Friday, August 7, 2015

Bapaku Pulang dari Kota, Bapaku Belikan Kereta..lalala

Nak share pasal beli barang mainan murah ni...

Aim untuk beli kereta untuk Adam ni...sebelum ni dah jumpa kat kedai barangan bayi tapi agak mahal la..selepas tanya mr google dan baca review beberapa blog, kami pun bertekad la jugak p cari kereta ni..kedai ni kat Jalan Raja Laut....sebenarnya kat sini memang berderet kedai macam ni...bukan kereta je...banyak lagi mainan lain yang ada....boleh cakap murah jugak la.....
Kami pilih untuk beli kat kedai ni....tah la kenapa mungkin sebab malas nak masuk semua kedai kot....harga semua pun lebih kurang je..kat sini banyak jugak pilihan....
Bergamabr sikit....sebenarnya ni sipi-sipi je kedai dia...sebenarnya sangat besar...pening jugak la nak pilih beli barang....
sebahagian pilihan....ni kira baru 10% je tau...
Tara....kereta adam.....vroom vroom.....
Eh..eh..kenapa ada 2.....haaa, ni la kereta Amani....tak nak kalah Amani...nak jugak kereta...kereta ni walaupun beli 2 tapi saya dapat murah....kalau kat sini dapat 1 je....
Dah nak siap pasang dah....
Tada.....naik sama-sama ye!! Kereta Adam kecik sikit...untuk budak kecik la katakan...Amani punya besar sikit....kereta ni boleh manual dan jugak guna remote control....adam selalunya guna remote je sebab dia tak reti lagi...lama-lama nanti reti la tu...

Kereta Amani : RM 240
Kereta Adam : RM 190



Monday, August 3, 2015

Melawat Muzium di Raja

Aktiviti kami minggu lepas (02082015) adalah melawat Muzium Diraja....Sebab nak hantar acu p Grand Continental kat KL, kami pun cadang terus p sini sementara nak tunggu acu check in hotel...

Kami pernah datang sini dah.. boleh baca sini : Pameran Raja Kita@Istana Lama

Tapi masa tu belum dijadikan muzium lagi..jadi tak boleh la nak jelajah kedalam sangat..Muzium ni sebenarnya Istana Negara dulu...sejak Istana Negara dah dipindahkan...tempat ni dijadikan muzium pulak..boleh la rakyat tengok macam mana keadaan dalam istana....

Sedikit info : Sumber dari web Jabatan Muzium Negara

Muzium Diraja yang bertempat di Istana Negara lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sejak tahun 1957 hingga tahun 2011. Setelah itu, bangunan Istana Negara lama ini dijadikan Muzium Diraja dan mula dibuka kepada orang ramai pada bulan Februari 2013 sehingga kini.
 
Harga tiket  masuk RM 5 je..Azuin & Adam free..
Beragamabr dulu sebelum masuk muzium ni...

Kena bukak kasut dulu tau sebelum masuk dalam tu...dan boleh dapat pamplet kat bawah ni kat dalam..senang sikit nak tengok apa yang ada dalam muzium ni...
Muzium ni ada 2 level....memang pengunjung boleh naik sampai level 2....
Tapi..Semua tempat boleh tengok je..memang diletakkan penghadang..sebab tak boleh nak masuk kedalam...boleh tengok dari luar je..yela, nama pun muzium kan....
kat luar pintu muzium ni...

selfie 2 beranak....
Sebelum gerak p hantar acu, kami singgah makan kat Bellamy dulu....dah lama tak makan kat sini..tempat yang kami selalu makan masa kami dok KL dulu...

Selepas tu terus kami gerak p hantar acu...


Sunday, August 2, 2015

Cuba hijau pulak

Tetiba rasa nak transform family hall kat atas..nak warna hijau pulak....tu yang dok google cara nak hias dan deko..memandangkan saya ni takla pandai nak mendeko sangat..kita buatla cara sendiri....
Yang penting, karpet kena tukar jugak la..sebab karpet yang sekarang adalah warna coklat...nasib baik teringat karpet kat ikea yang cantik tu...sama pattern dengan karpet kat ruang tamu..warna je yang berbeza....
Yang ni pun kena warna hijau jugak la..tu yang cari frame gambar yang kehijauan sikit...frame ni ringan je...boleh dapat kat Kaison...nak gantung pun senang...buat sendiri je...
dari sudut tepi...yang wall sticker tu beli masa kat taiping..RM3.50 je...duu tampah kat belah lain..nasib baik masa cabut tu tak terkoyak bagai..boleh la lekat semula.....

Berubah la sikitkan...memula terfikir nak cat dinding jugak...tapi kiv la dulu.....hahaha



Friday, July 31, 2015

Photobook untuk 2014 Family Activities - Pixajoy memang awesome!!

Yeah...satu lagi photobook dah sampai...ni photobook untuk "2014 Family Activities"...semua gamabr-gamabr sepanjang 2014 dimuatkan dalam photobook ni...
"
kami memang suka ambil gambar dan memang dah menjadi kerja saya untuk kumpul gambar mengikut bulan dan bukukan semua...tak risau jika softcopy corrupted ke or apa-apa jela....yang penting tak perlu nak bukak laptop untuk tengok gambar...buku lagi senang.....

Koleksi dah semakin banyak dan saya masih setia dan selesa dengan service Pixajoy!!

Wednesday, July 29, 2015

Akhirnya bebas hutang PTPTN - Cara bayar PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP

Lega yang teramat sangat....setelah sekian lama...saya buat keputusan untuk bayar kan semua jumlah pinjaman PTPTN tu melalui KWSP/EPF.....selepas ni takyah nak fikir komitment setiap bulan nak bayar kat PTPTN..boleh senyum dengan lebar dah.....


Langkah-Langkah untuk pengeluaran PTPTN:

1) Pergi ke kaunter PTPTN untuk mendapatkan Surat Pengesahan Baki Pinjaman.. Ni la surat pengesahan baki...tak perlu isi borang bagai sebab saya terus ke kaunter...Dapat masa tu jugak..cepat...Pengesahan baki ni PTPTN buat sampai hujung bulan..sebab senang la untuk kira baki pinjaman....dan, kita perlukan secepat mungkin ke KWSP untuk settle kan la...

2) Dapatkan jugak Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (Jika tak ada dalam simpanan sendiri)
Ada jugak saya baca blog yang mereka kena bayar RM 90 untuk dapatkan salinan surat tawaran tu...kes saya ni, tak perlu la pulak nak bayar RM 90...puas jugak la saya tanya pegawai PTPTN tu betul ke tak perlu...pegawai tu cakap KWSP cuma perlukan header surat tawaran dan salinan yang ada tulis amaun pinjaman tu..dia tak perlukan satu set yang tebal tu...yang set tebal tu baru kena charge RM 90...
Yang ni muka depan..
Yang ni bahagian surat perjanjian yang ada dinyatakan jumlah pinjaman..
Akuan Penerimaan
Tandatangan beserta saksi...semua sekali 5 helai je yang saya dapat..dan tak perlu keluarkan RM 90...selamat duit saya....

Urusan di PTPTN sangatlah cepat..saya perlukan 20 minit je untuk urusan ni...

Dah selesai urusan di PTPTN, barulah boleh pergi ke KWSP/EPF untuk urusan seterusnya....Saya pergi ke KWSP Shah Alam je...memang cepat sungguh urusan...

Untuk memudahkan urusan, perlulah pastikan semua dokumen adalah lengkap dan disahkan...takpun bawa je yang original jugak..at least boleh sahkan kat sana jugak....


Cara Permohonan :
1) Pergi ke kaunter yang ambil nombor tu...kat sana, pegawai akan bagi Borang KWSP 9H(AHL) untuk diisi..
       

i)  Surat pengesahan baki pinjaman (Dari PTPTN)
ii) Salinan dokumen perjanjian pinjaman (Dari PTPTN)
iii) Salinan Skroll & Transkrip (Bawa yang asal sekali. Saya dulu dah sahkan yang salinan tapi pegawai tu cakap tak valid..tah kenapa la tak boleh..padahal orang yang sahkan salinan saya tu memang boleh sahkan..then kena p photostat semula dan bos dia yang sahkan..nasib baik photostat kat sebelah je...)
iV) Kad Pengenalan
Nasib baik tak perlu ambil nombor semula..sementara saya p photostat tu, pegawai tu uruskan apa yang patut..sampai je saya kat kaunter semula,dah siap..saya cuma bagi cop jari je..
Urusan settled...sekejap je..tak sampai seminggu, saya cek semula dalam PTPTN...yes!!kwsp dah bayar pun....Terus call KWSP untuk surat pelepasan...dan pegawai bertugas tu cakap yang surat tu masih dalam proses dan akan di poskan terus ke rumah....


Akhirnya, saya bebas HUTANG PTPTN....Syukur....









Wellness @ Work - Weight Challenge


Done my part!!

Wellness Weight Challenge - Round 1.
Syukur, kat sini ada challenge untuk kurangkan berat badan dan kurangkan lemak badan..Ada 3 pusingan kesemuanya..ni baru permulaan..

Yang paling tak sangka, Body Age saya ialah 27..ambik ko!! Body Age lagi rendah dari umur sebenar..ouch!!
Dapat goodie jugak - face towel

Yang paling tak tahan dengar ialah hadiah la….memang masyuk la jugak…
Nak tau?

Akan dapat cash RM 1000 untuk pemenang(site)..kalau category under MY/SG soap dapat percutian RM 3000 lagi...siapa tak mau..walaupun chance tu agak tipis, berbaloi jugak la masuk..at least kita dapat tau apa yang badan kita nak....

Selepas ni kena maintainkan BMI untuk this challenge…memang ramai jugak yang join ni..sengit jugak la…kalau ada rezeki, kira untung la kan….yang penting objektif nak kekalkan berat badan ideal



Sesi pendaftaran
siap kena tagkap gambar macam ni lagi...dari depan dan dari sisi....
sisi depan....ni la uniform kerja saya..

Next Round untuk timbang bulan September nanti.....

Tuesday, July 28, 2015

Meriahnya bila family dating rumah..


24-26 July 2015

Seronoknya bila family datang rumah…ramai sungguh dan sangat meriah rumah kami..mana taknya…selepas seminggu beraya kat kampung, family kami pun datang rumah pulak….

Ye, datang cuma cuti hujung minggu tapi sangat la seronok tau!!

Seronok dapat berkumpul, makan, bergurau, dan beraya bersama!!
Family gerak dari Perak pun dah lewat..selepas zohor katanya tapi terlajak jugak la..sebab gerak pun dah 3.30ptg…sampai ngam-ngam time balik kerja…sempat la nak masak bagai…

Nasib baik mr may cuti Jumaat tu..sempat dia tolong siapkan sikit…Kami masak ayam tomato, ikan termenung goreng dan tempe goreng ikan bilis..yang bestnya ada ketupat dan rendang!!
Nampak tak ketupat ala-ala maktok...favourite t...
Keesokkan paginya, kami breakfast kat rumah je…saya masakkan nasi goreng dan buatkan spageti…
Amani dengan cik Mia

4 boys....
 Tengahari pulak mak masakkan gulai ikan, sup sayur campur…memang kenyang sungguh la…makan sampai tak ingat!!
Petang baru kami gerak p Putrajaya..p jalan raya kat rumah kak ton & abang syamsul..



Ahad tu baru family balik Perak..tapi sempat lagi kami makan dulu....menu dia nasi tomato, butter prawn...masak awal pagi jugak la....sebab tengahari dah nak gerak balik.....
Selepas diorang balik..rumah pun dah sunyi...tinggal acu je kat sini...sebab acu ada program kat KL..Jadi acu stay kat sini jela...senang sikit..takyah la berulang bagai....