Setelah lebih setahun dok ting tong ting tong, akhirnya, Jumaat, 1 July 2016 kami selesai pun buat cabutan undi untuk rumah di bukit jalil…lama tu…boleh baca sini --PPA1M..Ni merupakan rumah kedua kami….
Tahun lepas kami tak dapat hadir masa sessi pengundian sebab kami berada di Jepun…ingtakan selepas balik tu ada la sessi pengundian kali kedua…sebab menurut pegawai yang bertugas, mereka akan buat semula untuk sesiapa yang tak dapat hadir dan bersebab….
Jenuh jugak la dok telefon dan email orang yang berkenaan..memang senyap terus…risau jugak sebab sayang nak lepaskan rumah ni…boleh jadikan aset tu sebab kawasan yang strategik..kami memang buat follow up sendiri sebab kalau nak tunggu bahagian yang uruskan ni memang senyap terus…macam-macam alasan jugak la…siap ada jugak bagitau yang pegawai bertugas yang uruskan hal ni dah ditukar ke cawangan lain….macam pelik ja…kalau ditukarkan mesti akan ada orang yang akan "take over"kerja ni….takkan lepas macam tu je…
email pun kami dah cc bermacam orang memang senyap la dalam tempoh setahun…takkan la tak boleh nak email balikkan…haih….dipendekkan cerita, dalam bulan 6 2016 baru kami dapat bercakap dengan rang sepatutnya dan terus berurusan dengan pemaju…ni pun sebab initiatif kami dok call and email bagai..kalau tak, memang tak tau la status dia….
Pemaju ialah Aset Kayamas…Kami kena pergi ke Office Pemaju untuk urusan pengundian dan bayar 2% "booking"…pagi tu jugak la kami keluarkan duit dan buat cheque…risau nak bawak cash…..
Peti Pengundian…untuk pilih lot..
Kami dapat blok A…tingkat 21….
Alhamdulillah, selepas ni berurusan dengan "lawyer" dan apply loan….semoga semuanya berjalan dengan lancar…
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.