Wednesday, November 11, 2015

Cerita tentang taska

Selalu terfikir apa la yang anak-nak buat kat taska…mesti rindu kat mama & papa kan…Tak tau la kalau diorang ni buat perangai ke..mesti kena marah jugak kan…haih, kalau fikir macam ni..memang tak sudah la…nak jaga kat rumah, kami pulak kerja…sedih :(

Azuin memang la ada aktiviti lain sebab pagi akan ke sekolah…masa ni Adam sengsorang kat taska…tanpa kakak…kalau ada kakak, boleh la kakak tolong tengokkan…haih…memang sangat berharap dua beradik ni tak ada apa-apa masalah sepanjang hari di taska..

Taska Amani dan Adam dah diambil alih oleh pengetua baru sejak Oktober 2015…setakat ni boleh cakap ok la..takut jugak budak-budak terkejut dengan persekitaran baru walaupun teacher masih sama…Alhamdulillah, kalau tanya Amani…dia cakap ok….

Yuran kali ni kena tambah RM 40 untuk Amani…sebabnya yuran ajar mengaji, solat & Iqra' sekali…setakat sebulan ni nampak jugak la perkembangan….dah pandai sikit-sikit baca tahiyat akhir & Iqra' pun laju jugak la…sebab kalau kat rumah memang susah sungguh nak ajar…dengan teacher & ustazah boleh pulak….

Just nak "share", yuran bulanan untuk Amani & Adam adalah RM 680…tak tau la nak kata mahal ke tak? sebab rasanya lebih kurang je yuran kat sekitar ni….tak kisah bayaran asalkan anak-anak ni dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang…….
sesekali, Amani & Adam bawak balik apa yang diorang buat kat taska….

Koleksi aktiviti Amani & Adam….seperti biasa, mama akan letak dalam file masing-masing….Nanti dah besar boleh la tengok sendiri aktiviti diorang masa kecik...
Flowers for mama…






2 comments:

  1. assalam sis boleh share contact no taska..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh call puan hanim, owner taska - 0176612711

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.