Tuesday, April 28, 2015

Japan Day 2 - Ke Nara

Tarikh : 8 April 2015
Hari : Rabu

Cuaca dihari kedua kami masih sejuk tapi dah ada sedikit cahaya matahari....cuaca baik untuk berjalan....harini memang plan nak ke Nara pulak...tapi kami tak gerak awal pagi..manatak nya masih pening nak sesuaikan dengan cuaca kat sini...lagipun pergerakan agak terbatas dengan budak kecil ni...kalau kami berdua je memang la senang....ni kena fikir dan sediakan macam-macam sebelum keluar....hari ni mak masak beriani daging...fuh,sedap...tengok, kat bumi Japan pun masih nak makan makanan sendiri...agak susah nak makan kat luar ni..lagipun memang apartment ni dibenarkan memasak..memang mudah la...boleh la masak dan bawa bekal....

Dah siap makan dan solat barulah kami bersiap untuk ke Nara....dari sini kami naik kereta dulu untuk ke stesen yang terdekat Shijonawate...dekat je dalam 600 meter tapi kami naik kereta je sebab mak & abah pun tak larat nak jalan sangat....parking kereta ialah 1100 ¥ (RM 33.30) untuk 7 jam...dari tempat parking kena berjalan sikit la untuk ke stesen Shirojinawate...

Masa kami kesana memang masa budak sekolah baru habis sekolah...so, nampak la diorang ni sangat ramai kat stesen...

Untuk ke Nara, kami kena beli tiket sebab JR Pass kami activated hari Khamis...so, kena beli sendiri guna machine...tak jadi masalah sebab ada orang yang akan assist kita..walaupun diorang tak fasih english tapi diorang akan cuba tolong....untuk kes kami, memandangkan Een memang pandai cakap Jepun...senang la sikit....cuma nanti kalau kami keluar sendiri kena berdikari sikit la...
Harga tiket ialah 670 ¥ (RM 20.29) seorang..total 1340 ¥ (RM 40.57)...

Bergambar di stesen Shijonawate
Azuin sejuk!!



Ada 6 stesen sebelum sampai ke Nara..tetapi kami kena tukar train di Kizu...dan naik train lain untuk ke Nara...

Yeay, dah sampai pun di Nara...memang tujuan ke sini nak pergi Nara Park..tempat yang ada rusa tu...walaupun kami sampai agak lewat tapi kami akan gunakan masa yang ada untuk ke sana.....
Untuk kesana, kami beli Nara Bus Pass - Nara Park Nishinokyo.. Harga tiket 500 ¥ (RM 15.14) seorang..total 1000 ¥ (RM 30.28)..yang ni memang unlimited rides..ikut route yang ada la...naik bas ni bagus jugak untuk sightseeing...kalau taknak turun pun tak apa...tapi kalau nak naik memang kena naik bas yang warna kuning je...



Senang je..ikut je route yang dia bagi..tempat yang dia berhenti pun memang hot spot...tempat yang senang untuk pelancong nak turun....

Kat sini nak naik bas memang kena beratur dengan betul..tak boleh potong barisan tau...dan kalau naik bas hanya di pintu depan dan turun dipintu tengah....yang bagusnya kalau ada orang kurang upaya, pemandu bas ni akan turun untuk angkat penumpang ni naik ke dalam bas...satu lagi...dekat trafic light, bas ni memang dimatikan enjin bas...kalau dah lampu hijau baru pemandu start enjin semula....

Kami naik dari stesen N1-JR Nara Station...dan berhenti di Kintetsu Station sebab nak p cari hand warmer dulu....sejuk sangat...

Kat sini Daiso ada dimana-mana....
Kat Nara Park baru nampak rusa berkeliaran.....jinak tapi masih kena berhati-hati jugak...

Mesti kena tngkap berlatar belakang sakura...


Dalam pukul 6.3-pm kami pun gerak balik..mana taknya dah mula gelap...disebabkan kami ada day pass bus tu..tak perlu la nak jalan bagai..cuma tunggu kat mana-mana stesen yng bas kuning tu ada..naik je...
tengah tunggu bas kuning kat stesen yang dekat dengan Nara Park....sejuk sebab udara malam ni lagi sejuk dari siang tadi....

Yang paling saya tertarik ialah bas ni akan matikan enjin bila berhenti di trafic light...traffic light dah hijau baru bas hidupkan enjin dan gerak semula...

Sebelum balik tu kami singgah kat AeoN Maxvalu dulu....memang dekat la sangat dengan station Nara ni....
seronok azuin naik stroller ni...kalau kat Malaysia nak dapatkan stroller ni kena p information centre..tapi kat sini merata-rata...tak yah nak mintak...memang diletakkan sekali kat tempat troli tu...
Kali ambil train agar lewat..dalam pukul 7:30pm macam tu...sampai rumah pun dah malam sangat....

Esoknya kami ke Osaka pulak.....

Perbelanjaan untuk Hari Ke-2
1) JR Ticket dari Shijonawate to Nara : 670 JPY ea = 670 x 2 pax x 2 ways = 2680 JPY
2) Bus Ticket Day Pass @ Nara = 500 JPY ea = 500 x 2 = 1000 JPY

Jumlah = 3680 JPY

























No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.