak pula nampak monyet jugak dok bergayut kat tepi jalan...excited diorang....
Selepas makan dan kenyang kami pun gerak ke Putrajaya Central...yes, kami decided nak letak kereta kat situ...bukan apa malas nak susahkan orang untuk hantar dan lagipun senang sikit kami uruskan masa...tak la bergantung pada sesiapa....
Tak susah manapun nak cari Putrajaya Central ni....cuma penat nak mengangkut jela...tapi semua dalam bangunan..tak payah nak berpanas bagai....berpeluh jela....hehehe....
KLIA Transit Train...yang ni bukan ERL express tu...tapi ok la cuma berhenti satu stesen je untuk samapi ke KLIA...Putrajaya Central-Salak Tinggi-KLIA
Harga tiket dari Putrajaya Central ke KLIA ialah RM 15.40.
May & Aini - RM 6.20x2 = RM 12.40
Azuin - RM 3.00
Boleh rujuk sini untuk semua destinasi : Harga Tiket
Untuk parking pulak...kami kena RM 50 untuk 13 hari ( 6 April - 18 April)..pada kami amat berbaloi....
Perjalanan dari Putrajaya ke KLIA memakan masa dalam 20 minit....sekejap je...boleh tahan ramai jugak la dalam train tapi boleh puji jugak la orang malaysia ni...sebab ada yang tawarkan tempat duduk kat saya sebab saya dok kendong adam...sebenarnya ok je berdiri sebab adam pun dok dalam baby carrier...tapi boleh buat tersenyum jugak la sebab ada yang prihatin.....yang prihatin tu bukan lelaki india tau...memang terharu sebab walaupun berlainan bangsa hati masih ada keprihatinan tu.....kita tak boleh berkira bila nak tolong orang...
Kami sampai KLIA dalam pukul 6.30 pm....terus cari surau nak solat Asar dulu....dah lama tak ke KLIA..surau yang pernah kami p tu dah tukar tempat ke Anjung dah....jenuh la berjalan ke sana..
Seronok la jugak kat situ sementara bergilir - gilir solat...Adam & azuin boleh dok tengok aeroplane...
Selepas tu baru p check in.....sebelum tu beg kami wrapped jugak...memula ingat takmo wrap...tapi tukar fikiran untuk wrap....batu beg wrap RM 10.60...kami wrap 3 beg RM 31.80...
Happy je Azuin...nak p jalan katanya...seronok nak naik aeroplane....
Kami kat Departure Hall dari pukul 10 pm....ada lagi 45 minit sebelum gate opened....dok berlegar2 jela kat sini....
Yeah...dah tak sabar nak fly...flight gerak pukul 11.45pm....dan dijangka tiba kat Kansai Airport dalam pukul 6.55am..
dah tak sabar nak sampai Jepun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.