Monday, May 30, 2016

Weekend Gateways at Putrajaya, Marriot Hotel

Cerita hujung minggu lepas..ad-hoc lagi booking hotel..sebabnya Ahad, 29 May 2016 kami akan join Milo Breakfast Day di Putrajaya…baru terasa nak stay Putrajaya..memula ingat nak terus je pagi ahad tu….tapi fikir balik, rasa macam nak bawak kanak-kanak lepak Putrajaya pulak….

Kami buat online booking pun dah pukul 9:30 pagi..terus packing barang dan gerak dalam pukul 11:45pagi macam tu..memang pantas!!

Terus p ke Marriott Hotel, Putrajaya…memang recommended untuk datang sini sebab semua ada untuk kanak-kanak….kami memang guna sepenuhnya facilities yang ada kat sini…sampai je bilik, kami lepak sekejap je sebab nak bagi Amani & Adam main kat Kiddie World…memang sangat best dan kanak-kanak sangat suka!!
Ada bilik teater kat Kiddies World ni..boleh tengok movie...
Main masak-masak….selesa sebab makayah boleh lepak nak tido sementara anak main..tapi salah sorang la..sorang lagi mestilah kena pantau anak-anak…
Luas dan Adam pun selesa nak kayuh basikal dalam ni…
Boleh lepak nak main game kat sini...






Malam tu, lepak Putrajaya kat Ayer@8 pulak…cari benda nak isi perut..banyak sangat kedai makan kat situ sampai tak tau nak p yang mana..kami makna kat Serabai je..tu pun sebab senang dan makan kat luar..boleh la kanak-kanak ni jalan-jalan..
Sebenarnya ada pesta Floria tapi memandangkan selepas makan kat situ, ternampak basikal dan aktiviti lain kat situ, terus kami tak jadi p Pesta Floria tu..lepak sini je…Amani la bagi cadangan nak naik basikal...
Seronok jugak la..berbasikal bersama….RM10 untuk 10 minit…boleh la sebab penat jugak nak kayuh basikal..walaupun saya cuma co-pilot je..budak berdua ni seronok main hon je...
Ingatkan nak balik, tapi ternampak seronok pulak kanak-kanak main bubble…layankan jela..satu bekas tu RM3...



dulu kecik-kecik belum ada bubble besar macam ni...hahaha...Main sampai puas baru nak balik…kena simpan tenaga jugak sebab esoknya kami akan join Milo Malaysia Breakfast Day pulak..nak kena bangun awal pagi….

Next entry pita cerita pasal Milo Breakfast Day 2016 pulak!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.