Wednesday, April 27, 2016

Nasi Lemak Ayam Kampung

 Malam kami sampai Ipoh haritu (cuti hari pekerja), kami singgah makan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ni..kata mr may sedap..tu yang dia nak bawak sangat kami kat sini…

Nasi Lemak Ayam Kampung
No 43/45 Jalan Ali Pitchay
Ipoh Perak
Tel: 05-254 4318 / 016 545 9000

Waktu operasi jam 3.30 petang hingga 2 pagi.

GPS :  4.591356, 101.084814
           4°35'28.9"N 101°05'05.3"E
Servis memang cepat la..tak payah nak tungguh lama….memang kena la masa lapar….

Nasi Lemak Ayam Kampung memang sedap..saya suka sambal dia…nasi pun lembut je cuma nasi tu sikit sangat…..macam kena ambil nasi tambah je….
Adam pun makan sangat banyak

Dah siap makan….pekerja kat sini bagi gula-gula kat semua kanak-kanak….apa lagi, memang suka la budak berdua ni…..

Memang recommended dan boleh repeat lagi makan sini!!


Saturday, April 23, 2016

Beriadah pagi bersama jiran

Sesekali beriadah pagi…mandi peluh jugak la kami haritu….Tapi biasalah, dengan anak-anak memang susah nak maintain main tu..selalu je kena berenti sebab anak-anak masuk court..padahal dah bagi diorang court lain dah….

Kali ni beriadah dengan jiran…ajak jugak jiran-jiran lain..api ada yang ada hal masing-masing sebab last minit kan…kalau awal-awal mesti dapat kumpul lagi ramai…..lagi ramai lagi meriah….

dahaga sungguh la Adam tu..berpeluh sakan...
Giliran mr may pulak main…..
Anak-anak main bola….Nasib baik Adam boleh main sendiri…..Amani main dengan Mya, kawan sekolah dia, merangkap jiran….
Amani wefie dengan Mya..
Dah nak balik dah ni….kami geng MU….

Thursday, April 14, 2016

Saturday, April 9, 2016

Q-dees Term 2 En Mozart - Trip to Kidzania (7th April 2016)

Atas permintaan Amani, mama pun hantar la Amani ke sekolah…Sebab utama Amani ada "school trip to kiszania"…jadi tak nak lepaskan peluang lambai-lambai tangan kat Amani….
Beratur dulu…kena beratur berdua sebab nanti senang terus duduk tempat sama dalam bas….
turn Amani naik bas…
bersedia untuk bergerak…bas bergerak dalam pukul 9 am...
Dah sampai Kidzania…banyak aktiviti kat situ…tapi tak dapat nak cari sangat gambar Amani…sebab gambar semua dari dalam facebook sekolah Amani…
with teachers & friends…





Dapat kenangan dari Kidzania..














Wednesday, April 6, 2016

Cuti-cuti Melaka (2-4th April 2016)

Cuti hujung mingu awal April haritu sempat kami ke Melaka…kira short vacation la…sempena bulan "ka-ching" kan…yeah bulan bonus!!..lagipun memang nak bawak anak-anak jalan-jalan pun…cuti sekolah lepas tak bawak p memana pun…

2hb April 2016 (Sabtu)
Kami gerak ke Melaka awal pagi dalam pukul 9..berhenti breakfast kat R&R sebab nak cepat sampai Melaka. Kami keluar Alor Gajah sebab nak singgah "Freeport A'Famosa Outlet"..Dah alang-alang kan…tak shopping sangat pun…Azuin dan Adam je grab mainan….
cantik tempat ni….



Dah puas jalan kat sini baru kami gerak p Bandar Hilir..Kali ni stay di Swiss Garden Melaka..sangat strategik hotel ni bagi kami sebab kat situ ada mall dan senang nak ambik Melaka Cruise…

Selepas check in dan berehat sekejap kat bilik….baru bawa Azuin & Adam p swimming pool….seronok sungguh Azuin main…Adam kali ni agak tak berapa nak main air…tak tau la kenapa..lebih kepada nak berjalan kat tepi swimming pool je…
Azuin dapat kawan baru…main sesama….
Dah selesai main, baru kami gerak p Pantai Klebang..yang terkenal dengan Bustel tu…tak jauh pun dari hotel….dalam 20 minit je..
Singgah makan laksa & rojak dulu…rezeki saya, tuan kedai belanja laksa…makan laksa free..tu pun sebab laksa dia dah nak habis…tu yang dia bagi free je…Kami makan kat gerai je..kalau nak makan dalam bas pun boleh…nampak tak belakang tu bas...
laksa free yang sangat sedap!!

Selepa tu, bawak diorang ke pantai jap…seronok tengok budak-budak main bubble besar…bubble ni dia jual RM5 sebekas..beli 2 bekas untuk Azuin & Adam…senang sikit..mamapapa pun join sekali la...



3hb April 2016 (Ahad)
Jom layan aktiviti hari ahad pulak..
sempat lagi main kat Kidzoona di AEON Melaka…singgah sini sebab nak beli barang sikit..





Petang tu tapi naik curise pulak..tak payah p jauh..turun je hotel memang dah ada jeti ni…senangkan...
Cruise ni ada setiap sejam..dan kena beli tiket 20 minit sebelum masa dia…kami beli dalam pukul 6:40pm untuk cruise pukul 7pm...

cantik pemandangan dari sini cuma ada sikit bau yang kurang menyenangkan la….sungai la katakan…..tapi memang berbaloi dapat tengok dari sudut lain...


memandangkan cruise kami pukul 7, dapatlah rasa gelap sekejap..pemandangan malam lagi cantik...
Balik hotel memang kepenatan budak berdua ni….keesokkkan hari kami lepak hotel je sampai la check out…..





Sunday, March 27, 2016

AEON Shah Alam pulak..

Kali pertama datang AEON Shah Alam ni sejak dibuka….sebelum ni..memang dok nampak hari-hari masa on the way p kerja….nak kata best tu, biasa jela..sama macam AEON lain…cuma baru la…tu pun kami singgah sebab dah alang-alang kat Shah Alam dan nak ber"shopping" sikit….

nasib baik kami datang agak awal…Jadi orang ramai biasa-biasa je..tapi dah nak petang memang sesak jugak la…nak naik ke parking tu pun dah jem…Tujuan utama cuma nak cari baju & kasut…..jadi kami terus ke tingkat atas sekali la…

Seperti biasa, mr may la kena jaga anak kat palyground…nasib baik palyground ni tingkat yang sama dengan barangan kanak-kanak dan tempat makan…senang sikit….

Jom layan gambar Azuin Amani & Elman Adam kat Kidzoona ni….terkejut Amani dengar Kidzoona…sebab dalam kepala dia dok ingat Kidzania je…..hahaha




Ada kinetic sand jugak…senang siit sebab tempat nak main luas..kalau kat rumah terhad sikit...




Seronok jual ais krim….
Memang kalau bagi masuk sini..memang seronok la diorang…main sampai puas….sampai kalau ajak balik pun senang je…sebab dah puas kan….lama jugak dorang main sini….mama ber"shopping" jela :)