Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga..

may.aini.azuin.elman







Sunday, July 3, 2016

House balloting done!!

Setelah lebih setahun dok ting tong ting tong, akhirnya, Jumaat, 1 July 2016 kami selesai pun buat cabutan undi untuk rumah di bukit jalil…lama tu…boleh baca sini --PPA1M..Ni merupakan rumah kedua kami….

Tahun lepas kami tak dapat hadir masa sessi pengundian sebab kami berada di Jepun…ingtakan selepas balik tu ada la sessi pengundian kali kedua…sebab menurut pegawai yang bertugas, mereka akan buat semula untuk sesiapa yang tak dapat hadir dan bersebab….

Jenuh jugak la dok telefon dan email orang yang berkenaan..memang senyap terus…risau jugak sebab sayang nak lepaskan rumah ni…boleh jadikan aset tu sebab kawasan yang strategik..kami memang buat follow up sendiri sebab kalau nak tunggu bahagian yang uruskan ni memang senyap terus…macam-macam alasan jugak la…siap ada jugak bagitau yang pegawai bertugas yang uruskan hal ni dah ditukar ke cawangan lain….macam pelik ja…kalau ditukarkan mesti akan ada orang yang akan "take over"kerja ni….takkan lepas macam tu je…

email pun kami dah cc bermacam orang memang senyap la dalam tempoh setahun…takkan la tak boleh nak email balikkan…haih….dipendekkan cerita, dalam bulan 6 2016 baru kami dapat bercakap dengan rang sepatutnya dan terus berurusan dengan pemaju…ni pun sebab initiatif kami dok call and email bagai..kalau tak, memang tak tau la status dia….
Pemaju ialah Aset Kayamas…Kami kena pergi ke Office Pemaju untuk urusan pengundian dan bayar 2% "booking"…pagi tu jugak la kami keluarkan duit dan buat cheque…risau nak bawak cash…..
Peti Pengundian…untuk pilih lot..

Kami dapat blok A…tingkat 21….

Alhamdulillah, selepas ni berurusan dengan "lawyer" dan apply loan….semoga semuanya berjalan dengan lancar…

Saturday, July 2, 2016

Belum raya dah dapat duit raya

Seronoknya jadi kanak-kanak kan…..walaupun zaman tu dah berlalu..tapi kalau dingat memang boleh buat kita senyum….seronok dapat duit raya….Sekarang tumpang gembira untuk anak-anak pulak..seronok tengok gelagat diorang kalau dapat duit raya…berapa yang dapat tu kanak-kanak ni tak kisah pun..asalkan dapat je…tu pun dah buat mereka seronok….Semalam hari terakhir sekolah sempena nak cuti raya yang lama ni…hari terakhir jugak hantar kanak-kanak ke taska…

Semalam kami berkesempatan hantar Amani ke sekolah…Adam memang tak hantar taska sebab nak bawak Adam ikut kami buat urusan lain….cuma hantar baju & susu kakak kat taska sebab takut tak sempat nak ambil di sekolah…Jadi, Amani akan balik ke taska dulu la…

Sampai ke taska dalam pukul 12:30pm…dan memang nak ambil Amani terus…sebab petang selepas solat jumaat kami akan gerak balik kampung dah…
Amani & Adam dapat duit raya dari Ibu (taska)
meriahkan…duit raya dan sampul raya dari Q-dees dan Taska
geng Amani di Q-dees…bergambar sebelum balik…

*gambar kredit to Q-dees & Taska...












Wednesday, June 29, 2016

Axia oh Axia

Ni gambar sebulan yang lepas..p tengok kereta ni…..Kami p Perodua di Seksyen 15…
Dah lama aim nak beli Axia ni..dari tahun lepas…siap dah booking dah..selepas tu cancelled…tahun ni buat gian nak beli Axia lagi….

Nak beli kereta kecik yang jimat minyak sikit….dah fikir & buat calculation, terus tempah kereta kecik ni…..dah ada komitmen baru pulak…maklumlah selama ni naik WPV free je sebab dah lama habis bayar…ni nak start semula la…saya guna loan company yang 0% interest…berbaloi sikit….dah buat dalam masa 4 tahun je…cepat sikit habis….tu yang lambat sikit sebab nak tunggu cheque bagai...
Delivery time…bagus servis dari Encik Yusz ni….recommended!! sangat berpuas hati….Axia dah selamat saya terima…Axia ni kira kereta copany la…tunggu lagi 4 tahun baru officially milik saya sepenuhnya…

Ynag ni Axia Advance…memula nak ambil basic je..tingtong tiongtong, terus ambik Advance..

Balik tu terus ambil kakak & adik kat taska…senyum je budak berdua ni..Adam la..sikit-sikit cakap "wow"…kereta baru kot…. 


Tara…selamat parking depan rumah….harapan dapat la save minyak dan senang sikit kereta kecik..lagipun untuk bawak p kerja je…syukur dengan apa yang ada….
WPV pun selamat kat rumah Jai, Adik saya…sebabnya, Sabtu ni Adik dari Sarawak nak balik….so, boleh la tolong bawak balik kereta kat kampung…..WPV ni memang saya tak jual…letak kat kampung..boleh je sesiapa nak pakai…sayang nak jual…berkilat, cantik, kuat lagi…memang dijaga elokkan….rindu WPV sudah…..




Monday, June 27, 2016

WPV Dapat kaki baru

WPV mesti suka sebab dapat kaki baru…kaki depan je dulu..kaki depan yang lama kita kasi tukar ke belakang…6 bulan lagi baru tukar ye…Sedih jugak sebab dah hampir hari nak hantar WPV kat kampung….WPV banyak berjasa pada saya…..kenapa WPV kena hantar kampung….haaa, kena tunggu next entry la ye….
Sabtu lepas memang sesi manjakan WPV…tukar tayar, servis bagai, cuci….tiptop…buta servis kat Rawang ni…sebab terus nak p AEON Rawang selepas tu…malas nak p AEON Shah Alam sebab minggu sebelum tu dah p AEON Shah Alam..padahal barang lebih kurang je…hahaha

Adam & Kakak seronok tengok WPV kena servis…

Saturday, June 25, 2016

Hamper Raya 2016

Setiap tahun company akan bagi hamper raya ni kepada semua staff….rezeki..kanak-kanak memang suka la sebab tengok kotak bagai…..tak sabar nak buka bagai….


dalam kotak ni memang ada bermacam-macam barangan dari company saya la…nama pun company makanan….mestila barang-barang makanan….kit kat dan air milo la yang paling diorang suka….

Syukur dengan rezeki yang diberikan….

Friday, June 24, 2016

Aktiviti di Taska

Alahai anak omak di taska…..kenapala tak pakai baju….katanya baju dia baru basah….sian pulak sejuk….Adam memang tak ada masalah dok taska ni…dah biasa dari kecik…senang bergaul dengan orang jugak….memang tak ada masalah masa nak hantar pagi-pai cuma tak leh hantar kalau dah cerah…kalau cerah memang dia tantrum sikit…Jadi, memang kena hantar masa gelap la...

Kat sini memang ada diajar Iqra' dan solat…at least dapat la jugak ilmu tu….

ulangkaji kat taska…kat rumah mama dah ajar sikit….tambah ilmu…