Wednesday, September 30, 2015

Hari Raya Aidiladha & Waterfront, Kuching (Hari Pertama & Kedua)

Hari Pertama : Rabu (23 September 2015)

Nak ceritakan pengalaman yang seberapa berhari raya haji & jalan-jalan di Kuching, Sarawak….Dah lama sebenarnya kami berkira-kira nak ke Sarawak ni…memandangkan adik saya, Arfah & suami masih mengajar di sana, baik kami ambil peluang ni kan…at least dah jimat untuk penginapan di sana..Nak pulak kali ni "due date" bersalin Arfah sehari sebeum hari raya haji..dan mak & ayah pun akan ke sana, kami pun ambil peluang ni jugak la…. 

Mak & Ayah dah bertolak ke sana Hari Sabtu, 19 September 2015..Nak dijadikan cerita, Arfah selamat bersalin Hari Ahad, 20 September tu…ngam-ngam mak & ayah dah kat sana…Mak & Ayah seperti biasa akan duduk disana sampai Arfah sihat (at least 10 hari)..sebelum tu tak boleh nak naik flight….Arfah akan ikut mak & ayah balik dan berpantang di Taiping…

Cerita kami pulak…..saya dan mr may gerak asing…sebabnya, saya half day hari Rabu tu…dan akan balik rumah sebab tunggu Norly & Fatihah yang akan join kami ke Kuching..Jadinya, kami akan gerak terus ke Putrajaya Central dan mr may akan gerak ke sana dari opis…dari Putrajaya Central kami gerak naik KLIA Transit terus ke KLIA2…WPV memang selesa kami parking kat situ….

Flight pukul 9:25 pm dan Alhamdulillah, tak ada cerita delay…nasib baik la sebab sekarang ni kan musim jerebu…dan kami sampai Kuching dalam pukul 11pm macam tu….Rumah Arfah terletak di Kampung Semerah Padi..tak jauh pun dari airport...


Hari Kedua : Khamis (24 September 2015)

Hari Raya Aidiladha - Buat pertama kali kami beraya di Kuching…nasib baik ada adik beradik lain jugak…terasa la jugak rayanya…nak pulak ada lemang & redang….memang kena la…
Solat Aidiladha di Masjid Negeri Sarawak…..
Bali rumah selepas solat baru kami bramai-ramai makan…kecuali orang yang berpantang…tak boleh makan…
Berempat Biru….
Tada….bergambar sat dengan ahli baru…..nama diberi Muhammad Umar Mukhtar….Best bau baby…terasa nak ada baby lagi..bila tu taktau la…tak ada perancangan lagi ni…..


Petang raya tu kami merayau kat Waterfront Kuching je…Nak tengok replika kucing besar yang selalu orang cakap tu….nak pulak ada karnival makanan & kraf kat situ…tapau sekali la….

salah satu replika di sini...

Boleh jugak jalan-jalan sekitar waterfront ni..ni la Sungai Sarawak…tapi pada yang bawak kanak-kanak- tu kena lebih berhati-hati la…takut tergelincir bagai….memang la ada penghadang..tapi saya masih takut jugak….Boleh naik bot untuk keseberang jugak…seberang sana ada kedai kek lapis yang popular tu….pada sesiapa yang nak guna jalan air la…tapi boleh juga naik kereta ke sana….kot la feeling naik bot….
Masa kami kat sini, memang ada Pesta Makanan dah…boleh la nak tengok-tengok..cuma mas kami sampai ni tak banyak kedai yang bukak…..

Sebelah Pesata Makanan ni ada Festival Kraf Sarawak….sangat menarik sebab terdapat banyak hasil jualan kraf dari Sarawak yang boleh cakap unik dan kreatif...


Boleh nampak Astana Negeri Sarawak…..
Bergambar berlatar belakang Dewan Undangan Negeri (DUN)

Links :











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.