Wednesday, April 29, 2015

Japan Day 9 - Kyoto - Arashiyama - Fushimi Inari Shrine

Tarikh : 15 April 2015
Hari : Rabu

Kami gerak dalam pukul 9 pagi....nak cepat sebab perjalanan agak jauh nun ke Kyoto....

Seperti biasa naik JR Shijonawate ke Kyobashi....dari Kyobashi kena ambil Osaka Loop Line untuk ke Osaka...di Osaka, kena tukar tren lagi untuk ke Kyoto..ambil JR Kyoto line...perjalanan kami dalam 40 minit sebab naik local tren..kalau naik rapid boleh smapai dalam 20 minit macam tu...

Dari Kyoto, kena tukar ke Sagano Line untuk ke Saga-Arashiyama....

Kami sampai situ dalam pukul 11.40 am...keluar ikut south gate...
Kami nak ke bamboo path tu dulu...senang je dari sini...keluar je dari stesen terus nampak SL & piano Museum sebelah kanan...ikut je jalan kecik susur museum tu...kami pun main redah je..tapi jangan risau memang akan ada sign board....
nampak tak muzium piano tu...
Map niboleh nampak on the way ke bamboo path tu..

Sebelum naik tu beli aiskrim dulu....












Selepas tu kami turun semula dan jalan-jalan sekitar kawasan tu..nak cari souvenier jugak.... 


Kat hujung jalan tu boleh nampak Togetsukyo Bridge...pokok ynag kat belakang tu kalau musim luruh lagi cantik rasanya... 





Berhenti makan sekejap kat area makan kat sini..tapi kami makan bekal je..sebab pagi tadi saya gorengkan nasi untuk bekalan..at least dapat la isi perut....takut tak jumpa tempat makan lagi dan perut dah lapar...selain tu kami bawa bekal yogurt jugak....

Dah penat berjalan dan puas, barulah kami naik JR untuk ke Inari pulak...

Tak jauh mana pun...kena naik JR Sagano Line semula untuk ke Kyoto...dari Kyoto, kami tukar ke JR Nara Line untuk ke Inari...2 station je dari Kyoto..,

Apa ada kat inari...ha...ni la yang menjadi tarikan pelancong ni...Fushimi Inari Shrine..






Yang tak best sebab hujan....walaupun renyai tapi masih tak best...huhu...

Memula kami cadang nak singgah makan kat area Kyoto..tapi tukar plan dan nak terus balik sebab nak catch up tren...nasib baik kami dapat tren rapid express ke Osaka..makan masa 20 minit je berbanding masa kami datang tadi...samapi Osaka terus ambil tren ke Kyoabashi dan Shijonawate...kami terlambat sikit sebab masa kami sampai Osaka tu orang dah balik kerja...jadi stesen agak sibuk jugak la...

Balik apartment pundah tak larat nak jalan....kami naik teksi je....

Esok nak ke Osaka lagi...yeay

Perbelanjaan hari ke 9 :
1) Souvenier =13700 JPY
2) Aiskrim = 300 JPY

Jumlah = 14 000 JPY














Japan Day 8 - Nara again...

Tarikh : 14 April 2015
Hari : Selasa


Hari ni memang memula tak plan nak kemana pun sebab penat semalam dok ada lagi...tapi pagi lepas subuh tu baru plan nak ke Nara lagi..memandangkan cuaca cloudy...nak ke Kyoto tapi kata ramalan hujan pulak..tu yang p Nara dulu...at least dapat la jalan - jalan lagi kat situ....kami keluar pagi dalam pukul 9 macam tu...tren kami ambil JR tren ke Kizu..dari Kizu kami tukar tren Nara Line untuk ke Nara....
Dalam tren

Sampai je Nara, hujan pulak...jadi kami tukar plan ambil one day pass naik bas....kena la 500 JPY seorang...kalau tak beli pass pun tak apa..sebab boleh terus bayar kat bas..harga 210 JPY...tapi kalau beli pass lagi senang sebab voleh naik seberapa banyak kali pun....kira untung la sikit...kot la rasa penat, boleh naik bas..cuma tunggu kat stesen yang dia berhenti je....kali ni kami pilih opposite loop pulak sebab saje je nak sight seeing dulu...nak pulak masih hujan kan....
Kami turun di Kintetsu Station untuk p ke street yang jual souvenier tu....tapi kami tak terus beli, kami p cari kedai makan dulu...lapar dah kan....
Makan nan tandori..

Dah kenyang barulah kami shopping.....just nak beli yang simbolik dengan Nara je...


Azuin dengan stamp Nara...sebenarnya setiap station or tempat ada cap mohor ni..hehehe..al kononnya nak tunjuk yang kita dah samapi situ la...

Perbelanjaan kami hari ke 8 :
1) Nara Day Pass = 500 JPY X 2 pax = 1000 JPY
2) Makan = 1680 JPY
3) Souvenier = 12144 JPY

Jumlah = 14824 JPY









Japan Day 7 - Fujiko F Fujio Museum (Doraemon Museum)

Tarikh : 13 April 2015
Hari : Isnin

Hari terakhir di Tokyo dan kami check out dalam pukul 11:30 am...kena ikut procedure check out..kena kemas bagai sebelum keluar...memang kena vacum dan kemas betul 2 la...buang sampah pun....kalau tak nanti kena charge...ni yang lainnya kat sini...
bergambar dulu sebelum check out..

yang baju pink tula owner apartmen ni...
Memula kami cadang nak naik tren je tapi hujan pulak...nasib baik tuan punya apartment yang kami sewa ni tawarkan diri nak hantar kami ke Fujiko F Fujio Museum (Doraemon Museum)...tak jauh katanya dari sini...dalam 30 minit je...muzium ni terletak di Kawasaki...senang sikit dah dia nak tolong hantarkan...dah la free...dia bagi payung pulak tu sebab hujan...katanya dia ada banyak payung....tu pun sebab orang yang tinggalkan kat apartment dia.,.so, dapat la kami sorang satu payung....

Sampai kat situ dalam pukul 12:00 pm....dan memang pun muzium ni buka pukul 12...,
Ticket dan pamplet..
Ni pulak floor plan muzium..


nampak tak apa yang Amani pegang tu...setiap orang memang akan dapat benda tu...kena tekan ikut no dekat barang pameran dan anda boleh dengar penerangan melalui alat ni....so, keadaan dalam muzium tu sunyi sepi jela....
Ni baru area bising sikit dan area boleh ambil gambar....kids play area...seronok budak berdua ni main.


sempat lagi kami bergambar berempat kat sini.....


tada..bergambar dengan mek-mek Jepun.....

Dah lepas jalan-jalan, perut pun lapar....memang ada cafe yang sangat menarik kat sini...


Dorayaki muka Doraemon....sedap..yang ni inti dia aiskrim...


Minuman coklat yang comel...ada karektor muka Doraemon...sayang nak minum...tapi coklat dia tak berapa nak ummphh...mungkin sebab kat sana minuman or makanan memang kurang manis...tak macam kat sini dan saya pulak memang suka manis...haih..rasa kurang sikit la...

Dah siap pusing muzium ni..boleh la singgah kat sini untuk beli souvenier...mahal jugak la...tapi barangan Doraemon memang sangat comel....comel tau!!
Ni jela barang yang kami grab...untuk Azuin la..memo pad dan fridge magnet Doraemon....

Kami gerak dari sana dalam pukul 2:20 pm...naik Kawasaki City Bus untuk ke Noborito Station....Bas memang tunggu depan muzium tu..senang je....perjalanan tak sampai 15 minit pun...harga tiket 210 JPY...sebenarnya kena book siap-siap tiket muzium ni....kena buat reservation dulu mengikut slot yang ada (10am,12pm, 2pm & 4pm),.tiket boleh beli kat mana-mana convenience store (Lawson)...harga tiket ialah 1000 JPY untuk dewasa dan 500 JPY untuk kanak-kanak...

Dari Noborito Station kami tak ambil JR...kami ambil Odakyu Line untuk ke Stesen Machida untuk tukar ke JR Yokohama Line...tiket Odakyu Line ke Machida ialah 250 JPY...

Dari Stesen Machida kami kena transfer ke JR Yokohama Line untuk ke Shin-Yokohama...kami naik shinkansen dari Yokohama untuk ke Shin-Osaka...tiket kami dari Shin-yokohama 4:22 pm...memang berkejar jugak la..dan nasib baik tak tunggu lama...kami tunggu dalam 20 minit je..

Kami sampai rumah dalam pukul 8:30 pm...memang ambil teksi je dari Stesen Shijonawate ke apartment...penat nak jalan...tambang teksi ialah 680 JPY...kat sini teksi dia tak perlu bukak pintu..memang driver yang tolong bukakan...macam zaman dulu-dulu je naik teksi kat Jepun ni....classic!!

Perbelanjaan kami hari ke 7 :

1) Tiket muzium : 1000 JPY x 2 pax (adult), 500 JPY (children) = 2500 JPY
2) Makan @ muzium = 2070 JPY
3) Souvenier @ muzium = 864 JPY
4) Kawasaki City Bus to Noborito Station =  210 x 2pax = 420 JPY
5) Tren dari Noborito Station to Machida = 250 x 2pax = 500 JPY
6) Biscuits = 108 JPY
7) Taxi from Shijonawate to apartment = 680 JPY

Jumlah = 7142 JPY