Wednesday, July 29, 2015

Akhirnya bebas hutang PTPTN - Cara bayar PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP

Lega yang teramat sangat....setelah sekian lama...saya buat keputusan untuk bayar kan semua jumlah pinjaman PTPTN tu melalui KWSP/EPF.....selepas ni takyah nak fikir komitment setiap bulan nak bayar kat PTPTN..boleh senyum dengan lebar dah.....


Langkah-Langkah untuk pengeluaran PTPTN:

1) Pergi ke kaunter PTPTN untuk mendapatkan Surat Pengesahan Baki Pinjaman.. Ni la surat pengesahan baki...tak perlu isi borang bagai sebab saya terus ke kaunter...Dapat masa tu jugak..cepat...Pengesahan baki ni PTPTN buat sampai hujung bulan..sebab senang la untuk kira baki pinjaman....dan, kita perlukan secepat mungkin ke KWSP untuk settle kan la...

2) Dapatkan jugak Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (Jika tak ada dalam simpanan sendiri)
Ada jugak saya baca blog yang mereka kena bayar RM 90 untuk dapatkan salinan surat tawaran tu...kes saya ni, tak perlu la pulak nak bayar RM 90...puas jugak la saya tanya pegawai PTPTN tu betul ke tak perlu...pegawai tu cakap KWSP cuma perlukan header surat tawaran dan salinan yang ada tulis amaun pinjaman tu..dia tak perlukan satu set yang tebal tu...yang set tebal tu baru kena charge RM 90...
Yang ni muka depan..
Yang ni bahagian surat perjanjian yang ada dinyatakan jumlah pinjaman..
Akuan Penerimaan
Tandatangan beserta saksi...semua sekali 5 helai je yang saya dapat..dan tak perlu keluarkan RM 90...selamat duit saya....

Urusan di PTPTN sangatlah cepat..saya perlukan 20 minit je untuk urusan ni...

Dah selesai urusan di PTPTN, barulah boleh pergi ke KWSP/EPF untuk urusan seterusnya....Saya pergi ke KWSP Shah Alam je...memang cepat sungguh urusan...

Untuk memudahkan urusan, perlulah pastikan semua dokumen adalah lengkap dan disahkan...takpun bawa je yang original jugak..at least boleh sahkan kat sana jugak....


Cara Permohonan :
1) Pergi ke kaunter yang ambil nombor tu...kat sana, pegawai akan bagi Borang KWSP 9H(AHL) untuk diisi..
       

i)  Surat pengesahan baki pinjaman (Dari PTPTN)
ii) Salinan dokumen perjanjian pinjaman (Dari PTPTN)
iii) Salinan Skroll & Transkrip (Bawa yang asal sekali. Saya dulu dah sahkan yang salinan tapi pegawai tu cakap tak valid..tah kenapa la tak boleh..padahal orang yang sahkan salinan saya tu memang boleh sahkan..then kena p photostat semula dan bos dia yang sahkan..nasib baik photostat kat sebelah je...)
iV) Kad Pengenalan
Nasib baik tak perlu ambil nombor semula..sementara saya p photostat tu, pegawai tu uruskan apa yang patut..sampai je saya kat kaunter semula,dah siap..saya cuma bagi cop jari je..
Urusan settled...sekejap je..tak sampai seminggu, saya cek semula dalam PTPTN...yes!!kwsp dah bayar pun....Terus call KWSP untuk surat pelepasan...dan pegawai bertugas tu cakap yang surat tu masih dalam proses dan akan di poskan terus ke rumah....


Akhirnya, saya bebas HUTANG PTPTN....Syukur....









16 comments:

  1. bahagianya hutang ptptn dah selesai..saya tunggu akaun saya cukup..maklumlah..gaji bukan besar..potongan epf pon tak besar mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..senang hati sikit...tutup la cerita hutang ptptn ni..hehehe..takpe, nanti dah cukup terus buat macam ni..tak payah nak fikir setiap bulan kena bayar :)

      Delete
  2. wah senang hati la nmpaknye, sy baru nak selesaikan, mudah-mudahan lancar segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye…sangat senang hati….mudah-mudahan ye urusan awak tu….

      Delete
  3. wah senang hati la nmpaknye, sy baru nak selesaikan, mudah-mudahan lancar segala urusan

    ReplyDelete
  4. Pejabat ptptn mana ya yang awak pergi? Boleh dpt terus surat tu. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsp terima ke salinan surat perjanjian tu?? awak pegi kwsp mane?

      Delete
    2. kwsp terima ke salinan surat perjanjian tu?? awak pegi kwsp mane?

      Delete
    3. aah kwsp terima..kwsp Shah Alam

      Delete
    4. ptptn kl sentral dekat mana ye sis

      Delete
  5. salam.

    aku update la setakat May 2016.
    aku buat ikut e-pengeluaran epf.
    dah diorang approvakan, sms dpt mintak kite p mane2 office kwsp.

    bawak diri, ic dan salinan skrol.
    setel. dalam seminggu kwsp approvekan.
    ps. kwsp kajang, bangi.

    Mekasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nas, lepas isi tu terus tunggu sms ke?

      Delete
    2. transkrip nk potokopi 1 set tebal ke

      Delete
    3. transkrip 1 set la..transkrip tak tebal pun..dalam 3-4 muka surat je

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.