Wednesday, April 29, 2015

Japan Day 9 - Kyoto - Arashiyama - Fushimi Inari Shrine

Tarikh : 15 April 2015
Hari : Rabu

Kami gerak dalam pukul 9 pagi....nak cepat sebab perjalanan agak jauh nun ke Kyoto....

Seperti biasa naik JR Shijonawate ke Kyobashi....dari Kyobashi kena ambil Osaka Loop Line untuk ke Osaka...di Osaka, kena tukar tren lagi untuk ke Kyoto..ambil JR Kyoto line...perjalanan kami dalam 40 minit sebab naik local tren..kalau naik rapid boleh smapai dalam 20 minit macam tu...

Dari Kyoto, kena tukar ke Sagano Line untuk ke Saga-Arashiyama....

Kami sampai situ dalam pukul 11.40 am...keluar ikut south gate...
Kami nak ke bamboo path tu dulu...senang je dari sini...keluar je dari stesen terus nampak SL & piano Museum sebelah kanan...ikut je jalan kecik susur museum tu...kami pun main redah je..tapi jangan risau memang akan ada sign board....
nampak tak muzium piano tu...
Map niboleh nampak on the way ke bamboo path tu..

Sebelum naik tu beli aiskrim dulu....












Selepas tu kami turun semula dan jalan-jalan sekitar kawasan tu..nak cari souvenier jugak.... 


Kat hujung jalan tu boleh nampak Togetsukyo Bridge...pokok ynag kat belakang tu kalau musim luruh lagi cantik rasanya... 





Berhenti makan sekejap kat area makan kat sini..tapi kami makan bekal je..sebab pagi tadi saya gorengkan nasi untuk bekalan..at least dapat la isi perut....takut tak jumpa tempat makan lagi dan perut dah lapar...selain tu kami bawa bekal yogurt jugak....

Dah penat berjalan dan puas, barulah kami naik JR untuk ke Inari pulak...

Tak jauh mana pun...kena naik JR Sagano Line semula untuk ke Kyoto...dari Kyoto, kami tukar ke JR Nara Line untuk ke Inari...2 station je dari Kyoto..,

Apa ada kat inari...ha...ni la yang menjadi tarikan pelancong ni...Fushimi Inari Shrine..






Yang tak best sebab hujan....walaupun renyai tapi masih tak best...huhu...

Memula kami cadang nak singgah makan kat area Kyoto..tapi tukar plan dan nak terus balik sebab nak catch up tren...nasib baik kami dapat tren rapid express ke Osaka..makan masa 20 minit je berbanding masa kami datang tadi...samapi Osaka terus ambil tren ke Kyoabashi dan Shijonawate...kami terlambat sikit sebab masa kami sampai Osaka tu orang dah balik kerja...jadi stesen agak sibuk jugak la...

Balik apartment pundah tak larat nak jalan....kami naik teksi je....

Esok nak ke Osaka lagi...yeay

Perbelanjaan hari ke 9 :
1) Souvenier =13700 JPY
2) Aiskrim = 300 JPY

Jumlah = 14 000 JPY














No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.