Cuti hujung mingu awal April haritu sempat kami ke Melaka…kira short vacation la…sempena bulan "ka-ching" kan…yeah bulan bonus!!..lagipun memang nak bawak anak-anak jalan-jalan pun…cuti sekolah lepas tak bawak p memana pun…
2hb April 2016 (Sabtu)
Kami gerak ke Melaka awal pagi dalam pukul 9..berhenti breakfast kat R&R sebab nak cepat sampai Melaka. Kami keluar Alor Gajah sebab nak singgah "Freeport A'Famosa Outlet"..Dah alang-alang kan…tak shopping sangat pun…Azuin dan Adam je grab mainan….
cantik tempat ni….
Dah puas jalan kat sini baru kami gerak p Bandar Hilir..Kali ni stay di Swiss Garden Melaka..sangat strategik hotel ni bagi kami sebab kat situ ada mall dan senang nak ambik Melaka Cruise…
Selepas check in dan berehat sekejap kat bilik….baru bawa Azuin & Adam p swimming pool….seronok sungguh Azuin main…Adam kali ni agak tak berapa nak main air…tak tau la kenapa..lebih kepada nak berjalan kat tepi swimming pool je…
Azuin dapat kawan baru…main sesama….
Dah selesai main, baru kami gerak p Pantai Klebang..yang terkenal dengan Bustel tu…tak jauh pun dari hotel….dalam 20 minit je..
Singgah makan laksa & rojak dulu…rezeki saya, tuan kedai belanja laksa…makan laksa free..tu pun sebab laksa dia dah nak habis…tu yang dia bagi free je…Kami makan kat gerai je..kalau nak makan dalam bas pun boleh…nampak tak belakang tu bas...
laksa free yang sangat sedap!!
Selepa tu, bawak diorang ke pantai jap…seronok tengok budak-budak main bubble besar…bubble ni dia jual RM5 sebekas..beli 2 bekas untuk Azuin & Adam…senang sikit..mamapapa pun join sekali la...
3hb April 2016 (Ahad)
Jom layan aktiviti hari ahad pulak..
sempat lagi main kat Kidzoona di AEON Melaka…singgah sini sebab nak beli barang sikit..
Petang tu tapi naik curise pulak..tak payah p jauh..turun je hotel memang dah ada jeti ni…senangkan...
Cruise ni ada setiap sejam..dan kena beli tiket 20 minit sebelum masa dia…kami beli dalam pukul 6:40pm untuk cruise pukul 7pm...
cantik pemandangan dari sini cuma ada sikit bau yang kurang menyenangkan la….sungai la katakan…..tapi memang berbaloi dapat tengok dari sudut lain...
memandangkan cruise kami pukul 7, dapatlah rasa gelap sekejap..pemandangan malam lagi cantik...
Balik hotel memang kepenatan budak berdua ni….keesokkkan hari kami lepak hotel je sampai la check out…..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.