Thursday, April 30, 2015

Japan Day 11 - Ikoma, Nara

Tarikh : 17 April 2015
Hari Jumaat


Merupakan hari terakhir kami...tak p jalan jauh mana pun..lagipun harini hari Jumaat...Jadi, saya ikut Een, abah & mr may je...diorang akan sembahyang Jumaat kat Uni Een..ambi kesempatan jalan-jalan sekitar Uni Een la sementara tunggu abah & mr may habis solat....

Seronok kanak-kanak ni jalan....nak pulak naik kereta alang...boleh 'open air' pulak...seronok la.....
Kami di sini...


Kat rumput ni ada tumbuh bunga-bunga kecil yang sangat cantik...memang kalau musim bunga dikelilingi bunga jela...
kawasan ni sangat cantik sebenarnya...pokok-pokok tu sebenarnya baru gugur je bunga..kalau tak mesti cantik....
area yang sama saya share masa masa musim sejuk...cantikkan..
tempat tenangkan fikiran..rekreasi la...

bergambar depan surau kat sini....tak ramai pun yang solat Jumaat..dalam 20 orang macam tu...

Jom layan gambar sekitar NAIST ni...






Selepas tu kami gerak ke AEON kat area sini je...tak jauh dari NAIST....
Azuin dengan alang....
Sempat lagi...seronok Azuin naik stroller tu...kat sana takyah mintak kat information centre pun..berlambak....memang letak kat tempat troley je...

Dah settle beli barang...nampak tak kotak tu...kat sini kalau tak guna plastik boleh mintak kotak kat kaunter tu...dia akan letak barang dalam kotak..free je..kalau nak plastik kena bayar....

Memang tak kemana la hari Jumaat ni...Balik rumah cuma rest dan berkemas untuk balik Malaysia esoknya...Malam tu cuma keluar p Lawson nak beli tiket bas untuk balik tapi ticket dah tak jual pulak sebab dah lewat dah..dia suruh beli esokny je masa kat Keihanna Plaza...


Perbelanjaan hari ke 11 :
1) Shopping : 10 794 JPY

Jumlah : 10 794 JPY






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.