Hari : Khamis
Hari ke-3 kami ke Osaka...memandangkan cuaca pun cerah, senang sikit nak jalan-jalan...kami gerak dari Shijonawate dalam pukul 10:10 am...tu je yang paling awal dapat keluar sebab kami masak & makan untuk isi perut dulu...menu pagi tu ialah nasi dengan lauk ikan sardin & telur roti dengan nutella dan air milo...
Mr may drive untuk ke Shirojinowate Station & parking kat situ je...kami akan naik JR untuk ke Osaka....hari ni kami dah start guna JR Pass yang kami beli di Malaysia...cuma perlu tunjuk je kat laluan masuk tu....senang!
Kami naik tren JR Tozai Line..ambil yang Rapid Service..kat sini ada 3 jenis tren iaitu rapid service, Regional Rapid Service & Local Train...yang Local Train memang dia akan berhenti kesemua stesen la..kalau amik Rapid Service, tren akan berhenti di sesetengah stesen yang besar je...
Kami kena tukar tren di Kyobashi untuk ke Osakajokoen...jadi semasa di Kyobashi, kami kena tukar JR Osaka Loop Line untuk ke Osakajokoen...kat sini memang stesen berhenti untuk ke Osaka Castle..
Untuk ke JR Osaka Loop Line, kena tukar platform dan naik ke 3rd floor..dan tunggu je tren ikut line yang disediakan...sekejap je sebab satu stesen je....3 minit je....kat sini tren memang sangat puntual dan kami guna applikasi Japan Train dan memang sangat menepati masa tren ni...
Bergambar dulu depan stesen Osakajokoen...
Yeay, dah sampai pun Osaka Castle.....ni bukan Osaka Castle cuma kawasan taman dia yang luas..
Depan Osaka-Jo Hall
Cantik sungguh pemandangan kat sini...
Selepas penat berjalan, kami pun gerak untuk makan pulak...kami ke Restoren Malaysia Boleh...rekemen by Een..tapi Restoren ni buka dari pukul 11:00am sampai pukul 2:00pm je untuk lunch...
Untuk kesana, kena ambil JR Osaka Loop line lagi untuk ke Stesen Osaka..ada 4 stesen kena tempuh....sampai je sana agak terpegun sekejap....cantik sangat....kami kena jalan jauh sikit...ikut terowong bagai untuk ke Umeda....
Restoran Malaysia Boleh terletak di Umeda....sepanjang perjalanan tu sempay kami sightseeing kawasan situ..dan memang Restoran ni betul2 dekat dengan Sky Tower Building tu....berjalan ada la dalam 15-20 minit....
Bersama owner kedai....owner ni ada bagitau yang next week ada tv dari Malaysia nak datang restoren ni...kira nak masuk tv la tu....
Harga meals kami 850 JPY seorang. Total = (850x5) = 4250 JPY
Selepas tu kami ke information central di Osaka Central untuk tanyakan tempat solat...kena isi borang jugak dan selepas tu, ada guard yang akan tunjukkan bilik solat tu....memang cantik tempat solat kat sini...comel lote je tempat dia...
Selesai solat, kami reservedkan tempat untuk Shinkansen ke Tokyo..senang sikit sebab nak duduk sekali..kalau tak berasingan susah pulak....
Hanya kami je yang guna JR Pass...Een, mak & abah kena beli tiket sebab mak &. Abah tertinggal JR Pass dalam flight pulak....sedih jugak la...rugi dalam 1.8K untuk JR Pass...
Selepas tu, kami gerak asing sebab mak, abah & Een nak balik rumah dah..kami anak beranak masih nak jalan-jalan kat Osaka lagi...nak pergi Osaka Aquarium Kaiyukan & Tempozan Ferris Wheels...nak jalan-jalan kat situ la...
Kami berpisah di Stesen Osaka....kami ambil Osaka Loop Line jugak..tren ke Bentencho...dari Bentencho, kami kena tukar tren...kami kena naik Subway, Stesen Bentacho ke Osakako..yang ni kami kena beli tiket sebab tak cover dalam JR Pass...
Harga tiket ialah 240 JPY seorang sehala..Total = (240 X 2 pax X 2ways) = 960 JPY
Sampai je di Stesen Osakako, ada la pulak sorang pelancong ni join kami sebab dia cakap dia lost & dia nak follow kitorang untuk ke Aquarium tu....nama dia Ivy dari Australia....hehe...sempat la borak-borak sikit dengan dia....
Depan Tempozan Ferris Wheel
Kami sampai situ dalam pukul 4:45 pm....cuma jalan-jalan je...menikmati suasana dan keindahan kawasan tu....
Depan Kaiyukan Aquarium...tak masuk dalam pun..bergambo kat luar jela...
Kat area ni ada jugak Market Place dimana boleh beli sourvenier jugak...tapi kami tak beli pun...tengok je la dulu...
Dalam pukul 6 macam tu kami gerak balik dari situ...tu pun dah lewat sebab kalau malam, cuaca adalah sangat sejuk...tu yang nak balik cepat sikit....tapi kami silap la sebab masa kami balik tu adalah masa orang balik kerja..memang ramai la manusia....kami kena naik Subway semula untuk naik JR line...kami kena turun Kyobashi untuk ke Shijonowate...ambil Gakkentoshi Line untuk Shijonawate....Alhamdulillah selamat sampai rumah...dari Stesen Shijonawate tu kami jalan kaki je untuk balik ke apartment kami....tak jauh mana pun tapi berjalan dalam kesejukan la...
Sampai je rumah terus bersihkan badan..dan makan....mak masak sambal ikan bilis dan saya goreng telur dadar je....
Perbelanjanaan hari ke-3.
Makan - 4250 JPY
Ticket Subway - 960 JPY
Mainan Azuin - 100 JPY
Air botol Oren - 160 JPY
Jumlah = 5470 JPY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.