Tuesday, November 24, 2015

Alam Suria Family Day - 21-22 Nov 2015

Selesai sudah Hari Keluarga area perumahan kami….bukan satu taman pun tapi lorong kami je…Tapi seronok la dapat kumpul ramai-ramai walaupun ada jugak terlupa nama-nama kawan lorong ni….

Tempat : Puteri Beach Resort, Port Dickson
Tarikh : 21-22 November 2015

Kami gerak asing Sabtu tu sebab nak menyinggah beberapa tempat…dah alang-alang kan….

Jadi, sempat la juga kami ke "Ostrich Farm"…tak besar mana pun tempat ni tapi yang penting anak-anak seronok..Azuin & Adam pun dah pandai tengok haiwan-haiwan ni..dah lama tak bawa Azuin p zoo..Adam lagi la..tak pernah lansung…..
Ostrich berleher panjang…yang ni dalam kandang dia…..ada banyak ekor jugak la….macam lagi banyak je dari yang ada kat Zoo Negara….
Ada jugak ostrich jinak yang berkeliaran..tapi ada penjaga dia jugak la….Adam seronok dapat tengok ostrich tu makan…Azuin takut sikit….bukan Azuin je..saya pun takut jugak bila penjaga tu suruh pegang badan ostrich ni….
neigh neigh neigh….nampak tak kuda kat belakang tu….
yang ni kandang untuk arnab pulak…banyak jugak la arnab yang ada…yang kat tepi-tepi tu semua ada arnab….dan..ada beberapan ekor arnab yang dok berkeliaran..yang tu memang boleh ambil pegang untuk tangkap gambar… 
ada keldai jugak….

Tapi agak panas jugak la sebab kami sampai sana memang tengahari kan…matahari tengah tinggi tu…

Tiket masuk : RM 15 (dewasa), RM 10 (Kanak-kanak)
Adam Free

Selepas tu baru kami gerak cari makan kat area Pantai Teluk Kemang..Dalam pukul 3pm baru boleh nak check in hotel…kami semua menginap di Puteri Beach Resort….ada yang book studio room dan ada yang apartment..kami dapat yang apartment..share 3 family….ok jugak la macam ni sebab boleh la kenal lagi dengan jiran-jiran….

Aktiviti petang bermula pukul 4:30pm…sukaneka….ok jugak la dapat bersuka ria macam ni…yang banyak ialah untuk anak-anak la…ada la jugak game untuk mak bapak…...
Bagi Amani & Adam main pasir…yang ni bukan pasir yang kat tepi pantai…pasir yang dekat tapak sukaneka je…takmo bawak p pantai lagi petang tu..sebab esok baru nak bawak diorang jejak pantai….tapi dapat main pasir ni pun dah buat dua beradik ni seronok..mana taknya, "first time la katakan"
Yeah…sukaneka...

Seronok dapat hadiah "ball"…budak-budak ni dapat hadiah apa pun seronok….
Aini.May.Azuin.Adam.

Selepas tu, baru bagi budak-budak ni mandi kat :swimming pool"…Azuin la seronok sebab dapat main yang "slide" tu..dah pandai dah main….

Malamnya pulak…ada "Barbecue" pulak….
Tunjuk rajin pulak..ahaks!!
Nasi goreng, Bihun goreng….semua ada….tapi yang tak bestnya hujan….memang selebat-lebatnya jugak la….
Selesai makan-makan terus balik apartment…Azuin & Adam sambung main lagi..mentang-mentang la dapat kawan baru…main sungguh la….

Keesokkannya, selepas breakfast, mandi lagi….lepas gian anak-anak…sambil tu mak bapak pun sama jugak la….
Adam pun seronok…siap nak naik "slide" lagi tu…susah jugak nak duduk dalam pelampung ni..sebab dia nak bebas sendiri…

Selepas tu, barulah kami bawak anak-anak jejak kaki kat pantai….first time tu…..
Nampak tak terujanya Azuin dan Adam takut sikit…peluk papa rapat..
Dah rasa air laut, baru bagi budak berdua ni main "real" pasir…seronok tengok!!
Siap main tanam kaki lagi.."excited" kakak!!

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar…terlebih terkurang tu adatla…asalkan semuanya "happy"…lain kali mesti join lagi aktiviti macam ni….
Family Besar kami…..











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.