Tuesday, May 17, 2016

Weekend Gateways at Penang, Bayview Resort Feringgi

Memang dah jadi aktiviti bulanan untuk "weekend gateways" ni..awal bulan 5 haritu kami sempat la lepak semalam di Penang…memang last minutes jugak la buat booking semua…Penang memang menjadi "spot" kami..lepas gian makan kat tempat-tempat yang kami pernah lepak dulu…

Kali ni kami stay kat Bayview Beach Resort, Feringgi…memang sebelah Hard Rock Hotel je..senang jugak nak p Feringgi Night…Kali ni cuma lepak hotel & bagi Amani Adam main pasir sikit...


Cantik hotel ni..boleh lepak sini awal pagi selepas breakfast dan terus turun pantai..
Selepas main pantai, baru bawak kanak-kanak main kat sini pulak…swimming pool untuk kana-kanak sangat menarik sebab ada tempat main jugak..memang sekarang ni kalau kami pilih hotel..memang akan tengok tempat yang ada macam ni..senang dan anak-anak pun suka!!



Selain tu, kat sini jugak ada kiddies world…selesa untuk kanak-kanak main….mak ayah pun boleh lepak je sambil tengok anak main...
Adam suka betul train…dok susun mainan jadikan train...

kat luar kiddies world ni ada playground pulak…puas hati tengok anak-anak puas main..
Lepas ni mana pulak nak buat weekend gateways ni…rewards untuk diri sendiri dan family 








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.