Saturday, July 16, 2016

Hari Raya di Taska

Semalam ada sambutan hari raya dan hari jadi kat taska…anak-anak memang diminta untuk bawak baju raya untuk dipakai….memula tu ingat Amani main2 je cakap…selepas tu tanya puan hanim, owner taska pasal ni…memang betul ada cuma dia tak jemput lagi….
Bergambar ramai-ramai dalam taska..
Kek Hari Raya & hari Jadi anak-anak taska..Adam bekerut dahi tengok kek!!
makan jelly pulak Adam ni..haih...
handsome sungguh anak mama ni!!Baju dah selamat kotor kena kek..
Ni my cute little girl, Azuin Amani
Seronok sungguh la sebab dapat duit raya jugak…kanak-kanak takleh lari dari duit raya!!

Minggu depan sambutan di Q-dees pulak!!






Thursday, July 14, 2016

Pokok untuk taman kecil

Setelah sekian lama tak hirau taman kecil kami….akhirnya kami tanam sikit la daun hijau….pokok yang lama dah macam nak mati dah…

Memang nak tanam pokok baru cuma tak berkesempatan nak beli je…disebabkan mr may masih bercuti, tu yang rajin nak bercucuk tanam sikit…

Ni la hasilnya….

Wednesday, July 13, 2016

Ke Mesir adikku

11 Julai 2016
Sedih rasa selepas hantar fatihah…memula ingat dah tak jadi p sana dah sebab adik masih berbelah bagi untuk pergi belajar kat sana….Fatihah sambung belajar di Universiti Al-Azhar di Cairo, Mesir dalam jurusan Syariah…5 Tahun ada berada disana…tu yang berat untuk pergi….last minute juga la adik buat keputusan untuk ke sana….

Kami hantar adik & family Arfah jugak sebenarnya….Arfah akan balik Sarawak….memang pilih flight yang lebih kurang dengan adik...

Baru sampai KLIA
Sementara tunggu arfah settled kan urusan bagasi, kami lepak kat anjung dulu….dapat la tengok airplane..teruja sungguh Adam…
family Afah yang gerak dulu sebab flight pukul 10pm...
Kami masih menunngu di kLIA…dah ramai sangat pelajar dari Perak dan Melaka….
Mak, Adam, Fatihah & Ayah
Kami pulak lepak kat penjuru…sebab tak larat nak berdiri bagai…..nak pulak budak berdua ni takleh dok diam….
Fatihah dan nak pergi dah…sedih rasa….Belajar memolek ye dik…kami doakan yang terbaik buat adik!!

Sunday, July 10, 2016

Selamat Hari Raya

Syukur..Hari Raya kali ni diraikan dengan meriah..kali ni dapat berkumpul dengan semua adik beradik…Raya pertama dan kedua adalah di rumah saya….seronok sangat dapat bersama mereka yang tersayang.. Raya kali ni memang kami cuti agak lama…balik 5 hari sebelum raya dan bercuti lagi 7 hari selepas hari raya...
Family sebelah saya beraya…lengkap semuanya..tema raya kali ni warna peach & raya kedua pula ialah biru….kami tak bli baju barupun…semuanya baju recycle semua….tak perlu nak membazir bagai kan!!

Kanak-kanak la seronok sebab dah panadai main dengan sepupu sepapat dan ahli keluarga yang lain.. tahun lepas masih malu-malu lagi…..
Family sebelah may…cuba tak ada alang je..sebab along beraya di Japan….gambar ni pun sempat diambil masa raya kelima….




Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga..

may.aini.azuin.elman







Sunday, July 3, 2016

House balloting done!!

Setelah lebih setahun dok ting tong ting tong, akhirnya, Jumaat, 1 July 2016 kami selesai pun buat cabutan undi untuk rumah di bukit jalil…lama tu…boleh baca sini --PPA1M..Ni merupakan rumah kedua kami….

Tahun lepas kami tak dapat hadir masa sessi pengundian sebab kami berada di Jepun…ingtakan selepas balik tu ada la sessi pengundian kali kedua…sebab menurut pegawai yang bertugas, mereka akan buat semula untuk sesiapa yang tak dapat hadir dan bersebab….

Jenuh jugak la dok telefon dan email orang yang berkenaan..memang senyap terus…risau jugak sebab sayang nak lepaskan rumah ni…boleh jadikan aset tu sebab kawasan yang strategik..kami memang buat follow up sendiri sebab kalau nak tunggu bahagian yang uruskan ni memang senyap terus…macam-macam alasan jugak la…siap ada jugak bagitau yang pegawai bertugas yang uruskan hal ni dah ditukar ke cawangan lain….macam pelik ja…kalau ditukarkan mesti akan ada orang yang akan "take over"kerja ni….takkan lepas macam tu je…

email pun kami dah cc bermacam orang memang senyap la dalam tempoh setahun…takkan la tak boleh nak email balikkan…haih….dipendekkan cerita, dalam bulan 6 2016 baru kami dapat bercakap dengan rang sepatutnya dan terus berurusan dengan pemaju…ni pun sebab initiatif kami dok call and email bagai..kalau tak, memang tak tau la status dia….
Pemaju ialah Aset Kayamas…Kami kena pergi ke Office Pemaju untuk urusan pengundian dan bayar 2% "booking"…pagi tu jugak la kami keluarkan duit dan buat cheque…risau nak bawak cash…..
Peti Pengundian…untuk pilih lot..

Kami dapat blok A…tingkat 21….

Alhamdulillah, selepas ni berurusan dengan "lawyer" dan apply loan….semoga semuanya berjalan dengan lancar…

Saturday, July 2, 2016

Belum raya dah dapat duit raya

Seronoknya jadi kanak-kanak kan…..walaupun zaman tu dah berlalu..tapi kalau dingat memang boleh buat kita senyum….seronok dapat duit raya….Sekarang tumpang gembira untuk anak-anak pulak..seronok tengok gelagat diorang kalau dapat duit raya…berapa yang dapat tu kanak-kanak ni tak kisah pun..asalkan dapat je…tu pun dah buat mereka seronok….Semalam hari terakhir sekolah sempena nak cuti raya yang lama ni…hari terakhir jugak hantar kanak-kanak ke taska…

Semalam kami berkesempatan hantar Amani ke sekolah…Adam memang tak hantar taska sebab nak bawak Adam ikut kami buat urusan lain….cuma hantar baju & susu kakak kat taska sebab takut tak sempat nak ambil di sekolah…Jadi, Amani akan balik ke taska dulu la…

Sampai ke taska dalam pukul 12:30pm…dan memang nak ambil Amani terus…sebab petang selepas solat jumaat kami akan gerak balik kampung dah…
Amani & Adam dapat duit raya dari Ibu (taska)
meriahkan…duit raya dan sampul raya dari Q-dees dan Taska
geng Amani di Q-dees…bergambar sebelum balik…

*gambar kredit to Q-dees & Taska...