Monday, August 3, 2015

Melawat Muzium di Raja

Aktiviti kami minggu lepas (02082015) adalah melawat Muzium Diraja....Sebab nak hantar acu p Grand Continental kat KL, kami pun cadang terus p sini sementara nak tunggu acu check in hotel...

Kami pernah datang sini dah.. boleh baca sini : Pameran Raja Kita@Istana Lama

Tapi masa tu belum dijadikan muzium lagi..jadi tak boleh la nak jelajah kedalam sangat..Muzium ni sebenarnya Istana Negara dulu...sejak Istana Negara dah dipindahkan...tempat ni dijadikan muzium pulak..boleh la rakyat tengok macam mana keadaan dalam istana....

Sedikit info : Sumber dari web Jabatan Muzium Negara

Muzium Diraja yang bertempat di Istana Negara lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sejak tahun 1957 hingga tahun 2011. Setelah itu, bangunan Istana Negara lama ini dijadikan Muzium Diraja dan mula dibuka kepada orang ramai pada bulan Februari 2013 sehingga kini.
 
Harga tiket  masuk RM 5 je..Azuin & Adam free..
Beragamabr dulu sebelum masuk muzium ni...

Kena bukak kasut dulu tau sebelum masuk dalam tu...dan boleh dapat pamplet kat bawah ni kat dalam..senang sikit nak tengok apa yang ada dalam muzium ni...
Muzium ni ada 2 level....memang pengunjung boleh naik sampai level 2....
Tapi..Semua tempat boleh tengok je..memang diletakkan penghadang..sebab tak boleh nak masuk kedalam...boleh tengok dari luar je..yela, nama pun muzium kan....
kat luar pintu muzium ni...

selfie 2 beranak....
Sebelum gerak p hantar acu, kami singgah makan kat Bellamy dulu....dah lama tak makan kat sini..tempat yang kami selalu makan masa kami dok KL dulu...

Selepas tu terus kami gerak p hantar acu...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.