Wednesday, September 30, 2015

Hari Ketiga di Sarawak - Kampung Budaya Sarawak, Pantai Damai, Jong's Crocodile Farm & Kek Lapis Sarawak

Hari Ketiga : Jumaat (25 September 2015)

Kami gerak ke Santubong  untuk ke Kampung Budaya Sarawak & Pantai Santubong ( Pantai Damai)..Sangat cantik pemandangan sepanjang perjalanan kami…nampak hijau dan tenang je….

Pintu masuk Kampung Budaya Sarawak….Tiket masuk adalah RM 60…kalau nak masuk sini memang kena spend masa separuh hari jugak la untuk keliling sini..memang sangat luas...

Berhadapan dengan Kampung Budaya ada Pantai Damai…boleh la nak jalan-jalan sini…..tengok laut….
Replika burung enggang yang sangat besar…



Selepas tu, kami bergerak Ke Jong's Crocodile Farm di Siburan, Kuching..

Open : 9am-5pm (Feeding time : 11am & 3pm)

Tiket : RM 22 (dewasa), RM 11(kanak-kanak)

Masa di sini agak terhad sebab nak kejar masa solat Jumaat Jugak..Sekejap juga la kami di sini…. 
Bergambar dengan burung enggang..patung je tu….

Nama je taman buaya..tapi ada jugak haiwan lain kat sini….burung, anak beruang….


nampak tak burung merak……cantik sungguh!!tempat ni boleh cakapmacam zoo jugak la…cuma tak banyak haiwan..lebih kepada buaya….

tiket masuk…..

Dah penat tengok buaya bagai, baru gerak baik….nak rehat pulak…petang ada plan lain pulak….petang nak p cari kek lapis Sarawak…..

Kami naik kereta je…boleh jugak naik boat..tapi kami guna jalan darat je….senang sikit nak bawak kalau borong banyak kan….terus masuk bonet kereta…..

Kami ke Kampung Gersik dimana terletak kedai popular ni..Kedai Kek Dayang Salhah….siapa tak kenal, boleh tanya mr google…mesti dapat jawapan punya…..Masa kami sampai tu susah sikit nak cari parking sebab ada Pesta Kek Lapis jugak…ni semua sempena Pesta Regata (25-27 September 2015)…

gambar : kredit to mr google

Berpusing jugak la kami nak cari parking…..kedai dia tak la besar mana pun tapi banyak pilihan kek dengan nama kek yang menarik…. 


Kat kedai dia, kita boleh rasa semua jenis kek..memang disediakan la…banyak rasa pun dah pening dibuat nak beli yang mana... 

Tuan blog pun nak bergambar dalam kedai ni jugak…ada jugak kek yang murah..macam dia jual murah tu sebab salah potong…potongan tu kecik dari biasa….tapi ok la.. 

Bergambar depan kedai…kedai ni senang sebab dia dah bungkus siap-siap dalam kotak….senang nak bawak balik... 


Links : 





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.