Wednesday, September 16, 2015

Aduh!! Sakitnya Tergigigit Lidah

Cerita kelmarin…taktau la macam mana boleh sampai berdarah bagai ni…masa on the way balik kerja hari Isnin tu, saya kol husband dan Amani yang angkat…cakap papa tak boleh bercakap…lidah berdarah….terkejut jugak berdarah kebenda pulak..dok fikir tergigit masa makan la kot…

Sampai je rumah tak berani pulak nak tengok…seriau!!

Memula, ingat darah akan stop..tu yang tak p klinik….tapi sampai pukul 11:30pm masih berdarah…tak berenti lagi..tu yang bawak p klinik jugak…Nasib baik ada klinik bukak lagi….

Masa kat klinik tu, doktor ada juga cuba berhentikan darah tu…tapi tak jalan jugak..dan memang kena jahit….terus buat referral letter kat DEMC…tu yang paling dekat…
Sambil papa kena rawat, Azuin dok menulis…pinjam meja doktor kejap….
referral letter….

Dah dapat referral letter tu, terus pecut p DEMC…nasib baik proses senang je..bagi surat ni dan tunjuk Micares card je….
Masa sampai kat sini, Azuin & Adam memang tengah tido lena…mana taknya dah pukul 1 pagi macam tu….kami ni la kena bersengkang mata…dah la esok kerja….

dekat pukul 3 pagi jugak la baru siap…kat sini yang lama sebab doktor ambil masa nak tunggu lidah tu stop bleeding..tapi tak jugak…so, jahit la akhirnya….jahit tu sekejap je...
Adam dah bangun….mulalah nak berjalan kesana-kemari…jenuh nak ikut dia…dengan nak jaga kakak yang nyenyak tido….

Tergigit lidah ni boleh cakap majoriti pernah kena…tak kiralah sikit ke banyak…ngilunya memang tak terkata la..sakit sungguh!! Memang kena hati-hati la sesama nak kunyah tu…saya pun pernah kena jugak tapi tak la sampai berdarah teruk macam ni…..

sampai rumah pun dah lewat, haruslah terlajak bangun pagi…dekat pukul 7 baru bangun…Ingat nak EL je tapi memandangkan banyak outstanding kerja..gagahkan diri jugak la...kelam kabut bersiap p kerja dan hantar kanak-kanak p taska….nasib baik Amani tak sekolah harini sebab jerebu kan..papa lepak rumah je sebab dapat MC…..


2 comments:

  1. aduhh sakitnya... rasa berdenyut2 lidah sendiri dan ngilu hati membayangkan lidah tergigit

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer…memang sakit giler kalau tergigit tu…berair mata jugak la….yang ni dah macam drakula…angkat je tisu kat tempat luka tu, darah terus mengalir…tak dapat nak tengok luka...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.